Ronaldo Mengamuk Depan Jurulatih Sendiri Dan Hampir Menangis Tersingkir Daripada Piala Raja Saudi

Cristiano Ronaldo ternyata sangat kecewa selepas Al-Nassr tewas 1-0 kepada Al-Wehda pada separuh akhir Piala Raja.

Jaringan Jean-David Beauguel terbukti menjadi perbezaan untuk kedua dua pasukan walaupun Al-Wehda dikurangkan kepada 10 pemain pada awal separuh masa kedua.

Dengan hanya beberapa minit berbaki, Ronaldo hampir berjaya mengheret perlawanan ke masa tambahan tetapi melihat rembatannya tidak tepat dan tersasar dan terkena palang gol.

Selepas perlawanan, Ronaldo dilihat berlutut – jelas kecewa kerana pasukannya telah mengalami kekalahan.

Sejak menyertai pasukan Arab Saudi, Al-Nassr telah tewas dalam Piala Super Riyadh, Piala Super Saudi dan jatuh ke tangga kedua liga selepas kekalahan kepada Al Hilal, yang memintas mereka sebagai pendahulu liga.

Ronaldo sendiri kini gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan berturut-turut, walaupun dia masih mempunyai 11 gol dalam 11 perlawanan liga sejak tiba.

Bagaimanapun, pemenang lima kali Ballon d’Or itu tidak memenangi trofi dalam tempoh dua tahun – kali terakhir menjulang trofi pada 2021 bersama Juventus.

Ketika menuju rehat separuh masa, Ronaldo turut menunjukkan kekecewaannya. Dia kelihatan berteriak ke arah petugas kejurulatihan dan pemain pemain di bangku simpanan Al Nassr.

Dengan pasukannya ketinggalan, Ronaldo telah dirakam berjalan keluar padang dan membuat bantahan ke arah jurulatihnya sendiri.

Ronaldo kelihatan tidak mengerti dengan beberapa perkara dalam taktikal permainan mereka.

Al Nassr ternyata menelan satu lagi kekalahan perit. Mereka yang sebelum ini dianggap berpeluang besar menjulang treble domestik, dengan kehadiran Ronaldo, ternyata kini sudah rasmi tersingkir daripada 2 pertandingan piala domestik.

Selepas tamat perlawanan pemain itu kelihatan hampir menangis kerana sangat kecewa.

Dia kelihatan sugul dan berlutut.

Al-Nassr kini tanpa pengurus selepas Rudi Garcia dilepaskan awal bulan ini.

Pengurus Perancis itu telah mengendalikan kurang daripada setahun tetapi telah dipecat selepas kelab itu turun ke tangga kedua dipintas Al-Ittihad dalam Liga Pro Saudi.

Sebab lain pengurus itu dipecat kerana pengurusan merasakan mereka memerlukan pengurus lebih baik untuk mengendalikan pasukan yang ada megastar seperti Cristiano Ronaldo.

Ronaldo sendiri mencadangkan nama nama besar untuk menjadi pengurus Al Nassr.

Antaranya ialah bekas pengurusnya di Real Madrid iaiti Zinedine Zidane.

Seterusnya nama lain yang dicadangkan Ronaldo ialah pengurus AS Roma, Jose Mourinho.

Walaupun Al-Nassr kini terkeluar daripada Piala Raja, masih ada peluang mereka boleh memenangi kejuaraan liga.

Dan jauh dari bola sepak domestik, Ronaldo masih kuat bersama Portugal – menjaringkan empat gol semasa rehat antarabangsa yang lalu.

Perlawanan seterusnya Al-Nassr menentang Al-Raed pada 28 April.

Ronaldo menyertai Al Nassr selepas kontraknya dibatalkan oleh Man United gara gara mengecam pengurus dan pemilik kelab Man United.

Dia kemudian cuba untuk menyertai kelab yang beraksi di UCL. Namun permintaan gajinya yang tinggi menjadi penghalang utama untuk dia bermain dengan kelab seperti Atletico Madrid, Chelsea, Napoli dan beberapa kelab yang berminat dengannya.

Ronaldo juga dikatakan berminat untuk menyertai Bayern Munich. Namun idea itu ditentang oleh pengurus Bayern Munich pada masa itu, Julian Nagelsmann yang tidak mahu mengganggu keharmornian bilik persalinan serta isu menjaga akaun gaji pemain mereka.

Akhirnya Ronaldo mengejutkan ramai pihak dengan menyertai Al Nassr. Perjanjian yang dikatakan membuatkan Ronaldo memperoleh sehinggan €200 juta semusim di kelab Saudi itu.

Kontrak tersebut termasuk bonus dan tajaan khas yang diberikan kepadanya.

Ronaldo disambut meriah di Arab Saudi. Dan dia akhirnya menikmati semula bola sepak di bumi Arab.

Misinya adalah untuk membantu kelab itu memenangi sebanyak mana piala yang boleh.

BACA:Β  Ronaldo Korbankan €3.8 Juta Selamatkan Juventus Dari Krisis Ekonomi