Pergerakan #SpeakingOut telah meletakkan beberapa atlet penggusti profesional dalam keadaan yang berbahaya.
Sejak beberapa tahun ini telah ramai muncul penggusti profesional dari British, ada antara mereka yang beraksi di WWE dan ada juga antara mereka yang beraksi bersama syarikat gusti underground.
Terdapat beberapa orang penggusti profesional telah dituduh dan dikaitkan dengan tuduhan gangguan seksual dalam beberapa minggu yang lalu.
Terri Runnels accuses Brock Lesnar of sexual harassment. I'm guessing this incident happened in 2002, during the Insurrextion PPV. (Brock was on the card). She spoke about this with Wade Keller (PWTorch) in 2004. pic.twitter.com/ZhmwHXcys3
— Wrestlelamia #BLM (@wrestlelamia) June 23, 2020
Tetapi masalah itu bukanlah hanya terjadi untuk penggusti dari UK sahaja, sebelum ini, bintang AEW, Sammy Guevara telah dikenakan hukuman penggantungan kerana melanggar etika penggusti profesional.
Sammy Guevara telah membuat kenyataan yang tidak sepatutnya berkaitan Sasha Banks pada tahun 2016 yang lalu. Sementara itu, ramai lagi penggusti profesional yang lain turut dikenakan tindakan atas kesalah lakuan mereka sepanjang bergelar penggusti.
Ekoran dari pergerakkan ‘Speaking Out’, legenda WWE, Terri Runnels tampil menceritakan satu tragedi yang berlaku beberapa tahun lalu dan telah menuduh Brock Lesner pernah membuat gangguan seksual.
“Saya tida begitu menghormati Brock Lesner, dan saya juga rasa Brock Lesner sendiri tidak menghormati peminat.”
Jelas Runnels kepada KEE dalam satu podcast sukan dalam episod yang telah disiarkan pada Ahad lalu.
“Brock pernah buat sesuatu dahulu dan sekiranya ianya berlaku pada waktu seperti sekarang….. Anda tahu.”
“Dia menunjukkan kemaluannya kepada saya dan memanggil nama saya ketika saya berjalan melalui bilik persalinan dia. Dia melondehkan towelnya dan saya melihat dengan jelas segalanya.”
Terri Runnels on Brock: pic.twitter.com/EX2EGFthZr
— Black Messy Fan (@PettiESTBoss) June 23, 2020
“Saya lebih beranggapan bahawa dia tidak begitu menghormati wanita yang sudah berada lebih lama dalam dunia gusti ini seperti saya sendiri.”
“Dia berani kerana dia tahu dirinya mempunyai pengaruh, dia tidak akan dikenakan apa-apa tindakan dan tidak akan ditegur pon, saya sudah berada dalam industri ini jauh lebih lama.”
“Saya ada maruah dan apa yang dia buat sangat sangat tidak betul. Dari segi menghormati orang, dia juga membuat gangguan seksual, semuanya salah.”
Ini bukanlah kali pertama Runnels menyebut tentang insiden berkait dengan Brock Lesner, pada tahun 2004 lalu beliau juga pernah menyebut tentang hal yang sama.
Sekiranya dakwaan beliau benar, tindakan yang dilakukan oleh Brock Lesner sememangnya tidak boleh diterima, tidak kira ianya terjadi baru semalam atau 15 tahun dahulu.
Terri Runnels acusa a Brock Lesnar de acoso sexual y carga contra Sablehttps://t.co/A8Qbyu9hXK pic.twitter.com/xRtjR5ThlW
— Dos dos solo dos (@dosdossolodos) June 22, 2020
Brock Lesner sering dikatakan anak emas kepada Vince McMahon oleh kebanyakkan peminat dan ramai antara mereka tidak suka apabila bekas Juara dunia UFC itu menyandang tali pinggang kejuaraan WWE.
Hal ini kerana, para peminat menganggap Lesner hanya sekadar penggusti sambilan di WWE dan hanya akan muncul dalam perlawanan di pay per view sahaja.
Kempen seperti pergerakan Speaking Out ini akan memaksa pro wrestling untuk berubah ke arah yang jauh lebih baik dan sementara memandang serius semua perkara yang sedang berlaku sekarang, dakwaan dari Runnels juga tidak harus dipandang mudah.