Senarai Gaji Pemain Utama Chelsea

Pemain Chelsea dilaporkan menerima bonus bernilai £10 juta untuk dikongsikan sesama mereka selepas memenangi gelaran Champions League musim 2020/21.

Skuad kendalian Thomas Tuchel berjaya menyingkirkan Real Madrid di peringkat separuh akhir sebelum menewaskan Manchester City dalam aksi perlawanan akhir di Porto.

Ia merupakan kejayaan yang sungguh luar biasa mengagumkan untuk Tuchel dan anak-anak buahnya yang menjuarai saingan Champions League walau bukan pasukan pilihan.

Tidak ada sesiapa yang menjangkakan The Blues akan mampu memenangi kejuaraan Eropah ketika melihat Frank Lampard dipecat sebagai pengurus pada Januari lalu.

Namun kehadiran Tuchel yang tak pernah memenangi Champions League sebelum ini berjaya membawa Chelsea untuk memenangi Piala kejuaraan terbesar di benua Eropah itu.

Beliau berjaya mengubah The Blues yang tidak berada di prestasi terbaik menjadi salah sebuah pasukan paling berprestasi di Eropah selepas beberapa bulan sahaja mengurus pasukan London itu.

Mungkin akan ada segelintir pemain Chelsea yang akan mengetuk pintu pejabat Tuchel untuk meminta kenaikkan gaji selepas kejayaan mereka membawa pulang Piala Champions League kedua dalam sejarah kelab.

Pada Februari yang lalu, media UK telah mendedahkan berapa nilai pendapatan yang diterima oleh para pemain utama Chelsea.

Berikut merupakan senarai gaji yang diterima oleh pemain utama Chelsea, dan pemain mana agaknya yang layak terima kenaikkan gaji.

Willy Caballero – £35,000 Seminggu

£35 ribu seminggu hanya untuk menjalani latihan bersama skuad dan peneman Kepa di bangku simpanan rasanya sudah cukup lumayan untuk Caballero.

Kurt Zouma – £40,000 Seminggu

Melihat kepada sumbangan beliau sepanjang musim ini, Kurt Zouma selayaknya meminta kelab untuk menaikkan gaji beliau.

Billy Gilmour – £43,000 Seminggu

Di usia 19 tahun dan jarang diturunkan untuk bermain, £43 ribu sudah cukup besar untuk Gilmour. Budak-budak tak boleh pegang duit banyak nanti rosak akidah.

Tammy Abraham – £58,000 Seminggu

Tammy mungkin akan sertai pasukan lain musim hadapan, namun andai beliau masih kekal di Stamford Bridge, beliau juga layak terima kenaikkan gaji.

Emerson Palmieri – £75,000 Seminggu

Walaupun beliau bukan pemain utama dan hampir tak nampak sumbangannya musim ini, nilai £75 seminggu sesuai untuk pemain berkelas dunia seperti beliau.

Edouard Mendy – £75,000 Seminggu

Rasanya sangat tak adil untuk melihat Kepa yang memainkan peranan sebagai pemanas bangku simpanan menerima pendapatan lebih berlipat kali ganda berbanding Mendy.

Andreas Christensen – £80,000 Seminggu

Sebelum ini nilai £80 ribu sepertinya terlalu besar untuk Christensen, namun selepas melihat perkembangan kariernya di bawah kendalian Tuchel, nilai tersebut berbaloi.

Mason Mount – £88,000 Seminggu

Tawaran lanjutan kontrak dan kenaikkan gaji sudah tentu menanti Mason Mount dalam masa terdekat ini. Beliau jelas merupakan calon legenda kelab.

Hakim Ziyech – £100,000 Seminggu

Ziyech baru sahaja menyertai Chelsea pada musim panas lalu, sumbangan beliau juga masih tidak seberapa dan jelas masih belum layak untuk minta kenaikkan gaji.

Antonio Rudiger – £100,000 Seminggu

Rudiger telah menjadi pemain terpenting dalam sistem Thomas Tuchel dan beliau juga tentunya bakal terima tawaran lanjutan kontrak dengan kadar gaji yang lebih baik.

Mateo Kovacic – £100,000 Seminggu

Kovacic baru sahaja membantu Chelsea memenangi Champions League kedua dan keempat untuknya peribadi. Namun nilai £100 ribu sudah cukup berbaloi untuk beliau yang tidak begitu penting.

Reece James – £100,000 Seminggu

Selepas mempamerkan persembahan yang luar biasa menakjubkan bersama Chelsea, James tentunya bakal menjadi pemain utama skuad kebangsaan England untuk aksi Euro nanti. Namun gaji yang beliau terima ketika ini sepertinya sudah cukup berbaloi untuknya.

Marcos Alonso – £100,000 Seminggu

Marcos Alonso tentunya tidak akan pernah mempertikaikan soal gaji beliau memandangkan kedudukannya bersama kelab sendiri masih samar-samar.

Thiago Silva – £110,000 Seminggu

Di usia 36 tahun, Thiago Silva sudah terlebih gembira untuk menerima gaji lumayan yang diberi oleh Chelsea ini.

Olivier Giroud – £110,000 Seminggu

Giroud mungkin sama seperti Tammy Abraham, yang mana beliau mungkin akan mencari kelab baru pada musim baharu nanti.

Jorginho – £110,000 Seminggu

Chelsea sepertinya tidak perlu terlalu gopoh untuk menawarkan kontrak lumayan kepada pakar penalti mereka ini.

Callum Hudson-Odoi – £120,000 Seminggu

Hudson-Odoi baru sahaja berusia 20 tahun dan boleh dianggap sangat bertuah menerima pendapatan yang begitu lumayan dengan sumbangan yang tidak seberapa.

N’Golo Kante – £144,000 Seminggu

Pemain kesayangan ramai, Chelsea perlu tawarkan gaji yang lebih baik kepada nadi utama kelab ini. Kante gembira, seluruh dunia gembira.

Cesar Azpilicueta – £145,000 Seminggu

Sebagai ketua pasukan dan pemain paling berpengaruh, nilai tersebut sudah cukup adil untuk pemain seperti Azpilicueta.

Kepa Arrizabalaga – £150,000 Seminggu

Rundingan yang membawa bencana kepada Chelsea. Kalau ada kelab berminat kelab perlu lepaskan beliau dan jika mahu tawarkan kontrak baru, pastikan gajinya dipotong.

Christian Pulisic – £158,000 Seminggu

Tak berlebihan dan tak terlalu kurang, gaji tersebut sudah cukup berbaloi untuk pemain perancang Amerika Syarikat itu.

Ben Chilwell – £190,000 Seminggu

Kelab seharusnya perlu menaikkan sedikit gaji untuk bakat hebat England ini. Melihat kepada sumbangan beliau, Chilwell layak dapat tawaran kenaikkan gaji.

Timo Werner – £270,000 Seminggu

Nilai yang terlalu besar untuk pemain penyerang yang selalu tak nampak gawang gol dekat mana. Jika musim depan beliau masih hambar, The Blues perlu lakukan sesuatu.

Kai Havertz – £310,000 Seminggu

Havertz kini merupakan prospek masa depan Chelsea selepas kejayaannya menjaringkan gol kemenangan untuk aksi perlawanan akhir Champions League.

Di usia muda, gaji yang beliau terima sudah terlalu tinggi dan The blues bakal berdepan kesulitan untuk menawarkan kontrak baru kepada bintang Jerman ini.

BACA:  Ini Sebab Mengapa Chelsea Masih Belum Berputusa Asa Untuk Mendapatkan Romelu Lukaku