Satu ‘Kisah Hitam’ Menyebabkan Ronaldo Dan Mendes Berpisah

Satu ‘Kisah Hitam’ telah memberi kesan besar menyebabkan Cristiano Ronaldo dan Jorge Mendes kini dilaporkan telah berpisah selepas hampir 20 tahun bersama-sama menaikkan karier masing-masing.

Jorge Mendes merupakan seorang super ejen bola sepak adalah orang di sebalik perpindahan sensasi Ronaldo yang memecahkan rekod dari Manchester United ke Real Madrid pada 2009 dan menyelia kepulangannya yang menakjubkan ke Old Trafford pada musim panas 2021.

Bagaimanapun, sebelum ini telah dilaporkan bahawa Ronaldo dan Mendes itu telah berantakan dan merosot sejak 18 bulan lalu dan ketegangan hubungan mereka meroket lalu membawa kepada perpisahan.

Ketidakpastian mengenai masa depan pemain itu dikatakan menjadi punca ketegangan, naik turun hubungan bermula apabila Ronaldo mahu meninggalkan Juventus.

Cristiano Ronaldo dikatakan telah mendengar pendapat orang lain dan mengabaikan ejennya apabila membuat keputusan di luar pengetahuan Jorge Mendes tentang masa depannya.

Menurut media Portugal Publico, Mendes tidak terlalu gembira dengan keputusan Ronaldo untuk meneruskan temu bualnya dengan Piers Morgan, yang mengakibatkan penamatan pahit untuk tugas keduanya bersama Manchester United dan menjadi kisah hitam dalam kariernya.

Laporan itu mendakwa bahawa Mendes tahu bahawa sebarang harapan untuk mencari Ronaldo satu lagi kelab terkemuka di Eropah telah hilang selepas wawancara kontroversi itu.

Di pihak Ronaldo pula percaya dan menyangka tawaran itu akan datang bergolek daripada kelab besar Eropah jika dia beraksi dengan baik pada Piala Dunia 2022 dan itu sudah pastinya tidak terjadi.

Bagaimanapun, Jorge Mendes tidak begitu pasti dan tahu hanya kelab Arab Saudi, Al-Nassr yang mampu menyamai jangkaan gaji pemain berusia 37 tahun itu ketika harapan bermain di Champions League hampir tiada.

Apabila perpindahan ke Timur Tengah semakin hampir, A Bola melaporkan bahawa Ronaldo telah meninggalkan Jorge Mendes dan mengupah ‘pengurus peribadi’ baharu yang bernama Ricardo Regufe.

Ricardo Regufe mengenali Ronaldo sejak awal 2000-an melalui kerjanya bersama pasukan kebangsaan Portugal semasa di Nike. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, beliau telah menjadi semakin menonjol, sehingga beliau mengambil peranan penting dalam perjanjian bersama Al Nassr.

Cristiano Ronaldo juga secara peribadi telah berunding dengan Al Nassr, disokong oleh peguamnya sambil dibantu oleh Regufe yang merupakan kawan merangkap pengurus peribadi. Difahamkan Jorge Mendes langsung tidak terlibat.

Untuk sebahagian besar hubungan kerja mereka, tugasan Ricardo Regufe lebih memberi tumpuan kepada kepentingan komersial Ronaldo. Dia bukan seorang ejen tetapi kini telah melangkah ke bahagian sukan juga dan banyak terlibat dalam perbincangan dengan Manchester United mengenai pemergian Ronaldo.

Ricardo Regufe digambarkan sebagai “pengendali yang sangat baik” oleh sumber yang pernah bekerja dengannya tetapi bercakap tanpa nama untuk melindungi hubungan mereka dalam industri.

Peranan besar telah dimainkan oleh Regufe untuk Ronaldo menandatangani perjanjian besar itu dan menemani Ronaldo menaiki jet peribadi yang menerbangkannya ke Riyadh.

Selepas perpindahan Ronaldo ke Al-Nassr secara rasmi disahkan minggu lalu, Regufe dilaporkan bersedia untuk menikmati komisen £26 juta yang merupakan jumlah yang besar bagi pemain berusia 37 tahun manakala Jorge Mendes tidak membawa pulang apa-apa dan hanya mampu makan hati sahaja.

Jorge Mendes telah mewakili Ronaldo sejak zaman mudanya di Sporting Lisbon, bersetuju untuk berpindah ke United, Real Madrid, Juventus dan United sekali lagi, serta menyusun beberapa kontrak yang menguntungkan.

Terdapat perbualan dalam industri bahawa Ronaldo kecewa dengan peristiwa pada musim panas apabila hasratnya untuk meninggalkan Old Trafford untuk pasukan Liga Juara-Juara tidak kesampaian. Mendes pula dikatakan kecewa dengan keengganan Ronaldo untuk menerima hakikat bahawa tidak mungkin untuk mencari kelab Eropah.

Pasukan Liga Juara-Juara menolak peluang untuk mengambil Ronaldo dengan bayaran serendah £80,000 seminggu, dengan United bersedia untuk mensubsidi baki gajinya untuk memudahkan pemergian pada jendela terakhir.

Mendes menasihati Ronaldo untuk kekal di Manchester United, menerima peranannya dalam skuad Erik ten Hag dan membuktikan bakatnya di atas padang apabila dipanggil.

Jika Manchester United memalui musim yang baik mungkin telah layak ke Liga Juara-Juara untuk musim depan, atau malah menyaksikan United mencetuskan lanjutan satu tahun dalam kontraknya.

Ronaldo boleh memainkan peranan yang agak berguna jika tidak memainkan peranan penting di bawah Ten Hag dan pengurus United itu cuba memujuknya tentang perkara ini. Regufe juga mencadangkan agar Ronaldo memperjuangkan tempatnya di Old Trafford.

Tetapi Ronaldo telah bertekad dan membuat keputusan sendiri lalu mengambil inisiatif sendiri.

Seorang ejen, yang tidak bekerja untuk Ronaldo dan ingin kekal tanpa nama untuk melindungi hubungan mereka, memberitahu The Athletic bahawa pemain berusia 37 tahun itu memanggil sekurang-kurangnya seorang eksekutif kelab Eropah sendiri untuk bercakap mengenai prospek menyertainya.

Namun seorang wakil untuk Ronaldo menafikan dia membuat hubungan langsung dengan sesiapa sahaja dalam hierarki kelab seperti dilaporkan.

Mungkin dari situlah Ronaldo sedar dia tiada tempat dalam bola sepak tertinggi Eropah dan kariernya bola sepaknya di Eropah sudah tamat lalu memilih ke Al Nassr.

BACA:  Chiellini Akui Alangkah Baik Jika Ronaldo Tinggalkan Juventus Lebih Awal