Roy Keane Tidak Gembira Dengan Layanan Kurang Ajar Diberikan Kepada Ronaldo

Legenda Manchester United, Roy Keane melahirkan rasa hairan dan tidak gembira dengan layanan yang diterima oleh Cristiano Ronaldo yang merupakan bekas rakan sepasukannya di Old Trafford.

Bekas kapten kelab baru-baru ini menyatakan bahawa kelab itu sepatutnya melepaskan pemain Portugal itu pada musim panas lalu kerana pemain No. 7 itu mempunyai empat atau lima pilihan yang sangat baik.

Pada ketika itu juga Ronaldo dengan penuh bersemangat mahu meninggalkan Manchester United kerana mahu mendapatkan aksi di Champions League.

Namun Manchester United tidak merelakan pemain itu pergi walaupun tidak hadir untuk perlawanan dan latihan pra musim dan mengeluarkan kenyataan Ronaldo tidak akan dijual.

Bercakap kepada Sky Sports, Roy Keane telah menyatakan bahawa Ronaldo sepatutnya dilepaskan di jendela perpindahan musim panas dan tindakan ini ada satu perbuatan biadap:

β€œManchester United menunjukkan rasa tidak hormat kepada Ronaldo. Saya fikir dia sepatutnya dilepaskan musim panas lalu di jendela perpindahan.”

β€œSaya tidak fikir pengurus sepatutnya mengekalkan dia hanya untuk dia duduk di bangku simpanan.”

Roy Keane juga telah mendedahkan Ronaldo mempunyai sehingga lima tawaran yang sangat baik untuk berpindah kerana kehebatan yang dimilikinya.

β€œDia adalah salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman dan dia mempunyai pilihan untuk meninggalkan Manchester United pada musim panas ini.”

β€œIdea bahawa dia tidak mempunyai pilihan adalah sampah. Dia mempunyai empat atau lima pilihan yang sangat baik.”

Bagi Roy Keane situasi Ronaldo kini sangat tidak bagus kerana bangku simpanan tidak sepatutnya menjadi milik Ronaldo.

β€œOk, Anthony Martial datang dari bangku simpanan dan menjaringkan dua gol supaya anda boleh menerima kemasukan Martial tetapi corak ini boleh berubah menjadi hodoh.”

β€œDia akan bermotivasi dengan Piala Dunia akan datang tetapi jika dia sentiasa duduk di bangku simpanan, ia tidak bagus.”

Bekas kapten United itu menambah:

β€œUnited tidak menunjukkan apa-apa selain rasa tidak hormat kepada Ronaldo dan mereka sepatutnya melepaskannya apabila peluang itu tiba.”

β€œSaya tahu sebenarnya dia mempunyai pilihan untuk perg dan bertahan untuk duduk di bangku simpanan adalah tidak masuk akal untuk pemain sehebat Ronaldo.”

β€œJika anda melihat rekod golnya, dia mempunyai peluang yang sama baik dengan sesiapa sahaja untuk meletakkan bola di dalam jaring.”

β€œOrang ramai taksub dengan tekanan permainan tetapi jika anda meletakkan bola di kawasan yang betul, dia akan menjaringkan gol.”

Sebelum musim baru bermula, Gary Neville sudah menasihati Manchester United supaya melepaskan dan permudahkan jalan Ronaldo untuk keluar namun kelab tetap tidak mahu melepaskan Ronaldo.

Cristiano Ronaldo hanya memulakan satu daripada tujuh perlawanan liga untuk Manchester United setakat kempen musim ini.

Pemain Portugis itu merupakan penjaring terbanyak untuk Red Devils musim lalu, menjaringkan 24 gol dalam 38 perlawanan, termasuk 18 gol dalam liga.

Oleh itu, ramai yang berharap Ronaldo akan menerajui serangan Syaitan Merah musim ini ketika Ten Hag berusaha membina semula skuad itu.

Bagaimanapun, itu tidak berlaku sama sekali kerana dia sering digunakan sebagai pemain gantian dalam Liga Perdana.

Pemain berusia 37 tahun itu hanya menjaringkan satu gol dalam lapan perlawanan untuk kelabnya, yang datang menerusi sepakan penalti menentang FC Sheriff dalam Liga Europa UEFA.

Selain dikurangkan masa bermain Ronaldo pasti berasa β€œkesal” melihat gajinya dikurangkan selepas setiap pemain skuad Setan Merah itu dikenakan potongan 25 peratus gaji mingguan kerana kegagalan kelab itu untuk layak ke Liga Juara-Juara.

BACA:Β  Dybala Akui Pernah Membenci Cristiano Ronaldo