Ronaldo Akhirnya Membuat Debut Dan Terus Lonjakkan Al Nassr Ke Puncak Liga

Cristiano Ronaldo akhirnya telah membuat debut rasminya bersama Al Nassr di Saudi Pro League menentang Ettifaq dan terus melonjakkan kelab Arab Saudi ke puncak liga.

Lilitan Kapten terus diberikan kepada Cristiano Ronaldo yang menyertai Al Nassr bulan lalu untuk kontrak selama dua tahun dan meraih pendapatan yang mencipta rekod dunia sebanyak £177 setahun.

Sambutan hanya diberikan kepada Cristiano Ronaldo yang tidak dapat beraksi dengan segera kerana penggantungan dua perlawanan dan hampir sebulan barulah penduduk negar teluk itu secara rasmi dapat menikmati aksi Ronaldo.

Namun sebelum itu, Ronaldo telah menghiburkan mereka dan dunia dalam perlawanan pertunjukkan yang sangat epik lagi menghiburkan ketika menentang Lionel Messi dan PSG.

Al Nassr berjaya menewaskan Ettifaq 1-0 dan Ronaldo bermula dari kesebelasan utama bermain 90 minit penuh di mana gol kemenangan dijaringkan oleh Anderson Talisca melalui satu tandukan.

Ronaldo – yang pernah bermain untuk Manchester United, Juventus dan Real Madrid – disambut dengan sepanduk dan sorakan daripada peminatnya di Stadium Universiti King Saud di Riyadh.

Ronaldo telah melakukan satu skill menarik dan telah menghantar pemain Ettifaq ke tanan selepas digeleceknya dan kini menjadi bualan warga Arab.

Kesan lebam sikuan Keylor Navas dalam perlawanan Riyadh All Star XI vs PSG di bawah mata sebelah kiri Ronaldo masih kelihatan bengkak namun masih kacak seperti biasa.

Menurut statistik daru Sofa Score, Cristiano Ronaldo hanya melakukan dua percubaan sahaja sepanjang 90 minit permainan dengan satu percubaan tepat dan telah membuat 41 sentuhan.

Cristiano Ronaldo juga berjaya melakukan dua hantaran kunci dan kehilangan bola sebanyak 8 kali dan diberi penarafan 6.9/10 yang agak biasa-biasa di liga yang jauh lebih rendah dari Eropah.

Jangkaan ramai kepada aksi Ronaldo adalah sangat tinggi selepas apa yang dipamerkannya ketika menentang PSG dan nampaknya harapan setinggi gunung kini menjadi debu

Ronaldo mempunyai peluang terbaiknya dengan sepakan percuma separuh masa pertama yang melepasi palang, tetapi sebaliknya malam yang boleh dikatakan sunyi buat penyerang Portugal itu.

Penjaring gol tunggal perlawanan, Talisca nyata teruja apabila Critstiano Ronaldo menjadi rakan sepasukannya kini.

“Dalam dunia bola sepak ada seorang Cristiano Ronaldo dan kami gembira memilikinya bersama kami. Personaliti Ronaldo membantunya menyesuaikan diri dengan pasukan,” kata penjaring gol Talisca kepada Saudi Sports Channel.

Dia menambah: “Jika anda mahu memenangi kejuaraan, kami perlu memenangi perlawanan sebegitu dan bertarung. Matlamat kami adalah untuk kembali ke puncak dan kami berjaya dalam itu, dan saya mengucapkan tahniah kepada pemain kerana mencapai matlamat kami.”

Kemenangan ini membolehkan Al Nassr memotong Al Hilal dengan kelebihan satu mata dan satu perlawanan di tangan. Al Nassr akan beraksi seterusnya dalam Piala Super Saudi menentang Al Ittihad pada Khamis.

Al-Nassr XI: Al-Aqidi; Al-Ghannam, Nadu, Al-Amri, Al-Oujami; Al-Sulaiheem, Al-Khaibari, Ghareeb; Talisca, Martinez, Ronaldo.

BACA:  Tindakan Ronaldo Tunduk Menutup Muka Bantu Parma Jaringkan Freekick