Cristiano Ronaldo Buat Hal Lagi

Cristiano Ronaldo Buat Hal Lagi

Cristiano Ronaldo buat hal lagi, Ronaldo buat hal apa dalam perlawanan hari ini? Pemain sensasi Portugal itu telah menjadi tumpuan selepas dikeluarkan ketika seri menentang Newcastle United.

Dalam perlawanan menentang Tottenham Hotspur pula Ronaldo telah mencipta kontroversi terbaru apabila dilihat meninggalkan bangku simpanan dan masuk ke terowong sebelum perlawanan tamat.

Cristiano Ronaldo tidak bermula dari kesebelasan utama dan langsung tidak diberikan minit permainan dalam perlawanan ini.

Manchester United mempamerkan aksi terbaik mereka di bawah kendalian Erik ten Hag, menewaskan Spurs di tangga ketiga hasil jaringan Fred dan Bruno Fernandes pada separuh masa kedua.

Tetapi walaupun semuanya positif dari perspektif United dan mereka mengejar dan kini hanya satu mara empat teratas, kemenangan itu mungkin dibayangi oleh tindakan Ronaldo.

Superstar Portugal itu adalah pemain gantian yang tidak digunakan di Old Trafford dan berada di bangku simpanan selama 90 minit penuh membuatkan Ronaldo resah gelisah.

Ketika 89 minit memasuki masa permainan dan masih ada masa kecederaan untuk bermain, pemenang Ballon d’Or lima kali itu dilihat kembali ke bilik persalinan dengan bibnya masih memakai.

Ronaldo dilihat selamba berlalu pergi melalui terowong-terowong sunyi yang kena dengan perasaan gundah di hati kerana tidak dapat bermain.

Ten Hag memilih tiga pemain depan untuk diturunkan yang terdiri daripada Antony, Jadon Sancho dan Marcus Rashford dan menjelaskan sebab dia memutuskan untuk menggugurkan Ronaldo sebelum perlawanan.

“Marcus [Rashford] sakit pada hujung minggu, dia tidak dapat bermain selama 90 minit,” Ten Hag memberitahu MUTV.

“Jika tidak, dia akan bermula pada hari Ahad. Anda lihat ketika Marcus masuk, kami semakin dinamik di hadapan. Itulah yang kami perlukan hari ini, untuk memecahkan garisan, tetapi juga untuk membina permainan ini dan pada akhirnya, kami tahu kami mempunyai ancaman dari bangku simpanan dengan Cristiano [Ronaldo] untuk turut bermain.”

Scott McTominay, Anthony Elanga dan Christian Eriksen semuanya dibawa masuk lewat dan bukan buat kali pertama, Ronaldo ditinggalkan di bangku simpanan.

Bercakap kepada Amazon Prime, Ten Hag mengesahkan dia tidak bercakap dengan Ronaldo kerana dia pergi lebih awal dan berkata dia akan “menguruskannya esok” bagi meraikan kejayaan ini terlebih dahulu.

Pada pramusim, Ronaldo mencetuskan kontroversi dengan meninggalkan Old Trafford sebelum wisel penamat perlawanan persahabatan menentang Rayo Vallecano.

Pada kesempatan itu, Ten Hag melabelkan kelakuannya sebagai “tidak boleh diterima”.

Ronaldo terdesak untuk meninggalkan United buat kali kedua pada musim panas dan menyerahkan permintaan perpindahan namun tiada yang berminat.

Minggu lalu Ronaldo hampir tantrum di padang selepas dikeluarkan bagi memberi laluan kepada Marcus Rashford. Ronaldo dilihat menggeleng kepala tanda tidak puas hati untuk tempoh beberapa minit.

Manchester United 2-0 Tottenham Hotspur

Perlawanan Manchester United menentang Tottenham Hotspurs merupakan pertemuan keempat membabitkan pasukan dari kalangan enam teratas yang juga dipanggil Big 6.

Setakat ini Manchester United telah bertemu dengan Liverpool, Arsenal dan juga jiran setempat mereka, Manchester City.

Dalam tiga perlawanan awal menentang pasukan Big 6, Setan Merah hanya tewas sekali iaitu kepada Manchester City di mana Arsenal dan Liverpool hanya menjadi lauk.

