Cristiano Ronaldo kelihatan tergamam termanggu seketika apabila melihat pemain Ghana, Osman Bukari meniru keraian Siu! yang menjadi cap dagangnya selepas menjaringkan gol.
Ronaldo mencipta sejarah menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam lima Piala Dunia berbeza selepas menemui jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-65, gol pembukaan Piala Dunia Portugal.
Cristiano Ronaldo telah dijatuhkan oleh Mohammed Salisu di dalam kotak penalti dan pengadil telah memberikan sepakan penalti.
Bagi meraikan jaringan tersebut Ronaldo telah menggunakan kembali keraian popularnya yang menjadi cap dagang menyebabkan orang ramai turut berteriak, SIU!!!!.
Ghana's Osman Bukari really hit Ronaldo's "SIUUU" celebration 😅 pic.twitter.com/xy0SWtqggu
— Bleacher Report (@BleacherReport) November 24, 2022
Osman Bukari doing the Ronaldo celebration after scoring.
— zack💚 FAST GOALS (@GoalsZack) November 24, 2022
Pada lewat permainan, sejurus Ronaldo duduk di bangku simpanan selepas diganti, dia menyaksikan Osman Bukari dari Red Star Belgrade menjaringkan gol untuk mengurangkan defisit.
Berbanding mengutip bola dan terus bergegas kembali ke garisan tengah Osman Bukari memutuskan untuk melakukan ‘SIUU’ copy orinya sendiri.
Kamera segera menyorot ke arah Ronaldo dan dia kelihatan sedikit tergamam dan marah walaupun Portugal masih mendahului 3-2.
Ronaldo’s reaction after seeing Bukari scored for Ghana and did his celebration 😭 #FIFAWorldCup #CR7 #Portugal pic.twitter.com/mqVHRTrisc
— Adam (@FGRAdam) November 24, 2022
Perlawanan separuh masa pertama agak membosankan dan hambar namun segalanya berubah 100 peratus di babak kedua dengan 5 gol telah terhasil.
Ghana menyajikan pelbagai kesukaran buat Portugal dan menyamakan kedudukan melalui bekas penyerang Swansea dan West Ham Andre Ayew pada minit ke-73.
Pasukan Fernando Santos membalas dengan pantas, dengan jaringan daripada Joao Felix dan Rafael Leao yang seperti sudah membunuh permainan.
Kedua-dua gol itu dibantu oleh bintang Manchester United, Bruno Fernandes.
Bruno Fernandes with two assists in two minutes to turn 1-1 to 3-1 🪄 pic.twitter.com/oK5AMFRF9k
— B/R Football (@brfootball) November 24, 2022
Ronaldo bermain di perlawanan pertamanya sejak kontraknya ditamatkan oleh Manchester United berikutan temu bualnya dengan Piers Morgan menyebabkan dia menghadapi masalah dengan majikannya.
Ronaldo juga telah mempamerkan aksi terkejut beruk dalam perlawanan ini ketika permainan benar-benar hampir tamat selepas penjaga gol Portugal, Diogo Costa melakukan blunder.
Diogo Costa seperti tidak menyedari kehadiran Inaki William yang datang dari belakang dan merampas bola mujurlah tiada gol terhasil. Jika tidak Portugal terpaksa berkongsi mata.
Ronaldo yang berada di bangku simpanan telah ternganga tidak percaya dengan kesilapan Costa sehingga memegang kepala sendiri dan Costa terus ditegur Ronaldo selepas permainan tamat.
This is the reaction of Cristiano Ronaldo to Diego Costa almost giving the game away in the 99th minute, putting the ball down and not checking his blindside.
🇬🇭Iñaki Williams almost converting.
This gave all of #Portugal a slight heart attack. #CR7 #PORGHA #FIFAWorldCup pic.twitter.com/rU9gUkuwtC
— Jacob Pacheco (@JacobPacheco6) November 24, 2022
Quase mataram o velho KKKKKKKKKKKKKKKKK Faz isso não, Diogo Costa pic.twitter.com/t685oBbZIz
— Cristiano Ronaldo Brasil (@CR7Brasil) November 24, 2022
Selepas mengetuai pasukannya ke padang, pemain berusia 37 tahun itu dipenuhi dengan emosi ketika dia menyanyikan lagu kebangsaan lalu mengalirkan air mata.
Ronaldo kini telah menjaringkan lapan gol Piala Dunia dalam lima kejohanan, yang pertama dari beliau datang ketika menentang Iran pada Piala Dunia 2006 di Jerman.
Ronaldo hanya kurang satu gol untuk menyamai rekod jaringan pemain Portugal di Piala Dunia, yang dibuat oleh legenda Portugal, Eusebio.
Eusebio membantu Portugal mencapai tempat ketiga pada Piala Dunia 1966 di London, di mana dia menamatkan saingan sebagai penjaring terbanyak dengan sembilan gol.
¡A uno de ser el máximo goleador portugués! Cristiano Ronaldo alcanzó los ocho goles en Mundiales con la casaca de su país y quedó a uno de Eusebio.
📺 #ESPNQatarEnStarPlus pic.twitter.com/3iyJqI2yZ6
— SportsCenter (@SC_ESPN) November 24, 2022
Gol Ronaldo di lima Piala Dunia:
1. Piala Dunia Jerman 2006 – 1 gol
2. Piala Dunia Afrika Selatan 2010 – 1 gol
3. Piala Dunia Brazil 2014 – 1 gol
4. Piala Dunia Rusia 2018 – 4 gol
5. Piala Dunia Qatar 2022 – 1 gol (Setakat artikel ditulis)
Ronaldo kini merupakan penjaring gol termuda dan juga tertua bagi pasukan Portugal di kejohanan Piala Dunia.
Ronaldo masih belum menjaringkan gol dalam perlawanan peringkat kalah mati di Piala Dunia, dengan semua jaringannya hadir di peringkat kumpulan.
Jika dilihat kepada prestasi semasa dan kualiti yang ada pada skuad Portugal kali ini mereka mungkin tidak berdepan masalah untuk mara selaku juara kumpulan.
Kumpulan H selain Portugal dan Ghana turut dihuni Korea Selatan dan juga Uruguay.