Shaqiri Masih Lagi Pemain Yang Mempunyai Betis Paling Mengagumkan

Secara rasminya Xherdan Shaqiri masih lagi memegang rekod sebagai pemain yang mempunyai betis paling menarik antara kesemua pemain bola sepak seluruh dunia.

Pemain kebangsaan Switzerland itu meraikkan kejayaan Liverpool menjuarai saingan Liga Perdana Inggeris bersama rakan-rakan sepasukannya semalam.

Dengan kekalahan Manchester City kepada Chelsea semalam, maka Liverpool secara rasminya telah ditabalkan sebagai Juara saingan Liga Perdana Inggeris musim 2019/20.

Shaqiri dan rakan sepasukan beliau meraikan kejayaan skuad the reds menjulang Piala Liga pertama mereka dalam tempoh 30 tahun ini dengan penuh riang gembira.

Dalam keadaan cuaca yang hangat di sekitar UK malam semalam, pemain berusia 28 tahun itu dilihat memakai seluar pendek dan betisnya yang luar biasa menjadi tumpuan ramai.

Ketika Joe Gomez dan Virgil Van Dijk mengambil gambar bersama, Shaqiri dilihat sedang duduk dibelakang mereka dan ramai peminat yang menyebut tentang betis beliau yang luar biasa itu.

Betisnya masih sasa dan walaupun beliau tidak mendapat minit permainan yang banyak musim ini, ianya tidak menjejaskan tumbesaran ototnya serta Shaqiri tetap menjalani latihan seperti biasa di sana.

Apa yang membuatkan betisnya menjadi lebih mengagumkan ialah, beliau sebelum ini mengalami kecederaan betis sejak Januari namun ototnya tetap berkembang dengan cantik.

Beliau masih belum turun beraksi untuk Liverpool sejak kembalinya saingan liga selepas di gantung sebelum ini dan pengurus pasukan, Jurgen Klopp pada minggu lalu baru sahaja menjelaskan tentang kecederaan yang di alami oleh Shaqiri.

Sebaik tamat perlawanan dengan Everton yang berkesudahan dengan keputusan seri 0-0, Klopp menyatakan:

“Dia mengalami kecederaan dan dia masih belum bersedia tetapi keadaannya masih dalam keadaan yang bagus.”

“Shaq masih berlatih bersama tetapi latihan beliau tidak sekeras pemain-pemain yang lain. Dia mungkin tidak akan direhatkan terlalu lama, cuma buat masa ini hanya tinggal dia seorang sahaja yang mengalami kecederaan.”

Sebelum ini Shaqiri pernah menceritakan bagaimana beliau menjalani latihan dan sentiasa mementingkan otot kakinya.

Shaqiri mempunyai otot kaki yang hebat begitu bukan hanya ketika di Anfield, bahkan ketika beliau bersama FC Basel, Bayern Munich atau Inter Milan lagi ototnya sudah begitu.

Otot kakinya semakin membesar setiap tahun dan ramai yang mempertikaikan bagaimana beliau mengekalkan kekuatan kaki sebegitu walau cuma bermain enam perlawanan sahaja dalam saingan liga tahun ini.

Sebelum ini juga pernah tular video bagaimana beliau menjalani latihan bersama rakan sepasukannya, Eren Derdiyok, mereka berdua begitu mementingkan penjagaan otot dan latihan yang mereka berdua lakukan sangat sukar untuk dilakukan.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan Shaqiri sering lekas pulih dari kecederaan kerana cara beliau menjalani latihan dan kekuatan ototnya sendiri.

Dengan kejayaan Liverpool menjulang kejuaraan Liga musim ini, Shaqiri berjaya menambah lagi koleksi kejuaraan miliknya.

Shaqiri telah berjaya memenangi tiga gelaran Bundesliga bersama Bayern Munich dan saingan Liga Perdana Inggeris bersama Liverpool.

Beliau juga pernah memenangi kejuaraan saingan liga Juara-juara bersama kedua-dua pasukan Bayern Munich dan Liverpool.

BACA:  Newcastle United Berminat Untuk Menandatangani Xherdan Shaqiri