Kerana Terlalu ‘Koyak’ Ronaldo Dilaporkan Telah Menghempas Telefon Bimbit Milik Penyokong

Manchester United kini dilaporkan sedang menyiasat satu insiden yang melibatkan Cristiano Ronaldo dengan telefon bimbit milik penyokong selepas aksi kekalahan 1-0 setan merah di tangan Everton malam semalam.

Selepas tamat aksi kekalahan setan merah di tangan The Toffees itu, Cristiano Ronaldo segera berjalan menuju ke terowong untuk kembali ke bilik persalinan.

Ketika beliau sedang berjalan, pemain berusia 37 tahun itu dilihat menghempas telefon bimbit milik salah seorang penyokong yang ada di Goodison Park.

Pemilik akaun twitter yang menggunakan nama @EvertonHub telah memuat naik satu rakaman di media sosial yang menunjukkan Ronaldo menghempas telefon bimbit milik penyokong.

Manchester United dikatakan sedar dengan situasi tersebut dan menurut laporan dari pembantu editor Sky Sports, Lyall Thomas pihak kelab pada ketika ini sedang menyiasat hal tersebut.

Dek kerana rakaman itu tidak begitu jelas, ada peminat yang mendakwa Cristiano Ronaldo sebenarnya menghempas Shin pad beliau dan bukanlah telefon bimbit milik penyokong.

Namun lebih ramai yang percaya yang beliau sememangnya menghempas telefon bimbit milik penyokong ketika sedang berjalan masuk ke terowong.

Kerana itulah pihak kelab dikatakan mahu menyiasat hal tersebut dan mahu memastikan apa sebenarnya yang Cristiano Ronaldo hempas ketika beliau berjalan menuju ke terowong.

“Kenapa dia hempas telefon bimbit penyokong itu? Adakah itu cara dia lepaskan kemarahan?”

“Saya tak rasa shin pad dia jatuh, saya rasa dia memang hempas telefon bimbit penyokong itu, kerana gaya dia hayunkan tangan nampak hal itu sebenarnya memang berlaku.”

“Pihak kelab perlu bertanggungjawab, andai ia benar Ronaldo patut dihukum, dia baru sahaja menunjukkan sikap yang tak matang.”

“Peminat itu mungkin mengambil video atau gambar dan Ronaldo kemudiannya beremosi lalu dia hempas telefon bimbit peminat itu. Hal macam ini tak sepatutnya berlaku.”

Ia jelas sekali hari yang sangat mendukacitakan untuk skuad kendalian Ralf Rangnick itu dengan mereka sekali lagi keciciran mata ketika sedang mengintai kesempatan untuk mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas.

Walaupun skuad setan merah lebih kerap menguasai permainan, namun mereka gagal untuk mencari gol penyamaan.

Marcus Rashford memiliki beberapa kesempatan emas untuk menjaringkan gol dalam perlawanan ini, namun percubaan-percubaan beliau berjaya dinafikan oleh Jordan Pickford.

Selain dari percubaan merbahaya itu, Marcus Rashford jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dalam perlawanan ini.

Selepas tamat perlawanan tersebut, penjaga gol Manchester United, David De Gea tampil memberi pandangan peribadinya tentang kekalahan tersebut.

Beliau menganggap kekalahan bertemu pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran itu sebagai satu hal yang sangat memalukan.

Everton sementara itu berjaya melakukan comeback selepas mereka pada minggu lalu berdepan kekalahan menyakitkan bertemu Burnley.

Ketika ramai yang percaya The Toffees bakal tersingkir ke saingan Championship, skuad kendalian Frank Lampard itu membuktikan yang mereka masih berhak untuk berada dalam saingan Premier League.

Gol jaringan Anthony Gordon sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan berpihak kepada Everton, seterusnya membantu mereka untuk menjarakkan diri dari berada di zon penyingkiran.

Pengurus Everton, Frank Lampard sangat berbangga dan gembira dengan keputusan perlawanan tersebut.

“Ia satu perasaan yang sangat hebat, kemenangan yang bermakna, hari yang besar.”

Jelas Frank Lampard.

“Realiti tentang kedudukan kami adalah sangat jelas. Kamu boleh rasa hal itu di stadium. Semangat juang yang kami tunjukkan dan kualiti yang kami persembahkan sangat bermakna untuk kami. Kami perlu kekalkan hal itu. Kami perlu ulangi hal sama dan jika kami mampu, ia menambah keyakinan kami.”

“Penyokong memainkan peranan penting untuk kami. Antara alasan kami bagus pada hari ini adalah kerana mereka. Sedikit keluhan dari mereka itu perkara biasa. Itu sememangnya reaksi penyokong.”

“Ketika mereka melihat itu, kami lihat gabungan itu di stadium. Kami perlu ulangi hal yang sama.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jualan Jersi Ronaldo Raih RM187 Juta Selepas 12 Jam Dan Cecah RM1 Bilion Dalam Seminggu