Sancho Menganjing Man City Selepas Sah Sertai Man Utd

Jadon Sancho dikatakan telah mengeluarkan kata-kata yang dianggap seperti menganjing bekas kelabnya, Manchester City selepas beliau sah menyertai setan merah.

Setan merah telah mengesahkan tentang penandatanganan Jadon Sancho sebagai penandatanganan kedua kelab pada musim panas ini pada petang semalam.

Sancho meninggalkan Manchester City pada tahun 2017 untuk menandatangani perjanjian bersama Borussia Dortmund.

Beliau memutuskan untuk meninggalkan Etihad kerana tidak mendapat minit permainan yang dikehendaki olehnya dan keputusannya itu boleh dianggap tepat.

Ia kerana Sancho telah menjadi salah seorang pemain terpenting Dortmund dan sering diturunkan sebagai kesebelasan utama.

United yang telah lama dikaitkan dengan Sancho sebelum ini, telah mengeluarkan satu video yang menunjukkan bekas bintang Dortmund itu menyatakan:

“Ini adalah kelab saya. Di sini adalah tempat saya berada.”

Peminat merasakan kenyataan itu sedikit sebanyak berbunyi seakan menganjing seteru utama kelabnya itu.

Sebaik mendengar kenyataan dari Sancho itu, para peminat dengan segera memperdebatkan hal tersebut di laman media sosial.

“Di sini adalah tempat saya berada? Dia sebelum ni memang di Manchester tapi bukan United.”

“Awal lagi dia dah mula mengusik jiran sebelah, kalau lepas ni dia bermain bertemu City dan menjaringkan gol, entah macam mana dia buat.”

“Terlalu halus cara dia menganjing jiran sebelah, saya tak boleh beri bayangan betapa gembiranya saya melihat Sancho menyarung jersi United.”

“Ya inilah tempat yang selayaknya untuk kamu, bukan stadium sebelah, Old Trafford tempat paling layak untuk kamu.”

Begitulah komen-komen dari para peminat yang sedar kenyataan Sancho sedikit sebanyak ditujukan kepada Manchester City.

Bintang berusia 21 tahun itu dianggap sebagai salah seorang pemain muda terhebat dunia selepas kejayaan beliau mengembangkan kariernya di Jerman.

Musim lalu, hasil gandingan mantap Sancho bersama Haaland, mereka berjaya membantu Borussia Dortmund untuk menjuarai saingan DFB-POKAL.

Sancho sudah tidak sabar untuk turun beraksi dalam saingan Premier League

Perpindahan Sancho untuk sertai Manchester United sepertinya sudah hampir untuk berlaku pada jendela perpindahan musim panas lalu, namun setan merah menolak untuk membayar yuran perpindahan yang tinggi diletakkan oleh Dortmund.

United sendiri turut mengambil peluang yang ada untuk menganjing Borussia Dortmund dengan mereka memuat naik gambar pengenalan Sancho menggunakan caption yang sama pernah digunakan oleh kelab Bundesliga itu.

Tahun lalu, Borussia Dortmund memuat naik gambar Sancho ketika aksi latihan pra musim, dengan menulis:

” Kamu akan suka untuk melihatnya.”

United kemudiannya meminta Sancho untuk bergambar dengan cara yang hampir sama di Old Trafford dan kemudian dimuat naik dengan caption yang sama juga seperti Dortmund.

Bintang muda England itu telah mendedahkan kepada peminat yang beliau mahu memenangi Piala bersama United dan beliau sudah tidak sabar untuk mula beraksi.

“Kesempatan untuk beraksi bersama Manchester United adalah satu impian yang menjadi kenyataan dan saya sudah tidak sabar untuk beraksi dalam saingan Premier League. Ini merupakan skuad muda dan mengujakan, dan saya tahu, bersama kita boleh hasilkan sesuatu yang istimewa dan membawa kejayaan yang selayaknya untuk penyokong.”

Jelas Jadon Sancho.

“Saya sudah tidak sabar untuk bekerjasama dengan pengurus dan semua tenaga kejurulatihan, untuk kembangkan lagi tahap permainan saya.”

Tapi kalau dilihat pada gaya Sancho, beliau mungkin tidak bermaksud seperti apa yang difikirkan oleh peminat, mungkin beliau ikhlas memuji United tanpa bermaksud untuk menyakiti hati Man City.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jadon Sancho Jadi Bahan Troll Stesen TV Jerman