Serie A 2020/21: Spezia 1-4 Juventus

Cristiano Ronaldo kembali turun beraksi di padang selepas terpaksa berehat untuk menjalani proses kuarantin seperti mereka yang lain apabila telah disahkan positif Covid19.

Tanpa perlu menunggu lama, hanya 3 minit sahaja diperlukan Ronaldo untuk memberitahu dunia bola sepak akan kepulangannya dengan jaringan pertama selepas masuk ke padang.

Dalam perlawanan Juventus menentang Spezia, Raja Offside Alvaro Morata terlebih dahulu meletakkan Juventus dihadapan pada minit ke-14 perlawanan.

Gol itu pada mulanya tidak dikira namun selepas rujukan VAR dilakukan maka sah Alvaro ‘offside’ Morata tidak berada dalam kedudukan offside.

Weston McKennie nyata tidak tamak apabila berpeluang menjaringkan gol namun menolak bola kepada Morata yang tidak dikawal yang mudah meletakkan bola ke gawang.

Pemain tengah Spezia, Tommaso Pobega menjaringkan gol penyamaan 15 minit kemudian dan mengikat keputusan 1-1 sehingga tamat 45 minit pertama.

Pada minit ke-56, Andrea Pirlo telah memasukkan Cristiano Ronaldo menggantikan Paulo Dybala untuk menambah sengat.

Pemain sensasi dunia itu hanya memerlukan 3 minit sahaja masa dipadang untuk meletakkan Juventus kembali di depan dan memberi inspirasi kepada rakan sepasukan.

Cantik hantaran Morata yang menyuap Ronaldo yang telah menggelecek penjaga Spezia dengan mudah.

Gol Ronaldo nyata memberi semangat kepada Juventus apabila Adrien Rabiot terus menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga yang begitu bersahaja.

Ronaldo melengkapkan kemenangan 4-1 Juventus ke atas Spezia dengan jaringan penalti pada minit ke-76 dengan satu sepakan panenka yang menawan.

Zlatan Ibrahimovic sebelum yang telah selesai kuarantin itu telah menggegar gawang dengan jaringan kemenangan akrobatik penuh bergaya untuk AC Milan.

Bekas pemain antarabangsa Sweden itu seolah-olah mahu memberitahu dunia beliau sudah kembali.

Ternyata Ronaldo yang juga baru kembali melaungkan amaran dengan menjaringkan dua gol dalam tempoh 23 minit selepas masuk dari bangku simpanan.

Dalam satu malam Serie A telah digegarkan dengan kemunculan semula pemain veteran, Ronaldo dan super veteran, Zlatan.

Spezia: Provedel; Ferrer, Chabot (Dell’Orco 74), Terzi, S Bastoni; Bartolomei, Ricci, Pobega (Estevez 74); Verde (Agudelo 46), Nzola, Farias (Gyasi 73)

Juventus: Buffon; Demiral, Bonucci (Frabotta 77), Danilo; Cuadrado, Bentancur (Ramsey 62), Arthur, McKennie (Rabiot 62), Chiesa; Morata (Kulusevski 78), Dybala (Ronaldo 56)

BACA:  Genap 9 Tahun Zidane Menanduk Materazzi, Siapakah Zidane?