Cristiano Ronaldo terselamat dari dilayangkan dengan layangan kad merah selepas beliau termakan provokasi dari pemain pasukan lawan ketika aksi bertemu Ireland awal pagi tadi.
Pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut, namun beliau tetap berjaya menjaringkan gol, seterusnya memecahkan rekod sebagai penjaring gol antarabangsa terbanyak sepanjang zaman.
Ronaldo berjaya mengatasi rekod Ali Daei selepas beliau meledak dua gol ketika membantu skuad kebangsaan Portugal menewaskan Ireland 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia.
If it was O’Shea swinging the thump at Ronaldo he would of been sent off pic.twitter.com/cdUWBv3aZa
— Dom (@DEMPSEYLADD) September 1, 2021
Dua gol Ronaldo pada minit ke-89 dan minit ke-96 sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan Portugal, dan memecahkan rekod dunia, seterusnya mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.
Ronaldo sebenarnya mampu untuk memecahkan rekod Ali Daei lebih awal lagi ketika beliau dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan penalti pada aksi babak pertama permainan.
Bruno Fernandes telah dikasari di dalam kotak penalti, dengan penandatanganan terbaru Manchester United itu tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut.
Ketika beliau meletak bola dan bersedia untuk mengambil sepakan penalti, Dara O’Shea telah menendang bola tersebut dan hal itu mengundang kemarahan Ronaldo.
"He probably shouldn't raise his arms but it's nothing dangerous."
Was Cristiano Ronaldo fortunate to stay on the pitch after raising his hands to Dara O'Shea before he missed his first-half penalty? 👀 pic.twitter.com/tvAvSV1o7Z
— Sky Sports News (@SkySportsNews) September 2, 2021
Pemain berusia 36 tahun itu dilihat menampar lengan O’Shea sebelum bintang pertahanan West Brom itu rebah meminta simpati pengadil perlawanan.
O’Shea jelas menunjukkan reaksi yang berlebih-lebihan dengan beliau rebah ke bumi sambil memegang mukanya tanda beri isyarat seolah beliau dikasari teruk oleh Ronaldo.
Walau bagaimanapun, usahanya itu berakhir dengan sia-sia selepas pengadil perlawanan langsung tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap insiden itu.
Para peminat di media sosial hangat memperdebatkan tentang hal tersebut dengan ramai antara mereka yang menganggap Ronaldo sepatutnya dilayangkan kad merah atas kesalahan yang beliau lakukan.
Namun begitu, ramai juga peminat yang mengecam tindakan O’Shea yang berlakon berlebih-lebihan untuk mencuri perhatian pengadil.
Can't believe they didn't look back at Ronaldo slapping O'Shea. Guarantee if it was opposite way around it be checked and a straight red within seconds.
— TD (@_JTD28) September 1, 2021
Ronaldo punched a player. Not only has he not been sent off but they have only showed one replay of it. #PORIRL
— Rory Monaghan (@Rorymon) September 1, 2021
Did Ronaldo just slap a player Lmfaooooo
— Segun (@AJ_segun) September 1, 2021
Grounds for serious complaints about that ref and VAR
– Failing to review the Ronaldo slap/punch
– Failing to check the Connolly pen incident
– Pointless pen check at the end that resulted in the time for the 2nd goalThat @FAIreland team had a great performance tonight #PORIRL
— Mark Gordon (@TheHumanOnion) September 1, 2021
Fifa referees allowing Ronaldo to freely slap other players. Hmm
— Teflon👽😂 (@Tef_lon_don) September 1, 2021
“O’Shea tak sepatutnya tolak bola itu, dia sengaja cetuskan provokasi, Ronaldo juga tak sepatutnya beri reaksi seperti itu, dia boleh dilayangkan dengan layangan kad merah.”
“Lakonan O’Shea terlalu murah, beliau disentuh di tangan tapi dia sakit di muka, apa perasaan dia lepas pengadil tak layan dia?”
“Saya agak keliru, O’Shea sedar atau tidak yang aksi dia dirakam, adakah dia tidak malu?”
“Sebagai pemain profesional, Ronaldo tak sepatutnya naik tangan, berisiko untuk dia dilayangkan kad merah, tapi O’Shea jelas tidak ada semangat kesukanan.”
Begitulah komen-komen dari para peminat di media sosial yang meluahkan pandangan masing-masing berkait insiden tersebut.
"As much as wanted him off, that would have been a bit harsh!"
Was Cristiano Ronaldo fortunate to stay on the pitch after raising his hands to Dara O'Shea before he missed his first-half penalty? 👀
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) September 2, 2021
Penjaga gol muda Ireland, Gavin Bazunu berjaya menyelamatkan sepakan penalti Cristiano Ronaldo, dan beliau tentunya berbangga dengan kejayaannya itu.
Ronaldo jelas sekali terselamat dari dilayangkan dengan layangan kad merah kerana menampar O’Shea, dengan taktik kotor pemain Ireland itu tidak berjaya mempengaruhi pengadil perlawanan.
Sumber: SPORTbible