Salah Dianggap Dewa Dalam Melakukan Teknik ‘Trivela Pass’

Mohamed Salah kini dianggap sebagai pakar dalam melakukan teknik hantaran ‘Trivela Pass’ dengan beliau antara pemain yang mampu untuk menggunakan teknik tersebut dengan sangat sempurna.

Pemain sayap Liverpool itu sering dipuji kerana memiliki kualiti penyudah yang sungguh luar biasa menakjubkan, dan juga mempunyai kemampuan dalam melakukan hantaran yang sangat dasyat.

Bakat beliau dalam menjaringkan gol tidak boleh dinafikan lagi dengan beliau dianggap antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, kerana kemampuannya dalam menjaringkan gol.

Namun begitu, Salah juga sebenarnya memiliki bakat lain yang boleh dikagumi dan patut untuk diberi perhatian.

Salah mencatatkan assists ketika beraksi bertemu Watford bulan lalu, selepas beliau melakukan hantaran menggunakan outside boot untuk mencari Sadio Mane.

@PassLikeThiago’s telah merangkumkan aksi-aksi bagaimana Salah menggunakan skill yang mantap dalam membuat hantaran sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Lihat bagaimana hebat dan dasyat teknik ‘trivela’ yang digunakan oleh Mo Salah, dan tidak keterlaluan untuk menganggap beliau menggunakan teknik tersebut dengan sangat sempurna.

Untuk mereka-mereka yang sudah melepasi usia 30 an, nama Ricardo Quaresma tentu akan dikenang sebagai Raja Trivela dan melihat beliau melakukan hantaran tersebut di pentas bola sepak antarabangsa sungguh menakjubkan.

Pemain kebangsaan Portugal itu sering melakukan hantaran-hantaran untuk rakan sepasukannya dengan menggunakan teknik trivela.

Apa yang lebih menarik lagi, beliau juga kadang kala turut berjaya menjaringkan gol dengan menggunakan teknik yang sungguh indah dan mengagumkan itu.

Salah kini sedang menunjukkan kepada dunia tentang bagaimana hebatnya beliau menggunakan teknik tersebut, hingga pemain pertahanan bertaraf dunia di Chelsea dan Bayern sendiri turut terpedaya dengan helah beliau.

Ramai peminat yang memuji Salah di ruangan komen pada video tersebut, dengan para peminat sebulat suara bersetuju bintang Mesir itu merupakan pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

“Outside foot pass dia memang sungguh menakjubkan, ia boleh buat pemain pertahanan terkejut dan tak boleh langsung ramai ke mana dia mahu menghantar bola tersebut.”

“Melihat video ini berulang-ulang kali saya masih tak bosan, dia ada kualiti penyudah yang hebat, dan mampu membuat hantaran mengelirukan yang dasyat.”

“Ada orang anggap dia bukan playmaker dan dia tak boleh menggelecek, sekarang dia buktikan pada semua orang yang dia bukan hanya mampu, bahkan dia pakar dalam segalanya.”

“Salah sepatutnya mendapat penghormatan yang lebih atas apa yang sudah beliau persembahkan hari ini. Dia berhak dianggap pemain terhebat dunia.”

Bintang berusia 29 tahun itu sudah berjaya menjaringkan 15 gol dari 15 penampilan sepanjang musim ini, dengan beliau turut cemerlang mencatatkan enam assists.

Mo Salah tidak dinafikan lagi sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaik sepanjang kariernya.

Melihat kepada kehebatan beliau sepanjang musim ini, tidak mengejutkanlah untuk melihat Barcelona kini bersungguh-sungguh mahu mendapatkan khidmatnya.

El Nacional mendakwa yang pengurus baharu Barcelona, Xavi merupakan pengurus yang paling berminat untuk mendapatkan khidmat Mo Salah, dan sanggup membayar berapa saja kepada Liverpool untuk mendapatkan bintang Mesir itu.

Kontrak Salah bersama Liverpool akan berakhir pada 2023 nanti, dengan beliau sendiri pernah mendedahkan hasratnya untuk setia bersama The Reds sehingga penghujung kariernya.

“Jika kamu tanya saya, saya memang sangat suka untuk kekal di sini sehingga akhir karier bola sepak saya, tapi saya tak boleh cakap berlebih-lebihan tentang itu, ia bukan di tangan saya.”

Jelas Salah kepada Sky Sports.

“Ia bergantung kepada apa yang kelab mahu, dan bukan apa saya mahu.”

“Pada ketika ini, saya tak nampak diri saya mampu bermain menentang Liverpool. Ia akan buat saya sedih. Ia sangat sukar, saya tak mahu cakap tentang itu, tapi ia memang buat saya sedih.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Aubameyang Muncul Pemain Paling 'Membazir' Dalam Liga Perdana Inggeris Musim Ini