Sergio Ramos Sanggup Mati Mahu Bantu PSG ‘Benam’ Real Madrid

Real Madrid dijadualkan akan bertemu Paris Saint Germain di pusingan 16 terbaik saingan Champions League musim ini.

Satu hal yang menarik tentang pertemuan kedua-dua pasukan ini adalah untuk melihat legenda Madrid, Sergio Ramos akan kembali ke Santiago Bernabeu untuk bertemu bekas majikannya.

Mungkin ramai yang fikir Ramos akan beremosi melihat undian itu, namun bintang Sepanyol itu jelas sekali tiada mood untuk berdrama, sebaliknya beliau sangat bernafsu untuk berdepan bekas kelabnya itu.

Pemain berusia 35 tahun itu muncul untuk merasmikan sebuah gym di Madrid beberapa jam selepas undian untuk pusingan 16 terbaik saingan Champions League disahkan.

Beliau kemudiannya dengan segera telah ditanya tentang bagaimana perasannya untuk kembali ke Santiago Bernabeu bertemu dengan bekas kelabnya.

Jawapan yang beliau berikan jelas sekali menunjukkan yang Ramos memang benar-benar mahu buktikan sesuatu kepada Madrid atas apa yang pernah mereka lakukan terhadapnya sebelum ini.

“Saya sanggup mati untuk PSG dalam perlawanan bertemu Real Madrid.”

Jelas bekas ketua pasukan Real Madrid itu kepada Marca.

“Nasib selalu berubah-ubah. Saya lebih mahu melihat pasukan lain yang bermain bersama kami. Kamu tahu kaitan dan kasih sayang yang saya ada untuk Real Madrid. Sekarang giliran saya untuk pertahankan PSG dan saya akan lakukan apa pun semampu saya untuk menang. Ia adalah pasukan yang berharap pada saya.”

Sesi undian untuk pusingan 16 terbaik saingan Champions League musim ini sedikit terganggu dan turut mencetuskan kontroversi pada minggu lalu.

Paris Saint Germain awalnya diundi untuk bertemu Manchester United namun dek kerana kesilapan dungu yang dilakukan oleh UEFA, maka undian semula perlu dilakukan.

PSG kemudiannya telah diundi untuk bertemu Real Madrid di pusingan 16 terbaik dan undian tersebut merupakan yang paling muktamad.

“Ketika saya tiba dalam pesawat saya tengok ia adalah United, yang mana ia merupakan sebuah pasukan yang hebat bagi saya dan kemudian mereka kata undian itu tak sah.”

Jelas Ramos.

“Saya tidak mahu pertembungan itu, tapi dapat kembali ke Santiago Bernabeu jelas sekali sesuatu yang menggembirakan untuk saya. Saya tak ada majlis perpisahan kerana C0V-19 sedang teruk melanda ketika itu.”

Ramos ketika tiba di ibu kota Perancis itu, beliau masih dibelenggu kecederaan dan menyebabkan beliau terpaksa diketepikan selama beberapa bulan.

Beliau kini sudah membuat kemunculan pertamanya bersama PSG ketika aksi kemenangan 3-1 mereka menewaskan St Etienne pada hujung bulan lalu.

Beliau sudah tentu teruja untuk beraksi bertemu Madrid, apa lagi mengenangkan sejarah hitam bagaimana teruknya kelab melayan beliau yang dianggap sebagai legenda.

Bagaimana Ramos boleh memilih PSG

Ramos mengakhiri karier selama 16 tahun bersama Real Madrid dengan memenangi lima gelaran La Liga dan empat gelaran Champions League.

Selepas kontraknya tamat, Ramos telah dikaitkan dengan pelbagai pasukan namun beliau akhirnya memilih untuk menandatangani perjanjian bersama Paris Saint Germain.

“Tempat terbaik untuk terus bermimpi, kelab terbaik untuk terus menang.”

Tulis beliau di media sosial.

“Kita akan berjuang dengan segala apa yang kita ada untuk segalanya. Allez.”

“Paris Saint Germain merupakan kelab yang telah membuktikan sendiri bahawa mereka berada di tahap yang tinggi. Saya mahu terus berkembang di sini dan menambah baik kekurangan di sini dan membantu pasukan untuk menang sebanyak Piala yang kami mampu.”

Ramos sebelum ini telah dikaitkan dengan bakal menyertai beberapa pasukan Premier League seperti, Manchester United, Chelsea dan Manchester City.

Namun PSG lebih pantas untuk meyakinkan Ramos dengan Presiden kelab, Nasser Al-Khelaifi, Sporting director, Leonardo dan Neymar sendiri memainkan peranan masing-masing dengan cukup cemerlang.

“Neymar meyakinkan saya sebelum saya menandatangani perjanjian bersama PSG.”

Jelas Ramos kepada L’Equipe.

“Sebelum menandatangani perjanjian dengan kelab baru, ia sangatlah membantu andai dapat berbual bersama beberapa pemain, atau bersama Leonardo atau Al-Khelaifi. Mereka semua meyakinkan saya dengan cara mereka.”

“Saya sudah berbual dengan Neymar sejak enam ke tujuh tahun. Bahkan waktu itu dia bermain bersama Barca dan saya bermain bersama Madrid, kami tetap ada hubungan persahabatan yang luar biasa.”

Ramos dan Madrid secara bersama telah mengecap 5 kali juara La Liga, 4 kali juara Champions League, 4 kali juara FIFA Club World Cup, 3 kali juara UEFA Super Cup, 2 kali juara Copa del Rey dan 4 kali juara Supercopa de España.

La Liga: 2006–07, 2007–08, 2011–12, 2016–17, 2019–20

Copa del Rey: 2010–11, 2013–14

Supercopa de España: 2008, 2012, 2017, 2019–20

UEFA Champions League: 2013–14, 2015–16, 2016–17, 2017–18

UEFA Super Cup: 2014, 2016, 2017

FIFA Club World Cup: 2014, 2016, 2017, 2018

Sumber: ESPN

BACA:  Teruja Melihat Kehebatan McGregor, Ramos Pernah Mengajaknya Sertai Sesi Latihan Bersama