Pemain paling berbisa di pentas antarabangsa, Cristiano Ronaldo kini telah sah bergelar sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah kejohanan UEFA European Championship (EURO).
Portugal berjaya menewaskan tuan rumah Hungary dihadapan 67,000 penyokong mereka dengan tiga gol jaringan lewat permainan dari Raphael Guerreiro dan Cristiano Ronaldo dua gol.
Gol kedua Portugal hadir melalui sepakan penalti Cristiano Ronaldo yang merupakan penalti pertama beliau di kejohana EURO sejak kali pertama bermain pada 2004.
Lima minit kemudian, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ketiga Portugal dan gol kedua peribadi dan melebarkan rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 11 gol setakat ini.
🇵🇹 Cristiano Ronaldo = all-time EURO top scorer 🔥
⚽️1⃣1⃣ #EURO2020 pic.twitter.com/Df3N84J5Er
— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) June 15, 2021
Legenda Perancis, Michel Platini telah memegang takhta penjaring gol terbanyak sepanjang zaman EURO sejak 1984 apabila menjaringkan 9 gol dalam satu edisi kejohanan sahaja.
Selepas 32 tahun berlalu Cristiano Ronaldo akhirnya berjaya menyamakan rekod itu dengan menjaringkan 9 gol dalam empat edisi Euro yang berbeza.
Rekod Platini itu hanya bertahan 37 tahun sahaja itu pun sudah ditambah dengan penangguhan EURO 2020 selama setahun apabila dileburkan oleh Ronaldo.
Selepas 22 perlawanan akhirnya Ronaldo meleburkan rekod Platini yang nyata luar biasa menjaringkan 9 gol dalam 5 perlawanan sahaja.
Two goals and a record-breaking performance from @Cristiano ✨@Heineken | #EUROSOTM | #EURO2020 pic.twitter.com/pK9KEoJkn0
— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) June 15, 2021
Bukan itu sahaja rekod dicipta oleh ketua pasukan Portugal itu, Ronaldo telah menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol di lima edisi EURO yang berbeza pada 2004, 2008, 2012, 2016 dan 2020.
Cristiano Ronaldo juga menjadi pemain pertama membuat penampilan di lima edisi EURO yang berbeza pada 2004, 2008, 2012, 2016 dan 2020 secara berturutan.
Secara keseluruhannya Ronaldo telah menjaringkan 106 dipentas antara bangsa bersama pasukan kebangsaan Portugal dan telah lama menjadi penjaring gol sepanjang zaman Portugal.
Kini Ronaldo hanya dipisahkan dengan empat gol sahaja lagi untuk bergelar penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam dunia bola sepak.
Rekod itu kini masih lagi dipegang oleh pemain Iran, Ali Daei dengan 109 gol.
Cristiano Ronaldo 🤩
⚽️ All-time EURO top scorer (11 goals)
🇵🇹 All-time top scorer for Portugal (106 goals)
👕 First player to appear at 5 EURO final tournaments
👏 First player to score at 5 consecutive EURO final tournaments #EURO2020 pic.twitter.com/rjJ7C5iXo1— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) June 15, 2021
Kali terakhir Ali Daei menyarung jeris kebangsaan Iran adalah pada tahun 2006 dan ini bermakna sudah 15 tahun Ali Daei memegang rekod penjaring terbanyak di persada antarabangsa dalam dunia bola sepak.
Pemain Iran ini sangat berbisa apabila menjaringkan 109 gol dalam 149 perlawanan sahaja berbanding Ronaldo yang telah menjaringkan 106 gol dalam 176 perlawanan setakat ini.
Rekod Ali Daei ini hanya menanti masa sahaja untuk dipecahkan Cristiano Ronaldo dan jika Ronaldo meneruskan ketajaman dan Portugal boleh pergi jauh mungkin EURO 2020 menjadi medannya.
