France Football telah mengumumkan senarai 30 calon akhir bagi anugerah Ballon d’Or 2021 selepas Anugerah bola emas bagi pemain bola sepak terbaik dunia anjuran majalah bola sepak popular France Football dibatalkan buat pertama kali dalam sejarah penganjuran pada tahun lalu.
Anugerah ini dimulakan pada tahun 1956 dan pada tahun 2009, Ballon d’Or telah digabungkan dengan anugerah pemain terbaik dunia FIFA menjadi FIFA Ballon d’Or.
Kerjasama ini hanya bertahan sehingga 2015, dan pada tahun berikutnya angerah Ballon d’Or dan Pemain Terbaik FIFA diberikan dalam majlis yang berasingan dan membolehkan kedua-dua anugerah kembali ke format asal.
Kerjasama ini hanya bertahan sehingga 2015, dan pada tahun berikutnya angerah Ballon d’Or dan Pemain Terbaik FIFA diberikan dalam majlis yang berasingan dan membolehkan kedua-dua anugerah kembali ke format asal.
Let's recap the rules! 🤓
Who will vote? ⤵️#ballondor pic.twitter.com/z7kbuAKbE2
— France Football #BallondOr (@francefootball) October 8, 2021
Pemenang pertama anugerah ini adalah Sir Stanley Matthews yang pada ketika itu beraksi bersama pasukan Blackpool menewaskan dua pemain Real Madrid Alfredo Di Stefano dan Raymond Kopa.
Sebagaiman semua tahu, Lionel Messi merupakan pemenanga terbanyak Ballon d’Or dengan 6 kali meragut anugerah ini dan kali terakhir dimenangi pada tahun 2019.
Cristiano Ronaldo yang menjadi pencabar terdekat Messi memenangi Balon d’Or sebanyak 5 kali.
Duo pemain terhebat sepanjang zaman dalam dunia bola sepak itu merupakan bintang paling dominan dengan mereka berjaya memenangi 11 dari 12 edisi terakhir anugerah tersebut.
Lots of Chelsea representation in the Ballon d'Or shortlist. 👇🔵
— Chelsea FC (@ChelseaFC) October 8, 2021
Luka Modric menjadi satu-satunya pemain yang berjaya memecah dominasi kedua-dua pemain tersebut, selepas beliau dinobatkan sebagai penerima anugerah Ballon D’or pada tahun 2018 yang lalu.
Jika anugerah ini diteruskan pada tahun 2020, maka pemain yang akan memenangi anugerah ini sudah pasti Robert Lewandowski yang ternyata cemerlang, gemilang dan terbilang.
Dalam senarai 30 calon akhir Anugerah Ballon d’Or bagi tahun 2021 ini Robert Lewandowski turut tersenarai namun sudah pasti dicabar hebat oleh Jorginho dan N’Golo Kante.
Pemain kebangsaan Itali dan Chelsea, Jorginho disebut-sebut sebagai calon terpaling cocok untuk menerima anugerah ini lantaran kecemerlangan bersama Chelsea dan Itali.
The 2020 Ballon d'Or was canceled. Lewandowski was one of the favorites.
His 2021 so far:
50 goals
8 assists
3 trophies pic.twitter.com/oTdjzT4jKy— B/R Football (@brfootball) October 8, 2021
Jorginho telah membantu Chelsea menjulang trofi Champions League dan juga Super Cup, manakala bersama Itali, Jorginho telah membawa The Azurri muncul sebagai juara Eropah.
Kau tengok sendiri la senarai ni. Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi turut tersenarai di samping pemain Chelsea yang lain.
30 Calon Akhir Ballon d’Or 2021
1. Cesar Azpilicueta (Chelsea)
2. Nicolo Barella (Inter Milan)
3. Karim Benzema (Real Madrid)
4. Leonardo Bonucci (Juventus)
5. Kevin De Bruyne (Manchester City)
6. Giorgio Chiellini (Juventus)
7. Cristiano Ronaldo (Manchester United)
8. Ruben Dias (Manchester City)
9. Gianluigi Donnarumma (Paris Saint-Germain)
10. Bruno Fernandes (Manchester United)
11. Phil Foden (Manchester City)
12. Erling Braut Haaland (Borussia Dortmund)
13. Jorginho (Chelsea)
14. Harry Kane (Tottenham Hotspur)
15. N’Golo Kante (Chelsea)
16. Simon Kjaer (AC Milan)
17. Robert Lewandowski (Bayern Munich)
18. Romelu Lukaku (Chelsea)
19. Riyad Mahrez (Manchester City)
20. Lautaro Martinez (Inter Milan)
21. Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)
22. Lionel Messi (Paris Saint-Germain)
23. Luka Modric (Real Madrid)
24. Gerard Moreno (Villarreal)
25. Mason Mount (Chelsea)
26. Neymar (Paris Saint-Germain)
27. Pedri (Barcelona)
28. Mohamed Salah (Liverpool)
29. Raheem Sterling (Manchester City)
30. Luis Suarez (Atletico Madrid)
Senarai 10 Calon Akhir Yashin Trophy
Anugerah Yashin Trophy merupakan anugerah baru yang diperkenal di Anugerah Ballon d’Or yang berlangsung di di Theatre du Chatelet, Paris, Perancis pada tahun 2019 khas untuk penjaga gol yang sering dianak tirikan.
