Bintang Borussia Dortmund menganggap denda kerana menggunting rambut yang dikenakan oleh German Football League (DFL) terhadap pemain adalah sesuatu hal yang melucukan.
DFL telah mengenakan hukuman berbentuk denda kepada para pemain yang didapati menggunting rambut mereka.
DFL telah mendenda Jadon Sancho selepas melihat perkongsian gambarnya sedang menggunting rambut di kediamannya tanpa memakai penutup muka.
In total six Borussia Dortmund players, including Jadon Sancho and Manuel Akanji, got their hair cut by the visiting hairdresser who then asked some of them to take pictures with him.https://t.co/zCTMFlyD52
— Express Sports (@IExpressSports) June 5, 2020
Rakan sepasukan Sancho, Manuel Akanji turut dikenakan hukuman sama atas sebab sama dengan alasan telah melanggar peraturan.
Menurut DFL, kedua-dua pemain tersebut secara terang-terangan telah melanggar peraturan ‘kebersihan dan perlindungan jangkitan’ yang telah ditetapkan.
Selepas dijatuhkan hukuman tersebut, bintang berusia 20 tahun itu bagaimanapun tidak berselindung mengkritik kembali keputusan tersebut melalui laman twitter miliknya sebelum memadam hantaran berkenaan.
Majikannya, Borussia Dortmund pula mempertahankan pemain mereka dan tidak melihat kesalahan Sancho dan Akanji sebagai melanggar peraturan Bundesliga berkaitan kesihatan dan keselamatan.
Pada awal Mei lalu, kebanyakkan salun rambut di Jerman telah kembali beroperasi seperti biasa, namun segala urusan harus dilakukan dengan mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan.
Borussia Dortmund’s Jadon Sancho and Manuel Akanji were fined an unspecified amount by the German Football League (DFL) on Friday for failing to wear a face mask during a visit from a hair dresser this week https://t.co/SFkPoW86Iw via @ahramonline
— AhramOnlineSports (@AO_Sports) June 5, 2020
Pihak kerajaan Jerman telah menetapkan segala peraturan yang harus dipatuhi oleh semua perusahaan termasuk pelanggan dan pengusaha diwajibkan memakai penutup muka.
Akhbar Jerman, Bild telah memuatnaik gambar Sancho dan rakan-rakannya di laman twitter milik mereka pada Jumaat lalu.
Sebelum itu pengarah sukan Dortmund, Michael Zorg menegaskan enam pemain mereka yang menggunting rambut itu telah mengikuti garis panduan yang ditetapkan.
Gambar mereka membuka penutup muka itu terjadi kerana mereka membuka penutup muka itu sekadar untuk bergambar sahaja.
Namun DFL tetap dengan keputusan mereka untuk menjatuhkan hukuman kepada para pemain tersebut kerana mereka tidak menggunakan peralatan perlindungan diri.
Photos emerged of them having their hair styled without wearing any personal protective equipment. #FMTNews #JadonSancho #ManuelAkanji #BorussiaDortmund #Haircut https://t.co/Jw3GxqKV4p
— Free Malaysia Today (@fmtoday) June 6, 2020
“Bukan mahu mempersoalkan hak pemain bola sepak untuk menggunting rambut, tetapi buat masa ini ia harus dilakukan mengikut peraturan yang telah di tetapkan oleh badan kesihatan kerajaan.”
Jelas DFL tentang hukuman yang mereka jatuhkan kepada para pemain Borussia Dortmund.