Ini Sebab Mengapa Pep Guardiola Tidak Berminat Untuk Tandatangani Jadon Sancho

Beberapa pemain sasaran United pada musim panas ini turut dikejar oleh Man City seperti Jack Grealish, Harry Kane dan Declan Rice.

Namun tidak untuk Jadon Sancho yang semakin hampir pasti untuk ditandatangani oleh Manchester United pada musim panas ini.

Selagi Pep Guardiola bertugas sebagai pengurus Man City, kelab tidak akan menunjukkan minat mereka untuk mendapatkan semula Jadon Sancho.

Sancho telah lama dikaitkan bakal menyertai Manchester United, bahkan pada jendela perpindahan musim panas lalu, beliau sudah hampir untuk ditandatangani namun berakhir dengan kegagalan.

Borussia Dortmund pada musim lalu sama sekali tidak mahu menurunkan harga yang mereka minta dan menyebabkan pihak United tak sanggup untuk meneruskan rundingan.

Namun minat United untuk dapatkan Sancho tidak pernah putus dengan mereka pada musim panas ini masih terus berusaha untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Borussia Dortmund itu.

Terbaru, rundingan untuk mendapatkan Sancho dilaporkan berjalan dengan sempurna dan United bakal menandatanganinya dengan nilai yang lebih rendah.

Seteru sebandar, City mungkin boleh mempertimbangkan untuk sailang Sancho dari United memandangkan kepada kehebatan pemain berusia 21 tahun itu.

Namun ia sama sekali tidak akan berlaku kerana Sancho bukanlah pemain yang digemari oleh Pep Guardiola.

Menurut sumber laporan The Mirror, pengurus Man City sebenarnya suka dengan Sancho, namun kerana keputusan pemain muda itu tidak mahu sertai sesi latihan ketika berhasrat memaksa City melepaskannya, membuatkan Pep tidak akan menandatangani beliau semula.

Di usia 17 tahun, Sancho telah meminta jaminan untuk mendapatkan minit permainan yang cukup, yang mana beliau menyatakan hasratnya itu ketika kelab mahu menawarkan kontrak baru kepadanya.

Dek kerana tidak mendapat jaminan yang beliau mahukan, Jadon Sancho memutuskan untuk meninggalkan skuad yang ketika itu membuat sesi jelajah di US.

Dan ketika itu juga Sancho memutuskan untuk meninggalkan kelab dalam usahanya untuk dipilih sebagai pemain utama.

Borussia Dortmund mampu menjanjikan kesebelasan utama kepadanya dan Sancho akhirnya dijual dengan nilai £8 juta untuk sertai gergasi Bundesliga itu.

Keputusan Guardiola untuk tidak akan menandatangani Sancho semula tidak akan menganggu emosi peminat yang mana mereka sendiri sudah yakin dengan skuad sedia ada ketika ini.

Namun Manchester United tentunya berharap dengan menandatangani Sancho, mereka bakal mampu untuk memberi saingan kepada City dalam aksi saingan liga.

Hubungan baik beliau dengan rakan senegaranya, Marcus Rashford membuatkan ramai pihak yakin Sancho bakal sertai United pada musim panas ini.

Walaupun tiada klausa pembelian semula dalam kontrak Sancho ketika dilepaskan kepada Dortmund, namun City akan tetap dapat keuntungan seandainya pemain England itu berpindah pada musim panas ini.

Terdapat perjanjian yang mana City akan mendapat keuntungan 15% dari harga asal yang Dortmund bayar untuk mendapatkan Sancho, yang mana The Citizens akan menerima sekitar £11 juta jika United berjaya mendapatkan bintang England itu.

Sepanjang tempoh 4 tahun di Jerman, Sancho telah berjaya menjaringkan 50 gol dari 137 penampilan dalam semua pertandingan untuk Borussia Dortmund.

Beliau juga berjaya memenangi satu Piala iaitu DFB Pokal yang baru sahaja dimenanginya pada bulan lalu ketika menewaskan RB Leipzig dalam aksi perlawanan akhir.

BACA:  Guardiola Dedah Kelemahan City Dan Memuji Kelebihan Liverpool