Anugerah Yashin Trophy dinamakan sempena nama penjaga gol lagenda dunia dan Russia, Lev Yashin yang telah diangkat sebagai penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.
Kali terakhir penjaga gol memenangi Ballon d’Or adalah pada tahun 1963 apabila penjaga gol lagenda, Lev Yashin diangkat sebagai pemenang.
Alisson Becker yang merupakan penjaga gol pasukan paling hebat di muka bumi ini, Liverpool telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain pertama yang memenangi anugerah Yashin Trophy.
Berikut merupakan senarai 10 Calon Akhir Yashin Trophy dan tiada Alisson Becker:
1. Gianluigi Donnarumma
2. Ederson
3. Kasper Schmeichel
4. Edouard Mendy
5. Thibaut Courtois
6. Keylor Navas
7. Emiliano Martinez
8. Manuel Neuer
9. Jan Oblak
10. Samir Handanovic
Kenapa Ballon d’Or 2020 Dibatalkan?
France Football melalui sesawangnya telah memberi penjelasan kenapa anugerah Ballon d’Or tahun 2020 dibatalkan, ini berikutan kerana kekurangan perlawanan dan akan mengakibatkan penilaian dilakukan menjadi tidak adil.
Pemenang tahun 2019 seperti Lionel Messi, Rapinoe, De Ligt dan Allison Becker terpaksa bersabar dan menunggu setahun untuk mempertahankan gelaran diraih.
Kekurangan perlawanan bola sepak tahun ini kerana Pandemik akibat wabak COVID-19 yang menyerang satu dunia menyaksikan semua aktiviti sukan dan kehidupan seharian manusia terbatas.
Selepas 3 bulan bertarung, kebanyakkan negara mula memasuki fasa pemulihan dan segala aktiviti mula berjalan dengan normal baharu.
À circonstances exceptionnelles, dispositions exceptionnelles. Pour la première fois de son histoire, débutée en 1956, le #Ballondor France Football ne sera pas attribué en 2020, faute de conditions équitables suffisantes.
Nos explications sur ce choix : https://t.co/LgRr8GCuKD pic.twitter.com/Z1x3L3QBGV
— France Football #BallondOr (@francefootball) July 20, 2020
Dalam penjelasan yang diberikan, France Football telah menggariskan beberapa sebab utama yang membawa kepada pembatalan anugerah ini.
1. Kerana 2020 merupakan tahun yang unik dan tidak boleh dianggap sebagai tahun yang biasa. Sekiranya ragu lebih baik menjauhkan diri daripada bertahan.
2. Trofi Ballon d’Or itu memberi nilai seperti teladan, solidariti dan tanggungjawab dan tidak bergantung kepada kecemerlangan di padang sahaja.
3. Kerana faktor yang diambil kira oleh anugerah ini tidak dapat dinilai terutamanya berdasarkan statistik. Calon anugerah ini tidak akan mendapat keadilan keran ada liga di mana musim mereka sudah tamat dan ada yang masih bersambung. Jadi bagaimana mahu dinilai?
The Ballon d’Or will not be awarded in 2020.
Our official statement > https://t.co/4HjwEZ81uq #ballondor pic.twitter.com/MFRem2SEoQ
— France Football #BallondOr (@francefootball) July 20, 2020
4. Kerana tidak mahu anugerah tahun ini dilabel sebagai ‘Trophy won in exceptional circumstances due to the Covid-19 health crisis(Trofi dimenangkan dalam keadaan luar biasa kerana krisis kesihatan Covid-19)’. Ini bagi melindungi kredibiliti dan kesahihan anugerah supaya prestij akan terus terpelihara.
5. Kerana tempoh dua bulan iaitu Januari dan Februari bagi mencari 11 pemain terbaik dan memilih yang terbaik antara mereka tidak cukup. Tempoh dua bulan terlalu pendek untuk mengukur dan menilai mereka yang terbaik.
Selepas bola sepak kembali bersambung terdapat pelbagai format dan syarat berbeza diperkenalkan di liga masing-masing. Ada yang bermain di gelanggang tertutup. lima pertukaran dan peringkat suku akhir kejohanan Eropah pula dilangsungkan dengan perlawanan tunggal.
Terlalu jauh daripada kebiasaan.
— France Football #BallondOr (@francefootball) July 20, 2020
6. Kerana 220 orang juri terdiri daripada lelaki dan wanita berada di seluruh pelusuk dunia mungkin ada yang terkesan dengan situasi ini dan mungkin fokus mereka untuk menilai pemain telah terganggu dan terjejas.
7. Kerana sejarah anugerah Ballon d’Or ini terlalu berharga maka tidak berbaloi untuk mengambil risiko meneruskan anugerah bagi tahun ini tanpa penilaian yang adil.