Keputusan yang agak mendukacitakan buat anak buah Erik Ten Hag apabila sekadar seri menentang Newcastle United yang sepatutnya boleh menjadi santapan.

Semuanya gara-gara kerana ketumpulan sentuhan penyudah.

Cristiano Ronaldo yang membuat perangai lagi ketika dikeluarkan dalam perlawanan menentang Newcastle United tiada dalam kesebelasan utama dan hanya di bangku simpanan.

Dengan prestasi semasa yang konsisten dipamekan Spurs yang dibimbing Antonio Conte sudah pasti perlawanan ini akan menjadi sukar buat Manchester United.

Namun sebaliknya terjadi apabila Spurs gagal memberikan yang terbaik dan menyaksikan Manchester United terlalu dominan lagi kacak bergaya.

Manchester United menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 dalam Liga Perdana di Old Trafford hasil jaringan Fred dan Bruno Fernandes. Kemenangan itu meletakkan United hanya satu mata di belakang Chelsea untuk tempat keempat dalam jadual.

Setan Merah mendominasi permainan separuh masa pertama dengan penuh bergaya lagi yakin tetapi kecewa kerana kedudukan masih lagi terikat tanpa jaringan pada waktu rehat.

Dengan permainan penuh meyakinkan anak buah Erik ten Hag melakukan 19 percubaan dalam 45 minit pembukaan sahaja, paling banyak yang pernah dicatatkan oleh sebuah kelab di separuh masa pertama perlawanan Liga Perdana tanpa menjaringkan gol.

Sebanyak 14 daripada 19 percubaan itu datang dan hadir dari luar kotak iaitu percubaan jarak jauh yang mungkin dapat menjelaskan kegagalan Manchester United menjaringkan gol.

Hampir sejurus selepas separuh masa, Manchester United mendapat hasil yang dicari-cari apabila Fred menjaringkan gol melalui satu percubaan yang telah terbias kaki pemain Spurs pada minit ke-47.

Bruno Fernandes menggandakan pendahuluan tuan rumah pada minit ke-69, mengutip bola dalam kotak Tottenham Hotspur dan melepaskan rembatan cantik melepasi Lloris ke sudut jauh.

Hugo Lloris adalah satu-satunya pemain diprestasi terbaik untuk pasukan Antonio Conte apabila dia melakukan lapan penyelamatan, beberapa daripadanya sangat cemerlang.

Ketika permainan berbaki kurang 10 minit, Bruno Fernandes menjaringkan gol ketiga yang mampu membunuh terus perlawanan namun kantoi berada dalam situasi offside.

Bruno Fernandes yang sendu dalam beberapa perlawanan kebelangan ini mempamerkan aksi masterclass dengan 9 peluang gol telah dicipta.

Cristiano Ronaldo, yang tidak diturunkan dan naya memanaskan bangku simpanan untuk perlawanan ini telah membuat perangai lagi.

Pemain kebangsaan Potugal dilihat berjalan menyusuri terowong sebelum sepenuh masa dan ini merupakan satu sikap negatif dalam pasukan.

Erik Ten Hag memuji persembahan anak buahnya yang dianggap sebagai permainan berpasukan seperti mana falsafah dibawanya tanpa perlu bergantung kepada persembahan individu.

Ditanya mengenai perangai Ronaldo. Erik Ten Hag tidak berminat untuk komen dan mahu merai serta menikmati kemenangan ini.

Kesebelasan Utama Manchester United : David De Gea, Dalot, Raphael Varane, Lisandro Martinez, Luke Shaw, Casemiro, Fred, Antony, Bruno Fernandes, Sancho, Rashford.

Pemain simpanan : Heaton, Lindelof, Ronaldo, Malacia, Eriksen, Pellistri, Elanga, McTominay, Garnacho.

Kesebelasan Utama Tottenham Hotspur : Lloris, Romero, Dier, Davies, Doherty, Hojbjerg, Bentancur, Bissouma, Perisic, Son, Kane.

Pemain simpanan : Forster, Skipp, Sanchez, Gil, Sessegnon, Spence, Tanganga, Moura, Lenglet.

BACA:  Messi Dan Ronaldo Saling Memuji Dan Mahu Beraksi Bersama