Ronaldo Marah Rakan Sepasukan Selepas Kalah 4-1 Dalam Piala Super Saudi

Cristiano Ronaldo mempunyai reaksi yang sangat kecewa selepas menyaksikan Al Nassr kalah dalam perlawanan akhir piala kepada Al Hilal pada hari Sabtu.

Al Nassr diaibkan oleh Al Hilal, yang menewaskan mereka 4-1 di Abha,  untuk memenangi Piala Super Saudi.

Tetapi pasukan diketuai Ronaldo mendahului menerusi pemain itu sendiri apabila dia menemui jaringan dari jarak dekat sejurus sebelum rehat.

Tetapi Al Hilal membalas pada separuh masa kedua dengan empat gol tanpa balas.

Bekas pemain tengah Lazio, Sergej Milinkovic-Savic menyamakan kedudukan sebelum bekas penyerang Liga Perdana Inggeris, Aleksandar Mitrovic, menyumbat dua gol. Malcom menambah gol keempat pada minit ke-72.

Kekalahan Al Nassr mengecewakan Ronaldo, yang reaksinya selepas gol kedua Mitrovic telah menjelaskan betapa dia sangat kecewa semalam.

Pemain berusia 39 tahun itu membuat isyarat untuk menganggap permainan telah pun tamat dan seolah-olah menyerang rakan sepasukannya dengan isyarat tertidur.

Dia membuat isyarat tidur dalam sindiran yang jelas ke arah rakan sepasukannya dan dilihat melemparkan kata kata tak puas hati kepada mereka.

Peminat bola sepak di media sosial berbagi pendapat tentang tindakan Ronaldo itu. Ada yang menganggap ianya tindakan yang toksik dan tidak menghormati rakan rakan sepasukannya yang lain, terutama sekali dia sebagai kapten.

Namun ada juga mempertahankan tindakan CR7 itu sebagai tepat kerana pemain pemain lain kelihatan tidak begitu kisah kalah, dan hanya memikirkan cek gaji yang lumayan di kelab itu.

Ronaldo kini telah kehilangan peluang untuk menjulang Piala Super Saudi dalam tiga musim berturut-turut.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu akan berusaha untuk kembali ke arah kemenangan apabila pasukannya berdepan Al Raed Khamis depan dalam perlawanan pembukaan Liga Pro Saudi.

Al Nassr menamatkan saingan di belakang Al Hilal dalam liga musim lalu.

Bintang Portugal itu masih belum memberi inspirasi kepada pasukannya untuk menjulang Liga Pro Saudi, setelah memenangi kejuaraan liga di England, Sepanyol dan Itali, dengan Manchester United, Real Madrid dan Juventus.

Satu-satunya trofi kemenangannya bersama Al Nassr ialah Piala Juara Kelab Arab.

BACA:  Ronaldo Rancang Kekal Bersama Real Madrid, Mahu Bermain Sehingga Umur 41