‘Seolah Satu Sumpahan’- Mason Mount Tewas 6 Perlawanan Akhir Di Wembley

Kekalahan Chelsea di tangan Liverpool di pentas perlawanan akhir saingan FA Cup sebenarnya merupakan kekalahan keenam Mason Mount di pentas perlawanan akhir di Wembley.

Mason Mount sudah menikmati enam kekecewaan dalam aksi perlawanan akhir yang dilangsungkan di Wembley sepanjang kariernya.

The Reds mengesahkan Piala kedua mereka musim ini selepas menewaskan Chelsea dengan keputusan 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti.

Kostas Tsimikas tampil untuk menewaskan Edouard Mendy, seterusnya memastikan harapan Liverpool untuk memenangi gelaran quadruple musim ini terus hidup.

Ia merupakan kali ketiga berturut-turut Chelsea tewas dalam aksi perlawanan akhir saingan FA Cup.

Mount sementara itu tampil dalam ketiga-tiga perlawanan tersebut yang mana ia termasuklah aksi bertemu Arsenal (2020), Leicester City (2021) dan terbaru bertemu Liverpool (2022).

Lebih teruk lagi sepakan penalti beliau pada tahun ini, telah diselamatkan oleh Alisson Becker sebelum Kostas Tsimikas menjaringkan gol untuk mengesahkan kemenangan kepada Liverpool.

Chelsea merupakan pasukan kegemaran pada tahun 2020 dan 2021 yang lalu, namun Pierre Emerick Aubameyang berjaya menjadi duri dalam daging yang membuatkan skuad Chelsea menangis dua tahun lalu.

Youri Tielemans pula berjaya menjaringkan gol yang sungguh luar biasa padu untuk menewaskan Chelsea seterusnya mengesahkan kejuaraan FA Cup pertama mereka dalam sejarah kelab.

Liverpool pada musim ini sudah memenangi dua Piala, dengan Piala pertama mereka merupakan Carabao Cup pada Februari lalu selepas menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti.

Mason Mount ketika itu tidak terlibat dengan aksi penentuan sepakan penalti dek kerana beliau telah digantikan oleh Romelu Lukaku pada minit ke-74 dalam perlawanan tersebut.

Bukan hanya di peringkat kelab, Mount sebenarnya turut menerima nasib sama ketika beraksi bersama skuad kebangsaan England.

Merupakan merupakan salah seorang dari pemain skuad England yang tewas di tangan Itali di pentas perlawanan akhir saingan Euro 2020.

Jauh sebelum itu lagi, pemain midfield itu merupakan salah seorang dari pemain Derby County yang tewas di tangan Aston Villa dalam aksi perlawanan akhir play-off pada 2019 yang lalu.

Anwar El Ghazi dan John McGinn menjaringkan gol awal pada aksi babak kedua permainan untuk Villa mendahului dan gol jaringan Jack Marriot tak cukup untuk bantu Derby mengelak dari mencatatkan kekalahan 2-1 dalam perlawanan tersebut.

Satu-satunya aksi perlawanan akhir yang berjaya Mount menangi adalah aksi perlawanan akhir saingan Champions League, yang mana Kai Havertz meledak gol kemenangan mereka menewaskan Man City di pentas perlawanan akhir saingan Champions League.

Setidak-tidaknya ada juga lah perlawanan akhir yang dia menang kan?

Chelsea pada ketika ini akan mengalihkan perhatian mereka kepada aksi dalam saingan liga, dengan mereka tentunya mahu mengukuhkan kedudukan untuk layak ke saingan Champions League musim hadapan.

Liverpool sementara itu masih kekal tiga mata di belakang Manchester City dalam perebutan merebut gelaran Premier League dan mereka juga akan turun beraksi di pentas perlawanan akhir saingan Champions League.

Harapan mereka untuk menjadi pasukan Inggeris pertama memenangi gelaran quadruple masih hidup namun Klopp mungkin terpaksa melakukannya tanpa Mohamed Salah dan Virgil Van Dijk.

Kedua-dua pemain terpaksa di keluarkan ketika aksi bertemu Chelsea awal pagi tadi kerana dibelenggu masalah kecederaan.

FA Cup 2021/22: Liverpool 0-0 Chelsea (Penalti 6-5)

Liverpool hari ini akan turun beraksi bertemu Chelsea dalam aksi perlawanan akhir saingan FA Cup di Wembley.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya layak ke perlawanan akhir selepas kejayaan mereka menewaskan Man City di peringkat separuh akhir.

Chelsea sementara itu berjaya layak ke perlawanan akhir selepas kejayaan mereka menumpaskan Crystal Palace di peringkat separuh akhir.

