Allegri: Beri Ronaldo Masa Untuk Menyesuaikan Diri Dengan Serie A

Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri menggesa peminat Juventus supaya memberi sedikit masa untuk Cristiano Ronaldo menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

Allegri turut gembira melihat aksi anak buahnya dalam perlawanan pertama Ronaldo di hadapan penyokong sendiri ketika menentang Lazio kelmarin yang berakhir dengan kemenangan 2-0 berpihak kepada Juventus.

Allegir mahu peminat Juventus bersabar menunggu gol pertama Ronaldo

‘The Bianconeri’ kini memiliki 6 mata selepas dua perlawanan tetapi pemain terbaik dunia sebanyak 5 kali, Ronaldo masih lagi belum menjaringkan gol dalam Serie A setakat ini. Allegri mengakui Ronaldo mungkin perlukan sedikit masa sebelum menyesuaikan diri dengan corak permainan Juventus dan bola sepak Itali.

Juventus merupakan antara pasukan yang paling banyak membelanjakan duit dalam jendela perpindahan musim panas ini dengan membawa masuk Ronaldo, Joan Cancelo dan Emre Can. Selain itu, Juventus juga mendapatkan kembali khidmat pemain pertahanan Itali, Leonardo Bonucci dari AC Milan walaupun baru sahaja menjual pemain tersebut tahun lalu.

Walaupun menang dalam kesemua perlawnanan setakat ini, persembahan Juventus masih lagi jauh untuk mencapai kesempurnaan. Dalam aksi pembukaan Serie A minggu lalu, Juventus memerlukan gol saat akhir dari Federico Bernardeschi untuk mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Chievo.

Juventus’ Portuguese forward Cristiano Ronaldo reacts after missing a header during the Italian Serie A football match Juventus vs Lazio on August 25, 2018 at the Allianz Stadium in Turin. (Photo by Filippo MONTEFORTE / AFP) (Photo credit should read FILIPPO MONTEFORTE/AFP/Getty Images)

Selepas melihat Juventus menewaskan Lazio 2-0 malam tadi, Allegri gembira dengan kemajuan yang ditunjukkan anak buahnya setakat ini.

“Ia merupakan situasi yang berlainan daripada apa yang kami hadapi ketika bertemu Chievo tempoh hari.”

“Pada mulanya, kami agak tergesa-gesa. Kami berada dalam bahaya kerana pasukan bermain terlalu bersemangat memandangkan ianya merupakan perlawana pertama Cristiano Ronaldo di tempat sendiri. Kami sepatutnya perlu lebih bersabar.”

“Walaupun demikian, saya masih lagi gembira dengan apa yang pemain saya telah lakukan. Ia merupakan perlawanan yang penting kerana kami berhadapan dengan salah satu pasukan pencabar utama.”

Bonucci juga kembali merumput di Turin selepas semusim di Milan

“Kami perlu bekerja lebih keras untuk memperbaiki lagi pasukan ini. Kami mempunyai Cancelo yang masih lagi baru di sini, Bonucci kembali selepas setahun bermain di luar, dan Ronaldo juga pemain baru. Pemain baru merangkumi 30% dalam kesebalasan utama perlawanan tadi. Ia akan mengambil sedikit masa untuk mereka ini menyesuaikan diri.”

“Bola sepak Itali lain dari bola sepak Sepanyol. Ronaldo faham perkara tersebut dan beliau sedang menyesuaikan diri dengan baik. Beliau seorang yang merendah diri dan saya sangat berpuas hati dengan impak yang dihasilkannya setakat ini.”

BACA:  Ronaldo Akhirnya Membuat Debut Dan Terus Lonjakkan Al Nassr Ke Puncak Liga