Ronaldo Bergaduh Pula Dengan Jorge Mendes

Cristiano Ronaldo terus tidak sunyi dari menjadi sensasi media massa dan kali ini telah dilaporkan bergaduh lantaran hubungan berantakan dengan ejennya, Jorge Mendes.

Pemain bintang Portugal yang berstatus ejen bebas kini sedang mencari kelab baru, tetapi keupayaannya untuk berunding dengan kelab berminat mungkin terjejas keranna bermasalah dengan ejen Jorge Mendes.

Portugal disingkirkan daripada Piala Dunia pada hujung minggu oleh Maghribi dengan Ronaldo hanya beraksi dengan turun dari bangku simpanan, untuk perlawanan dua perlawanan terakhir di pusingan kalah mati.

Keputusan Fernando Santos untuk meletakkan pemain berusia 37 tahun itu dibangku simpanan nyata percaturan yang tepat apabila mencatatkan kemenangan yang sempurna dalam pusingan 16 terakhir.

Ronaldo sendiri mendedahkan betapa emosinya untuk melihat pasukan Portugal tersingkir, dengan impian ‘paling sukar’nya, untuk menjadi juara dunia telah berakhir.

Sudah tentu penghujung kempen Piala Dunia memberi kesan yang lebih besar kepada pemenang Ballon d’Or lima kali ini, kerana dia kini menjadi seorang menganggur.

Pada permulaan kejohanan, kontraknya dengan Manchester United ditamatkan, berikutan temu bual yang penuh kontroversi yang dilakukannya bersama Piers Morgan sebelum pergi ke Qatar.

Situasi ini menyebabkan Ronaldo tidak berkelab buat kali pertama dalam kariernya dan perlu mencari kelab baharu menjelang jendela perpindahan Januari.

Tetapi mencari kelab baru ternyata tidak semudah itu dan ia berkaitan dengan hubungan dengan ejennya Jorge Mendes, yang telah mewakili penyerang itu di sepanjang kariernya.

Menurut AS, hubungan antara mereka semakin’terhakis’ sejak kebelakangan ini dan ‘ketegangan meroket,’ dan ini bukan buat kali pertama terjadi.

Ketidakpastian mengenai masa depan pemain itu dikatakan menjadi punca ketegangan, naik turun hubungan bermula apabila Ronaldo mahu meninggalkan Juventus.

Ronaldo dikatakan telah mendengar pendapat orang lain dan mengabaikan ejennya apabila membuat keputusan di luar pengetahuan Jorge Mendes tentang masa depannya.

Pada musim panas, penyerang itu memberitahu United bahawa dia mahu meninggalkan Old Trafford, kerana tidak beraksi di Liga Juara-Juara yang membawa kepada penurunan gaji, antara puncanya.

Chelsea, Bayern Munich dan PSG semuanya dikaitkan dengan Ronaldo tetapi tidak ada yang mengambil langkah untuk mendapatkannya, mengekalkannya di United melepasi jendela perpindahan.

Dengan pretasi yang sendu dengan prestasi yang merudum ditambah sikap yang penuh berisiko berserta gaji yang tingga adalah mustahil untuk Ronaldo sertai pasukan teratas Liga Juara-Juara yang lain.

Bekas bintang Real Madrid itu ditawarkan jalan lain iaitu ke Arab Saudi pada musim panas lalu namun ditolak dan ketiak Piala Dunia sekali tawaran dari Timur Tengah datang namun ditolak lagi.

Pilihan yang ada buat Ronaldo ketika ini akan memberikannya gaji yang mewah sahaja iaitu dengan ke timur tengah dan untuk aksi peringkat tertinggi adalah sangat mustahil.

Dia dikatakan telah ditawarkan tawaran €200 juta setiap musim untuk kelab Saudi Al-Nassr, untuk bermain di sana selama dua setengah tahun.

Kelab gergasi yang mampu memenuhi keinginan bola sepak Ronaldo dengan gaji yang tinggi semuanya tidak berminat kerana Ronaldo tidak lagi mampu memberikan impak.

Antero Henrique, yang sebelum ini menjadi pengarah sukan di PSG, juga dikatakan berminat untuk membawa pulang Ronaldo ke Qatar, selepas Piala Dunia.

Henrique adalah ketua Qatar Stars League dan AS mendakwa bahawa dia berharap untuk membawa pemenang lima kali Liga Juara-Juara itu ke liga.

Pilihan Ronaldo ada hanyalah Timur Tengah dan jika 7-8 tahun lalu mungkin dia juga akan mendapat tawaran Liga China yang sekarang dilanda masalah kewangan.

Itulah pilihan terbaik Ronaldo ada untuk terus bermain bola sepak dan sudah pasti sukar baginya mendapat tempat bersama pasukan Portugal di EURO 2024.

BACA:  Ronaldo : Iceland Parking Bas Di Padang