Kedua-dua pasukan merupakan antara pasukan terbaik dalam saingan Premier League pada ketika ini, dengan mereka menduduki kedudukan kedua dan ketiga dalam carta saingan liga.

Chelsea jelas sekali mahu membalas dendam atas kekalahan mereka sebelum ini di pentas perlawanan akhir saingan Carabao Cup.

Liverpool tentunya mahu menjulang gelaran FA Cup ini dek kerana mereka pada ketika ini sedang memburu kesempatan untuk memenangi gelaran quadruple.

Lima minit pertama dalam perlawanan ini, Liverpool dilihat tidak henti-henti mencuba untuk melancarkan serangan merbahaya, namun usaha mereka tenang digagalkan oleh Chelsea.

10 minit perlawanan berlangsung, Liverpool masih kekal dominan namun tak ada sebarang gol yang berjaya dijaringkan oleh anak-anak buah Jurgen Klopp itu.

Selepas 15 minit perlawanan berlangsung, Chelsea berjaya menyeimbangkan semula permainan dengan kedua-dua pasukan saling mempamerkan aksi serang menyerang ke kubu masing-masing.

Hampir 30 minit masa berlalu, masih tiada jaringan yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan dan jelas sekali aksi perlawanan akhir hari ini membosankan.

Liverpool kemudiannya terpaksa membuat pertukaran awal selepas Mohamed Salah terpaksa dikeluarkan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Tamat aksi babak pertama masih tiada tambahan jaringan yang berjaya dihasilkan dengan kedua-dua pasukan kembali ke bilik persalinan dengan keputusan terikat tanpa jaringan.

Chelsea memulakan aksi babak kedua dengan agak garang dengan mereka berjaya melancarkan beberapa siri serangan merbahaya menguji gawang The Reds.

Aksi babak kedua memperlihatkan Chelsea lebih kerap memiliki kesempatan emas untuk memperoleh gol namun tak ada satu pun darinya yang berjaya disudahi dengan jaringan.

Liverpool turut sesekali melancarkan serangan namun tak ada satu pun percubaan yang berhasil memberikan gol pendahuluan kepada mereka.

Aksi 90 minit tamat dengan perlawanan masih lagi seri terikat 0-0 dan kedua-dua pasukan nampak kepenatan untuk beraksi pada masa tambahan permainan.

Sejak awal aksi tambahan masa, para pemain kedua-dua pasukan dilihat sangat lemah dan mereka sepertinya benar-benar sudah kehabisan tenaga.

Para pemain jelas sekali tidak mampu melancarkan serangan dengan keputusan sama kekal sehingga tamat aksi tambahan masa.

Dek kerana keputusan seri tanpa jaringan masih kekal selepas tamat aksi tambahan masa, maka pemenang akan ditentukan menerusi aksi penentuan sepakan penalti.

Marcos Alonso dan James Milner berjaya menyempurnakan sepakan penalti pertama masing-masing sebelum pemain gantian, Cesar Azpilicueta gagal untuk melakukannya.

Reece James, Ross Barkley, Hakim Ziyech dan Jorginho masing-masing tenang menyempurnakan sepakan penalti mereka.

Roberto Firmino, Trent Alexander Arnold kemudiannya cemerlang menyempurnakan tanggungjawab masing-masing, sebelum Sadio Mane gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Diogo Jota mengambil sepakan penalti keenam Liverpool dan beliau mudah untuk menewaskan Edouard Mendy.

Pengambil sepakan penalti ketujuh Chelsea, Mason Mount gagal untuk menyempurnakan sepakan tersebut sebelum Kostas Tsimikas tenang menewaskan Mendy untuk bantu Liverpool memenangi perlawanan ini dengan keputusan 6-5.

Ia merupakan Piala kedua Liverpool musim ini selepas mereka sebelum ini berjaya menjulang gelaran Carabao Cup juga dengan menewaskan Chelsea.

Jordan Henderson menjadi satu-satunya ketua pasukan dalam sejarah Liverpool yang sudah berjaya menjulang kesemua Piala yang pernah beliau sertai.

Liverpool: Alisson; Alexander-Arnold, Konate, Van Dijk, Robertson; Henderson, Thiago, Keita; Salah, Diaz, Mane

Simpanan: Kelleher, Gomez, Matip, Tsimikas, Jones, Milner, Jota, Firmino, Origi

Chelsea: Mendy; Chalobah, Silva, Rudiger; James, Kovacic, Jorginho, Alonso; Mount, Pulisic, Lukaku.

Simpanan: Kepa, Kante, Werner, Loftus-Cheek, Saul, Barkley, Ziyech, Azpilicueta, Sarr

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kovac: Bayern Munich Tidak Boleh Lakukan Kesilapan Apabila Berdepan Liverpool