Most games won in European Championship history:#POR Cristiano Ronaldo (12)#ESP Andrés Iniesta (11)#ESP Cesc Fàbregas (11) https://t.co/1BKLKPkpPw
— Squawka Football (@Squawka) June 15, 2021
Ronaldo menjaringkan gol pertama di Euro pada 2004 ketika tewas 1-2 kepada Greece dalam perlawanan peringkat kumpulan dan menjaringkan satu lagi gol di separuh akhir menentang Belanda.
Empat tahun kemudian Ronaldo sekali lagi meledak tetapi hanya satu gol sahaja pada Euro 2008. Sementara itu pada Euro 2012 Ronaldo menjaringkan 3 gol dan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan bersama Mario Gomez dan Mario Mandzukic.
Pada EURO 2016 tiga lagi gol telah dijaringkan oleh Ronaldo dan mencipta sejarah membawa Portugal memenangi kejuaraan Eropah pertama. Dua gol dijaringkan Ronaldo pada perlawanan pertama EURO 2020.
Cristiano Ronaldo is now the all-time top-scorer in UEFA’s elite competitions for both club AND country. 🤯
145 goals in those two competitions combined.
— Squawka Football (@Squawka) June 15, 2021
EURO 2004 – 2 gol
Peringkat Kumpulan : Portugal 1-2 Greece – 1 gol
Separuh akhir : Portugal 2-1 Belanda – 1 gol
EURO 2008 – 1 gol
Peringkat Kumpulan : Portugal 3-1 Czech Republic – 1 gol
EURO 2012 – 3 gol
Peringkat Kumpulan : Portugal 2-1 Netherlands – 2 gol
Suku Akhir : Portugal 1-0 Czech Republic – 1 gol
EURO 2016 – 3 gol
Peringkat Kumpulan : Portugal 3-3 Hungary – 2 gol
Separuh akhir : Portugal 2-0 Wales – 1 gol
EURO 2016 – 2 gol (Baru perlawanan pertama)
Peringkat Kumpulan : Portugal 3-0 Hungary – 2 gol
Cristiano Ronaldo bukan sahaja menjadi penjaring gol sepanjang zaman dan pemain paling banyak membuat penampila di Euro berlainan malah menjadi pemain yang membuat penampilan paling tinggi dengan 22 kali.
22: Cristiano Ronaldo (Portugal)
18: Bastian Schweinsteiger (Germany)
17: Gianluigi Buffon (Italy)
16: Lilian Thuram (France), Edwin van der Sar (Netherlands), Cesc Fàbregas (Spain), Andrés Iniesta (Spain)
15: Sergio Ramos (Spain), David Silva (Spain), João Moutinho (Portugal), Nani (Portugal), Pepe (Portugal)
14: Iker Casillas (Spain), Petr Čech (Czech Republic), Philipp Lahm (Germany), Luis Figo (Portugal), Nuno Gomes (Portugal), Karel Poborský (Czech Republic),Zinédine Zidane (France)
Senarai Penjaring Sepanjang zaman Euro
2. Michel Platini (Perancis) – 9 Gol
Michel Platini merupakan pemegang rekod penjaring gol terbanyak sepanjang zaman EURO sebelum dikejar oleh Cristiano Ronaldo pada EURO 2016 berkongsi sembilan gol.
Pada tahun 1982, Michel Platini telah meninggalakn Saint-Etienne untuk mengejar cita-cita seorang pemain bola sepak dengan menyertai kelab gergasi itali, Juventus.
Hanya dua musim di Juventus, Michel Platini telah meledak gol demi gol dan menamatkan musim di Serie A selaku penjaring terbanyak dua kali dan menang Balllon’Or.
Most goals scored for France:
◎ Thierry Henry (51)
◎ Olivier Giroud (44)
◎ Michel Platini (41)
◉ Antoine Griezmann (36)Griez is closing in on the top three. pic.twitter.com/vzHqfPPvz5
— Squawka Football (@Squawka) June 2, 2021
Semarak semangat membara dibakar apai Michel Platini telah dibawa ke kejohanan EURO 1984 dan dalam satu kejohanan sahaja Platini telah menjaringkan 9 gol.
