Sarri: Pengkritik Salah, Chelsea Lalui Musim Yang Berjaya

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri percaya pasukan bimbingannya melalui musim yang berjaya walaupun mereka bergelut untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan kini sekadar bersaing untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Sarri juga mempertahankan rekod baik Chelsea dalam kejohanan Europa League disamping kejayaan Chelsea untuk bersaing dengan pasukan lain dalam merebut kedudukan empat teratas liga musim ini.

Haters gonna hate. Chelsea lalui musim yang cemerlang dari kaca mata Sarri !

Chelsea akan bertandang ke Old Trafford hujung minggu ini untuk berdepan dengan sebuah lagi pasukan yang sedang bergelut, iaitu Manchester United.

The Blues mempunyai peluang besar untuk menghancurkan impian peminat Setan Merah untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropahmusim depan dimana mereka hanya perlu mencatatkan sekurang-kurangnya keputusan seri.

Selain United, Tottenham Hotspurs dan Arsenal turut bersaing untuk merebut baki 2 slot untuk bermain dalam kejohanan paling berprestij di Eropah musim depan, dengan Liverpool dan Manchester City sudah mengesahkan tempat mereka lebih awal.

Walaupun pada awal musim Chelsea dicanang bakal memberi cabaran kepada Liverpool dan Manchester City dalam perebutan liga, ia tidak berjalan seperti yang disangka.

Pasukan ini hanya tewas kepada Manchester City melalui penalti. Kalau tak, satu trofi dalam tangan

Walaupun mengharungi permulaan musim yang baik, prestasi Chelsea menjunam dengan teruk tidak lama selepas itu dan keadaan menjadi lebih buruk apabila mereka tumpas kepada Manchester City dalam perlawanan akhir Piala Carabao.

Europa League merupakan pertandingan terakhir yang mampu memberikan trofi kepada Chelsea musim ini dimana mereka bakal berdepan Eintracht Frankfurt di peringkat separuh akhir. Sekiranya layak ke final, Arsenal atau Valencia bakal menjadi lawan mereka untuk merebut trofi Europa League yang turut menjanjikan satu slot automatik untuk bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

“Kami bermain dalam final dan tewas melalui sepakan penalti. Kami kini berada dalam peringkat separuh akhir dan sedang bertarung untuk merebut empat teratas. Jadi buat masa sekarang, musim kami berjalan dengan baik.” Ujar Sarri kepada pemberita di padang latihan Cobham.

“Sudah tentu, musim ini juga adalah musim yang sukar. Kami tewas dalam keadaan yang cukup buruk dalam 2 atau 3 perlawanan. Sebab itu perasaan saya agak berkecamuk.”

“Tetapi jika anda melihat musim ini secara keseluruhan, saya rasa kami telah melalui musim yang agak baik. Sudah tentu ini hanya langkah yang pertama. Masih banyak yang perlu kami perbaiki.”

Adakah Higuain mampu merobeik barisan pertahanan United yang goyah sejak kebelakangan ini ?

“Kami perlu menjadi lebih kompetitif untuk berada di atas. Langkah pertama yang kami ambil juga agak baik.”

Dengan kedua-dua pasukan terdesak untuk mengutip 3 mata penuh, pertembungan malam esok bakal menyajikan aksi yang sengit di antara kedua-dua pasukan. Pasukan yang kalah mungkin boleh melupakan niat untuk bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan memandangkan liga hanya berbaki 3 perlawanan sahaja lagi.

BACA:  Courtois: Cintaku Tertinggal di Madrid