Cristiano Ronaldo membuktikan beliau masih lagi laju apabila memecut dari box-to-box (kotak penalti sendiri ke kotak penalti lawan) dalam hanya masa 10 saat sahaja.
Dan lebih menakjubkan adalah ketika pecutan yang dilakukan Ronaldo untuk membantu serangan balas pantas itu terjadi pada minit ke-87.
Seramai 15,000 penyokong yang hadir ke stadium Wanda Metropolitano menyaksikan kemampuan dari seorang pemain veteran yang berusia 36 tahun.
36-year-old Cristiano Ronaldo going box-to-box in 10 seconds in the 87th minute 🏃♂️💨 pic.twitter.com/y1xZmSFbjw
— ESPN FC (@ESPNFC) June 4, 2021
Cristiano Ronaldo mempamerkan kehebatan melalui pecutannya yang pantas itu ketika perlawanan pemanas badan Portugal menentang Sepanyol.
Perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan di mana Ronaldo melakukan satu tandukan liar tapi tidak seteruk Guilherme De Paula.
Ketua pasukan Portugal itu juga telah melepaskan peluang menjaringkan gol apabila gagal menyempurnakan peluang dalam situasi satu lawan satu berdepan Unai Simon.
🇵🇹 Cristiano Ronaldo covered over 60 meters in 7 seconds. 36 years old 🤯pic.twitter.com/bRmRize8dF
— Yellow Football (@YellowFootbal) June 4, 2021
Portugal akan berdepan dengan Israel pada 9 Jun di Jose Alvalade di Lisbon yang merupakan perlawanan terakhir pemanas badan sebelum EURO 2020.
Di EURO 2020, Portugal berada dalam kumpulan F yang merupakan kumpulan maut yang dihuni oleh Hungary, Jerman dan juara Piala Dunia 2018, Perancis.
Sepanyol dan Portugal mengumumkan tawaran untuk menjadi tuan rumah bersama untuk Piala Dunia 2030 ketika Aymeric Laporte membuat permulaan pertama untuk pasukan Luis Enrique setelah beralih arah dari Perancis.
Pemain dari kedua belah pihak bergambar sambil bergandingan bahu dengan memakai t-shirt untuk mengumumkan tawaran bersama negara-negara Iberia (Iberia Nations) menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak paling agung di dunia.
Spain and Portugal will make a joint bid to host the 2030 World Cup.#Offside pic.twitter.com/FvkldHgvCw
— Ghetto Radio (@GhettoRadio895) June 5, 2021
Terdapat beberapa negara Eropah yang menjadi sebahagian dari Semenanjung Iberia. Yang terbesar adalah Sepanyol, yang merangkumi sekitar 79% semenanjung. Negara lain di rantau ini adalah Portugal, Perancis, Andorra, dan Gibraltar. Mereka inilah digelar Iberia Nations.
Laporte telah dimasukkan dalam skuad Enrique untuk Euro 2020 setelah berjanji setia kepada negara Sepanyol selepas bertahun-tahun diabaikan oleh Didier Deschamps.
Perlawanan antara Sepanyol dan Portugal ini dilangsungkan dihadapan 15,000 orang penyokong dan perlawanan pertama Sepanyol dihadiri oleh penyokong sejak wabak melanda.
Morata will never disappoint you 😂 pic.twitter.com/5uQq5Tuzuz
— Disasterclass in Football (@equalizersport) June 4, 2021
Portugal terlebih dahulu didepan pada minit ke-23 selepas tadukan Jose Fonte berjaya menewaskan Unai Simon, namun gol tersebut dibatalkan kerana Pau Torres dikasari.
Separuh masa kedua menyaksikan, Sepanyol beraksi lebih baik namun peluang disia-siakan oleh Alvaro Morata dan Pablo Sarabia.
Rui Patricio menjadi penyelamat Portugal apabila telah menafikan percubaan jarak dekat yang dilakukan oleh Ferran Torres ketika perlawanan berbaki dua minit.
Morata miss vs Portugal @ProdigyA14 @Alex_Brkt @DamianPerez_100 @Levantino098 @Steffonfcb @havehopehut @blackbaloteli75 @Red9248 this MF again pic.twitter.com/7ALNCRVyjT
— SergioCoentrao🔥🐐 (@Sergiocoentrao) June 4, 2021
Alvaro Morata terus menjadi Alvaro Morata, selepas membazirkan banyak peluang tiga empat peluang juga, beliau telah membuat percubaan ke palang bukan ke dalam gawang ketika minit akhir perlawanan.
Perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dan selepas perlawanan pasukan Sepanyol dan Morata telah diboo oleh penyokong sendiri.
Malah mereka juga menyanyikan lagu khas untuk Morata yang berbunyi, “Morata, how bad you are!”.
Ada yang merasakan Sepanyol tidak akan mampu bergelar juara jika ada pemain seperti Alvaro Morata di dalam pasukan.
Spain: Simon, Marcos Llorente, Laporte, Pau Torres, Gaya, Thiago, Busquets, Fabian, Sarabia, Morata, Ferran Torres.
Subs: de Gea, Azpilicueta, Diego Llorente, Koke, Gerard, Garcia, Rodri, Jordi Alba, Olmo, Oyarzabal, Gonzalez, Sanchez.
Portugal: Rui Patricio, Nelson Semedo, Pepe, Fonte, Guerreiro, Sergio Oliveira, Danilo Pereira, Sanches, Ronaldo, Joao Felix, Jota.
Subs: Lopes, Joao Moutinho, Andre Silva, Bruno Fernandes, William Carvalho, Rafa Silva, Neves, Goncalves, Nuno Mendes, Joao Palhinha, Rui Silva.
Referee: Craig Pawson (Dear old Blighty).