Kesemua sembilan gol Platini itu telah dijaringkan dalam lima perlawanan sahaja dan nama Platini terpahat sebagai penjaring terbanyak EURO selama 32 tahun.
Selepas 32 barulah Ronaldo menyamakan jaringan itu dan selepas 37 tahun rekod itu masih belum dipecahkan, cerah harapan untuk Ronaldo memecahkan rekod itu dengan hanya satu gol lagi.
𝐏𝐥𝐚𝐭𝐢𝐧𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫𝐜𝐥𝐚𝐬𝐬 🇫🇷
Michel Platini scored two hat tricks in the 1984 Euros, just four days apart. Overall, he scored nine goals in the tournament & in every one of France’s five games.
These are both records for a single player at a Euro finals.#Euro2020
— The Analyst (@OptaAnalyst) June 5, 2021
Di EURO 1984, ketika berusia 28 tahun, Perancis menyaksikan kapten mereka telah mempamerkan aksi terbaik dalam kariernya.
Gol – 9
Perlawanan – 5
Penalti – 1
Nisbah Gol per Perlawanan – 1.80
3. Alan Shearer (England) – 7 Gol
Alan Shearer penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Premier League telah menjaringkan 7 gol dalam 9 perlawanan di kesemua kejohanan EURO yang pernah beliau sertai.
Kejohanan EURO 1992 merupakan buat pertama Shearer beraksi di kejoahanan Eropah itu dan hanya bermain satu perlawanan dan perlawanan lain hanya memanaskan bangku simpanan.
Pada EURO 1996, Alan Shearer telah menjadi pemenang kasut emas dengan menjaringkan 5 gol dalam lima perlawanan dan membawa England mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada Jerman.
Prime Alan Shearer 🏴 or current Harry Kane 🏴? 🤔 pic.twitter.com/cX7gKPcxdE
— Goal (@goal) June 7, 2021
Pada EURO 2000, Shearer telah melengkapkan go ke-7 beliau
Gol – 7
Perlawanan – 9
Penalti – 2
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.78
4. Antoine Griezmann (Perancis) – 6 Gol
Antoine Griezmann merupakan satu-satunya calon tebaik untuk memintas Michel Platini dan Cristiano Ronaldo selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman yang kini sudah mengumpul 6 gol dalam 7 perlawanan.
Ini kerana faktor usia Griezmann yang masih mampu untuk bermain sekurang-kurangnya satu lagi edisi EURO iaitu EURO 2024. Jika meledak 2-3 gol di EURO 2020 maka semakin besar untuk Griezman.
Selain Ronaldo, Griezmann pemain yang masih aktif bermain berada disenarai teratas selain Ronaldo.
Antoine Griezmann gives France the lead with a bicycle kick.
Watch out Europe! 😱#FRA #EURO2020 pic.twitter.com/5puyRJy3kQ
— Goal (@goal) June 8, 2021
Antoine Griezmann juga merupakan pemenang kasut emas Euro 2016 dengan jaringan enam gol dan gol kedua terbanyak pernah dijaringkan dalam satu edisi Euro.
Gol – 6
Perlawanan – 7
Penalti – 1
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.86
4. Thierry Henry (Perancis) – 6 Gol
Thierry Henry merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Perancis yang telah menjaringkan 51 gol sepanjang karier antarabangsa dalam 123 perlawanan.
Di kejohanan Euro, Thierry Henry telah melakukan 11 penampilan bersama Perancis dan telah menjaringkan enam berkongsi tangga keempat bersama beberapa orang pemain lain.
Olivier Giroud scores his 45th and 46th goals for France 🏎
He’s only five behind Les Bleus’ all-time leading goalscorer Thierry Henry 🇫🇷 pic.twitter.com/nenOsatVFH
— B/R Football (@brfootball) June 8, 2021
Henry telah bermain di tiga edisi Euro dan telah menjaringkan 3 gol di Euro 2000 di mana Perancis muncul juara, 2 gol di Euro 2004 dan satu gol di Euro 2008.
