Sarri: Jorginho Perlukan Sokongan Pemain Lain Untuk Menjayakan ‘Sarri-ball’

Ketua jurulatih Chelsea, Maurizio Sarri percaya Jorginho akan menyerlah apabila rakan sepasukannya mula memahami filosofi bola sepak yang ingin diterapkan Sarri dalam pasukan Chelsea.

‘Sarri-ball’ merupakan gelaran yang diberi kepada corak permainan Sarri seperti yang pernah dilihat pada pasukan Napoli pada musim lepas.

Pemain tidak efektif. Betul ke ?

Namun begitu, percubaan Sarri untuk melakukan perkara yang sama kepada pasukan The Blues musim ini tidak memberikan keputusan seperti yang diingini dengan Chelsea bergelut untuk merebut slot beraksi ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Antara pemain yang menjadi tunjang utama kepada skuad Napoli di bawah Sarri musim lepas adalah pemain antarabangsa Itali, Jorginho. Pemain tersebut mengikut jejak langkah Sarri dengan berpindah ke Stamford Bridge pada jendela musim panas lalu dengan yuran perpindahan dianggarkan berjumlah  £57 juta.

Walau bagaimanapun, segalanya serba tidak kena buat Jorginho sejak bergelar pemain Chelsea. Beliau sering menerima kritikan daripada peminat Chelsea kerana menampilkan persembahan ‘biasa-biasa’.

Ketika Chelsea mencatatkan kemenangan ke atas Malmo minggu lalu, Jorginho menerima ejekan daripada peminat Chelsea ketika masuk sebagai pemain gantian. Beliau juga gagal menyempurnakan salah satu penalti ketika Chelsea tewas kepada Manchester City dalam perlawanan akhir Piala Carabao baru-baru ini.

Jorginho memerlukan sokongan pemain lain untuk menyerlah.

Namun begitu, Sarri masih lagi menaruh kepercayaan terhadap kemampuan Jorginho dan percaya pemain tersebut akan menutup mulut pengkritiknya tidak lama lagi.

“Jorginho mempunyai karakter yang kuat, dan personaliti yang kuat.” Ujar Sarri ketika bercakap kepada pemberita menjelang pertemuan Chelsea melawan Fulham malam ini.

“Saya juga percaya beliau tidak mempunyai masalah untuk beraksi dalam tekanan. Saya rasa Jorginho bermain sangat baik ketika menentang Tottenham yang mana beliau bermain lebih baik pada separuh masa kedua berbanding separuh masa pertama.”

“Bagi Jorginho, amat penting untuk beliau menamatkan perlawanan tersebut dengan cara sedemikian. Saya rasa Jorginho boleh bermain dengan lebih baik. Tetapi beliau memerlukan keseluruhan pasukan untuk memahami cara bola sepak kami.”

Sarri berdepan tekanan yang agak tinggi ketika ini selepas Chelsea gagal untuk memberikan saingan dalam perebutan kejuaraan liga dan 5 mata di belakang slot terakhir Liga Juara-Juara Eropah.

Tekanan di Chelsea biashe-biashe saje. Mana taknya, kena pecat duit juta-juta

Walau bagaimanapun, Sarri menegaskan beliau langsung tidak terkesan dan mendakwa tekanan yang dihadapinya ketika di Itali dahulu lebih tinggi dari apa yang dialaminya sekarang.

“Saya merasai tekanan yang hebat ketika di Serie C. Saya tidak merasa tekanan yang terlalu tinggi ketika beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah.”

“Napoli bukan kelab yang kecil. Dan tekanan di sana lebih tinggi dari apa yang saya lalui bersama Chelsea. Setiap perlawanan amat sukar dan amat mencabar dari segi mental.”

BACA:  Thomas Tuchel Dedah Pemain Pilihannya Untuk Memenangi Anugerah Ballon D'or