Saarbrucken akan meneruskan kemaraan epiknya apabila bola sepak Jerman disambung selepas pandemic coronavirus melanda seluruh dunia.
Kelab dari divisyen 4 itu akan bertemu Bayern Leverkusen di peringkat separuh akhir Piala Jerman (DFB Pokal) dan ia merupakan perlawanan pertamanya sejak 94 hari lepas.
Tidak seperti Bundesliga, Regionalliga Sudwest telah berakhir dengan Saarbrucken menjuarai liga itu dengan kelebihan 6 mata.
Saarbrucken meraih promosi dan akan bermain di divisyen 3 pada musim hadapan.
Lawannya pula sudah menghadapi 5 perlawanan liga sebelum peringkat separuh akhir berlangsung, termasuk pertemuan pada Sabtu lepas menentang Bayern Munich.
Saarbrucken dikuarantin selama seminggu sebelum perlawanan. Pemain dari pasukan ini didapati mempunyai gejala coronavirus.
Beberapa pemain mereka mengalami demam dan selsema selama 2 minggu tetapi disahkan ia hanyalah deman biasa.
Sementara itu Kianz Froese agak bimbang tentang tahap kecergasan rakan sepasukan apabila lama tidak bermain dalam perlawanan sebenar.
Froese berkata mereka tidak tahu sama ada tahap kecergasan mereka cukup atau tidak bagi mengharungi perlawanan tersebut.
“Kami hanya akan tahu apabila kami turun bermain nanti. Kami akan melihatnya nanti.”
“Kami hanya bermain sesama sendiri dalam latihan.”
Froese membantu Saarbucken membuat kemaraan epik dengan melakar 4 dari 7 gol pasukan sepanjang kempen DFB Pokal.
Bagaimana Saarbrucken mara ke separuh akhir
Saarbrucken melakukan detik luar biasa dalam kemaraannya ke peringkat separuh akhir.
Mereka menewaskan Jahn Regensburg 3-2 pada pusingan pertama melalui jaringan kemenangan pada masa kecederaan.
Selepas itu mereka mengulanginya sekali lagi di pusingan ke-2 ketika menewaskan FC Koln 3-2, juga melalui jaringan masa kecederaan atau pada penhujung minit permainan.
Pada pusingan ke-3, Saarbrucken menewaskan Karlsruher melalui penenentuan sepakan penalti (5-3) selepas terikat 0-0 dalam permainan sebenar.
Tidak terhenti disitu, Saarbrucken meneruskan detik ajaib apabila menewaskan Fortuna Dusseldoft juga melalui penentuan sepakan penalti (7-6).
Perlawanan yang berlangsung pada 3 Mac itu menyaksikan mereka terikat 1-1 dan 19 pemain dari kedua-dua pasukan terlibat dalam penentuan sepakan penalti.
Hari ini (9 Jun), mereka akan bertemu dengan Bayern Leverkusen, pemenang dari perlawanan akan bertemu dengan Bayern Munich atau Eintracht Frankfurt di Stadium Olimpik Munich pada 4 Julai.
Pencapaian mereka dalam 4 perlawanan tersebut merupakan kejayaan besar bagi kelab non-bundesliga.
“Kami sudah meraikan 4 kejayaan besar” kata Froese, pemain kelahiran Cuba.
“Kami tidak mengimpikan kejayaan meraih Piala. Sebuah pasukan dari divisyen 4 menewaskan pasukan divisyen 2, divisyen 1 sebanyak 2 kali.
“Setiap kali anda melakukannya, perasaan kami gembira seperti puting beliung.”
“Keyakinan kami semakin meningkat selepas memenangi perlawanan. Ia merupakan perasaan yang anda akan alami dalam sukan. Detik seperti itu akan kami bawa sepanjang hidup.”
Tidak seperti Piala FA England, pasukan divisyen bawah perlu bermula di pusingan awal dan semua pasukan divisyen tinggi akan mendapat bye.
DFB Pokal hanya memberi bye kepada 2 pasukan Bundesliga.
Saarbrucken mahu mencipta sejarah
Froese juga berkata kejayaan kelab itu bermain di separuh akhir merupakan sejarah.
“Kami semua bersyukur dapat mejadi sebahagian dari sejarah kelab.”
“Kami mahu fokus selama 90 minit, memberi yang terbaik, berjuang dan lihat apa yang berlaku.”
“Menarik untuk mencipta sejarah yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.”
“Segalanya tidak mustahil, mentaliti ini akan kami bawakan dalam perlawanan itu nanti.”
Saarbrucken akan turun dengan jurulatih baru yang baru mengendalikan 5 perlawanan selepas memecat Dirk Lottner pada Disember lepas.
Kelab ini juga bermain 3 kali di gelanggang sendiri dan berjaya menjual kesemua 6,800 keping tiket sepanjang kempen DFB Pokal.
“Penyokong amat membantu terutamanya pada perlawanan terakhir.”
“Sayang sekali, pada ketika ini kami akan bermain tanpa para penyokong.”
“Bayern telah bermain tanpa peminat pada perlawanan baru-baru ini dan ia menjadi kelebihan untuk mereka.”
Saarbrucken tidak pernah menang apa-apa piala utama walaupun berjaya merangkul naib juara liga Jerman pada 1943 dan 1952.
Mereka juga pernah menjuarai League 2 -Liga Perancis- selepas Perang Dunia II pada tahun 1949. Kejuaraan itu tidak dimasukan ke dalam rekod kerana pasukan mereka berasal dari Jerman.
Sejak 1993, mereka bermain selama 5 musim di Bundesliga dan Froese berpendapat mereka akan bermain di liga utama dalam beberapa tahun akan datang.
Adakah mereka akan mengakhiri kemarau piala pada 4 Julai di Stadium Olimpik Berlin?
Mereka perlu menewaskan Bayer Leverkusen terlebih dahulu sebelum mengetahui lawan mereka sama ada Bayern Munich atau Eintracht Frankfurt.
Jika mereka berjaya melakukannya, Saarbrucken akan bermain di kejohanan eropah, menjadi wakil dari Saarland yang kali terakhir berlaku pada 1955.
Apa pun keputusan perlawanan ini nanti, Saarbrucken tidak akan melupakan perkara ini.
“Seluruh pasukan tidak menyangka untuk menjadi sebahagian sejarah dengan mara sejauh ini”.
Jadual Separuh Akhir DFB Pokal
- 9 Jun: Saarbrucken lwn Bayer Leverkusen
- 10 Jun: Bayern Munich lwn Eitracht Frankfurt