Gol – 6
Perlawanan – 11
Penalti – 0
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.55
4. Zlatan Ibrahimovic (Sweden) – 6 Gol
Seperti Henry, Zlatan Ibrahimovic merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Sweden dan setakat ini telah menjaringkan 62 gol dalam 118 perlawanan.
Zlatan Ibrahimovic masih belum bersaran dan hampir saja menyertai skuad Sweden untuk Euro 2020 namun terpaksa disisihkan kerana kecederaan.
36. Zlatan Ibrahimovic 🇸🇪
Forward (2004, 2008, 2012, 2016) 13 games, 6 goals
Not just a great goalscorer but a scorer of great goals. Ibra has three of the best in Euro history; improvised back heel against Italy, screamer v Greece, volley against France, in 3 different Euros. pic.twitter.com/FlnzUG2wUa— Rob Fielder (@ademir2z) June 5, 2021
Zlatan Ibrahimovic telah beraksi di empat edisi Euro pada tahun 2004, 2008, 2012 dan 2016 dengan 13 penampilan dan 6 gol dihasilkan kecuali di Euro 2016.
Gol – 6
Perlawanan – 13
Penalti – 1
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.46
4. Patrick Kluivert (Belanda) – 6 Gol
Patrick Kluivert merupakan pemain penyerang Belanda yang tenang, membuat debut bersama Belanda pada 16 November 1994 dan mendapat tempat untuk bermain di Euro 1996 dan telah menjaringkan satu gol.
Prestasi terbaik Kluivert adalah pada Euro 2000 apabila menjaring lima gol dalam edisi itu apabila menjadi penjaring gol terbanyak bersama pemain Yugoslavia Savo Milosevic.
Patrick Kluivert menjaringkan empat gol ketika menentang Yugoslavia di suku akhir dengan kemenangan 6-1. Namun Kluivert telah mengaku bahawa beliau tidak menyentuh bola hantaran silang Paul Bosvelt.
38. Patrick Kluivert 🇳🇱
Striker (1996, 2000) 9 games, 6 goals
Devastating striker who shows so much early promise and scored a hatful of goals for the Dutch. Secured qualification in 1996 and ended as top scorer at Euro 2000, dismantling Yugoslavia on his own. pic.twitter.com/OFSmOaq7VG— Rob Fielder (@ademir2z) June 5, 2021
Jaringan itu dikira sebagai gol sendiri oleh Dejan Govedarica dan Kluivert hanya mencatat hatrik dan gagal untuk menjadi pemain pertama menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan. Jujur.
Untuk Euro 2004, Kluivert berada bersama skuad Belanda namun hanya memanaskan bangku simpanan sahaja walaupun mara sehingga separuh akhir.
Kluivert merupakan bekas penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Belanda dengan 40 gol sebelum dipotong Robin Van Persie pada 2013.
Gol – 6
Perlawanan – 9
Penalti – 0
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.67
4. Nuno Gomes (Portugal) – 6 Gol
Nuno Gomes merupakan penyambung legasi penyerang Portugal selepas Pauleta bersara dan telah bermain 79 perlawanan untuk skuad senior Portugal dengan 29 gol.
Nuno Gomes telah menjaringkan empat gol pada Euro 2000 sebelum tewas kepada Perancis di separuh akhir dan satu gol di Euro 2004m tewas dengan sedihnya kepada Greece di final.
Luis Figo 🇵🇹 celebrating with Nuno Gomes 🇵🇹 after scoring THAT goal against England 🏴 in the group phase of the #Euro2000 🇧🇪🇳🇱 pic.twitter.com/M4dsaeB2qB
— World Cup Fever ⚽ (@Trivia_WorldCup) September 2, 2019
Euro 2008 merupakan edisi terakhir Nuno Gomes bersama Portugal dan menjaringkan satu gol. Nuno Gomes membuat 14 penampilan di tiga kejohanan Euro dengan 5 gol dihasilkan.
