Senarai Penerima Gaji Tertinggi Premier League Didominasi Pemain Manchester United

Senarai penerima gaji tertinggi dalam saingan Premier League pada musim ini telah didedahkan, dengan kedudukan 10 teratas didominasi oleh para pemain Manchester United.

Sejak sedekad yang lalu, para peminat boleh menyaksikan bagaimana struktur gaji para pemain dalam dunia bola sepak meningkat naik dengan sangat mendadak.

Turun naik sudah menjadi lumrah untuk sesebuah pasukan bola sepak itu, namun kebajikkan pemain tetap perlu di jaga dengan memberi mereka gaji yang setimpal.

Gaji para pemain dalam saingan Premier League antara yang paling stabil dan tidak dinafikan kewangan tidak begitu menjadi masalah untuk pasukan dalam saingan bola sepak Inggeris.

Sebelum ini, melihat seorang pemain menerima gaji bernilai £200,000 seminggu, sudah cukup untuk membuatkan ramai yang teruja.

Namun kini, pendapatan yang sama sudah tidak termasuk dalam senarai 10 penerima gaji tertinggi, dan ia jelas menunjukkan betapa kadar gaji semasa mereka sekarang sudah naik lebih tinggi.

Ada beberapa sebab berkait kepulangan semula Cristiano Ronaldo ke bumi Old Trafford pada musim panas ini, dan kewangan merupakan salah satu sebab yang menjadikan struktur gaji dalam saingan Premier League akan berubah terus buat selamanya.

Penerima gaji kedua dalam senarai ini merupakan pemain midfield Manchester City, Kevin De Bruyne yang menerima £400,000 seminggu, kurang £110,000 berbanding Cristiano Ronaldo yang berada di kedudukan pertama.

Tiga pemain lain yang melengkapkan senarai lima penerima gaji tertinggi dalam saingan Premier League musim ini merupakan pemain dari pasukan Manchester United.

David De Gea, Jadon Sancho dan Raphael Varane melengkapkan senarai lima penerima gaji tertinggi dalam saingan Premier League musim 2021/22.

Sebut tentang gaji, bintang Liverpool yang sedang hangat dikaitkan dengan rundingan gaji, Mo Salah berada di kedudukan ke-19 sahaja dalam senarai ini, dengan menerima £200,000 seminggu.

Gaji yang diterima oleh Mo Salah hanyalah separuh dari gaji yang diterima oleh Kevin De Bruyne dan ia merupakan satu hal yang sangat menarik untuk disaksikan.

Mengikut data dari Spotrac, berikut merupakan senarai 50 pemain yang menerima gaji tertinggi dalam saingan Premier League musim ini:

1) Cristiano Ronaldo, Man United, £510,000

2) Kevin De Bruyne, Man Cuty, £400,000

3) David De Gea, Man United, £375,000

4) Jadon Sancho, Man United, £350,000

5) Raphael Varane, Man United, 340,000

6) Romelu Lukaku, Chelsea, £325,000

7) Jack Grealish, Man City, £300,000

8) Raheem Sterling, Man City, £300,000

9) N’Golo Kante, Chelsea, £290,000

10) Paul Pogba, Man United, £290,000

11) Timo Werner, Chelsea, £270,000

12) Pierre-Emerick Aubameyang, Arsenal, £250,00

13) John Stones, Manchester City, £250,000

14) Edinson Cavani, Manchester United, £250,000

15) Anthony Martial, Manchester United, £250,000

16) Virgil Van Dijk, Liverpool, £220,000

17) Thomas Partney, Arsenal, £200,000

18) Thiago Alcantara, Liverpool, £200,000

19) Mohamed Salah, Liverpool, £200,000

20) Marcus Rashford, Manchester United, £200,000

21) Harry Kane, Spurs, £200,000

22) Tanguy Ndombele, Spurs, £200,000

23) Saul Niguez, Chelsea, £198,269

24) Ben Chilwell, Chelsea, £190,000

25) Harry Maguire, ManUnited, £189,904

26) Alexandre Lacazette, Arsenal, £182,063

27) Trent Alexader-Arnold, Liverpool, £180,000

28) Roberto Firmino, Liverpool, £180,000

29) Fabinho, Liverpool, £180,000

30) Bruno Fernandes, Man United, £180,000

31) Juan Mata, Man United, £160,000

32) Kepa Arrizabalaga, Chelsea, £150,000

33) Cesar Azpilicueta, Chelsea, £150,000

34) Kai Havertz, Chelsea, £150,000

35) Mateo Kovacic, Chelsea, £150,000

36) Christian Pulisic, Chelsea, £150,000

37) Alisson Becker, Liverpool, £150,000

38) Fernandinho, Man Cty, £150,000

39) Bernardo Silva, Man City, £150,000

40) Luke Shaw, Man United, £150,000

41) Nicholas Pepe, Arsenal, £140,000

42) Jamie Vardy, Leciester City, £140,000

43) Jordan Henderson, Liverpool, £140,000

44) James Milner, Liverpool, £140,000

45) Ilkay Gundogan, Man City, £140,000

46) Heung Min-Son, Spurs, £140,000

47) Wilfried Zaha, Crystal Palace, £130,000

48) Kasper Schmeichel, Leicester City, £130,000

49) Rodri, Man City, £121,154

50) Ben White, Arsenal, £120,000

Nampak perbezaan nilai gaji mingguan yang diterima oleh Cristiano Ronaldo dan Ben White? Jauh dan ia jelas bakal mengubah struktur gaji dalam saingan Premier League selepas ini.

Tidak seperti La Liga mahupun Ligue 1, kadar gaji dalam saingan Premier League sebelum ini tidak begitu tinggi dan kini sepertinya ia sedang menuju ke arah untuk memecahkan struktur tersebut.

Mo Salah ketika ini sedang berunding kontrak baru bersama Liverpool, dengan beliau meminta kelab agar menaikkan gajinya dari £200,000 seminggu kepada £300,000 seminggu.

Liverpool juga merupakan sebuah pasukan yang menjaga struktur gaji mereka, dan melihat kepada kehebatan serta sumbangan Mo Salah, sepertinya tiada masalah untuk mereka memberi apa yang dipinta oleh bintang Mesir itu.

Kerana hal ini jugalah kebanyakkan pemain akan meninggalkan kelab sebagai pemain berstatus free ejen, ia kerana kelab tidak mampu menawarkan gaji yang tinggi, dan menyebabkan pemain itu menolak untuk menandatangani tawaran lanjutan kontrak.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Senarai 29 Pemain Ke Kem Pusat Harimau Malaya