Guardiola Dedah Kelemahan City Dan Memuji Kelebihan Liverpool

Pep Guardiola telah mendedahkan pandangan peribadi beliau berkait skuadnya, Manchester City dan mendakwa yang Juara bertahan saingan Premier League itu tidak bagus ketika bertahan.

Skuad kendalian Pep Guardiola mudah memenangi gelaran liga pada musim lalu, dan mereka pada ketika ini sepertinya juga sedang dalam perjalanan untuk mempertahankan gelaran liga.

Juara lima kali gelaran Premier League itu masih menjadikan Jurgen Klopp dan Liverpool sebagai pencabar utama dan terkuat mereka pada ketika ini.

Kebanyakan peminat mungkin tidak akan begitu perasan kelemahan dan kekurangan yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan ini.

Namun Guardiola secara jujur dan terbuka mendedahkan yang skuadnya tidak bagus ketika bertahan dan itu merupakan kelemahan skuadnya.

Ketika ditanya adakah skuad Manchester City sekarang sehebat skuad Barcelona di bawah kendalian beliau dahulu, yang mana beliau berjaya memenangi dua gelaran Champions League dalam tempoh tiga tahun, Pep Guardiola menjawab:

“Ia adalah bola. Jika kamu lihat pemain kami secara individu, kami tak bagus ketika bertahan. Kami tak bagus.”

“Jadi secara individu Bernardo [Silva], [Ilkay] Gundogan, Kevin [De Bruyne], Raz [Raheem Sterling], Riyad [Mahrez], bahkan Joao [Cancelo], Aleks [Oleksandr Zinchenko], kami bukan pertahanan yang bagus.”

“Tapi kami ada bola. Miliki bola merupakan satu-satunya sebab mengapa kamu stabil. Apa kamu lakukan dengan itu, itu adalah sebab dia.”

“Kamu cipta peluang, ia adalah bola. Kamu bolos sikit, ia adalah bola. Ia cara bagaimana kamu bermain di dalam sebuah perlawanan. Jika pemain midfield boleh kawal itu, kamu akan stabil dibelakang dan di hadapan akan lebih positif.”

“Tanpa itu, pemain yang sama akan bazirkan banyak peluang.”

Ketika Boxing Day, para pemain Manchester City telah membuktikan kenyataan dari Pep Guardiola adalah benar.

Man City turut bertemu Leicester City di Etihad, dengan lapan gol berjaya dihasilkan dari perlawanan tersebut.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu mendahului perlawanan dengan keputusan 4-0 selepas beraksi hanya 30 minit sahaja.

Dua dari empat gol itu berjaya dihasilkan menerusi sudut sepakan penalti dengan Man City sebenarnya boleh menghasilkan lebih banyak gol sebelum tamat aksi babak pertama.

Walau bagaimanapun, Leicester City akhirnya hampir sahaja untuk melakukan comeback selepas mereka meledak tiga gol pada 20 minit pertama aksi babak kedua permainan.

Mujur saja Man City tidak membenarkan The Foxes untuk comeback dan mereka menambah dua lagi gol untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan 6-3.

Bercakap tentang bagaimana skuadnya bermain, Guardiola telah membandingkan skuadnya dengan skuad kendalian Jurgen Klopp dan mengakui ada kelebihan skuad Liverpool yang Man City sendiri tak boleh tandingi.

“Kami tak boleh menyerang dengan pantas. Kami bukan Liverpool. Mereka memang pakar bab itu, kamu tidak.”

Tambah pengurus berusia 50 tahun itu.

“Kami tak tahu apa kami perlu lakukan dengan itu. Kami tahu macam mana nak hantar bola, hantar bola, hantar bola dan bermain dengan bola.”

“Kesabaran bukan bermaksud malas, perlahan. Ia kerana bola. Jika kamu ada bola, kamu sedang dalam usaha memastikan semuanya stabil. Kestabilan bola. Ia bukan tentang bertahan dari jarak 40 meter dari belakang atau 40 meter di hadapan, atau high pressing, atau bertahan, atau long ball atau apa saja.”

“Untuk menjadi pasukan yang stabil, kamu perlu kawal bola, tidak lebih dari itu.”

Kemenangan menewaskan Leicester City membantu Manchester City untuk terus kukuh dipuncak saingan liga, dengan mereka kini enam mata mengatasi Liverpool.

Liverpool walau bagaimanapun masih memiliki satu perlawanan yang belum dimainkan, dan mereka masih berada di landasan terbaik untuk beri cabaran kepada Manchester City.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pep Guardiola Mempersembahkan Taktikal Baharu 4-2-5 Tanpa Penjaga Gol