Gol – 6
Perlawanan – 14
Penalti – 0
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.43
4. Wayne Rooney (England) – 6 Gol
Wayne Rooney yang kini sudah bersara merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman England telah menjaringkan 53 gol dalam 120 perlawanan.
Kejohanan pertama Rooney di Euro adalah pada tahun 2004 ketika hampir berusia 18 tahun dan Rooney telah meledak dengan empat gol dalam empat perlawanan.
28. Wayne Rooney 🏴
Forward (2004, 2012, 2016) 10 games, 6 goals
Burst onto the scene in Portugal with a series of performances which belied his lack of experience. Scorer at three Euros, no tournament matched up to his Euro 2004 promise. pic.twitter.com/IGjHQbJ7JI— Rob Fielder (@ademir2z) June 7, 2021
Wayne Rooney telah menjaringkan dua gol ketika menentang Switzerland sekaligus menjadi penjaring termuda dalam sejarah Euro dan meledak lagi dua gol ketika menentang Croatia.
Namun rekod penjaring termuda itu hanya sempat dipegang selama empat hari oleh Rooney sebelum Johan Vonlanthen menjaringkan gol ketika menentang Perancis dan kekal sehingga hari ini.
Youngest goalscorers in the history of Euro:
🇨🇭Johan Vonlanthen
🏴Wayne Rooney
🇵🇹Renato Sanches
🇷🇸Dragan Stojković
🇵🇹Cristiano RonaldoThree players will have the chance to beat Vonlanthen's record at Euro 2020: 🇵🇱Kacper Kozłowski, 🏴Jude Bellingham, and 🇩🇪Jamal Musiala. pic.twitter.com/IacRGrezvx
— Football Talent Scout – Jacek Kulig (@FTalentScout) June 7, 2021
England gagal layak ke Euro 2008 selepas tewas 2-0 kepada Croatia di Wembley ketika pusingan kelayakan dan England kembali semula di Euro 2012.
Di Euro 2012 dan 2016, Rooney telah menjaringkan satu gol di setiap edisi dan secara keseluruhannya telah menjaringkan 6 gol dalam 14 perlawanan Euro.
Gol – 6
Perlawanan – 10
Penalti – 1
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.60
4. Ruud van Nistelrooy (Belanda) – 6 Gol
Penyerang paling prolifik yang pernah wujud dalam dunia bola sepak, Ruud Van Nistelrooy telah menjaringkan 6 gol dalam 8 penampilan di Euro bersama Belanda.
Ruud van Nistelrooy membuat debut bersama Belanda pada 8 November 1998, namun kecederaan ACL bukan sahaja menjejaskan perpindahan ke Manchester United malah terlepas Euro 2000.
Agak malang buat Ruud van Nistelrooy yang terpaksa menunggu lama untuk kejohanan utama bersama Belanda apabila the Oranje gagal layak ke Piala Dunia 2002.
20. Ruud Van Nistelrooy 🇳🇱
Striker (2004, 2008) 8 games, 6 goals
Deadly in front of goal, Van Nistelrooy proved himself at two tournaments. Single-minded, he was the perfect frontman for a potent attack. pic.twitter.com/BiWFPCDaqT— Rob Fielder (@ademir2z) June 8, 2021
Pada Euro 2004 barulah Ruud van Nistelrooy merasai kejohanan besar bersama Belanda, Nistelrooy menjaringkan empat gol membawa Belanda ke separuh akhir sebelum tewas kepada Portugal.
Euro 2008 merupakan kali terakhir Nistelrooy membuat penampilan dikejohanan paling agung Eropah itu dengan menjaringkan dua gol.
Ruud van Nistelrooy telah membuat 70 penampilan bersama Belanda dan telah menjaringkan 35 gol.
Gol – 6
Perlawanan – 8
Penalti – 1
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.75
Senarai 50 Penjaring Terbanyak Euro
Ini pula merupakan senarai penuh 50 penjaring terbanyak sepanjang zaman EURO: