Shaqiri Pernah Jalani Pembedahan Dan Beliau Rahsiakannya Dari Jurgen Klopp

Bekas pemain sayap Liverpool, Xherdan Shaqiri dilaporkan pernah menjalani pembedahan menanam rambut, dan kerana itu beliau tidak boleh menanduk bola selama enam minggu.

Pemain sayap Switzerland itu secara rasminya menandatangani perjanjian bersama Lyon awal minggu ini, seterusnya mengakhiri karier tiga tahun beliau di Anfield.

Shaqiri berjaya memenangi gelaran Premier League dan Champions League bersama Liverpool, namun beliau kerap diganggu dek masalah kecederaan.

Walau bagaimanapun, salah satu kecederaan yang beliau alami sebenarnya tidak diketahui oleh kelab, andai tidak didedahkan oleh Chris Williams.

Selepas menderita kecederaan betis pada September 2019, Shaqiri terpaksa direhatkan dan diketepikan selama hampir dua bulan.

Williams baru-baru ini telah mendedahkan yang bekas pemain Stoke City itu pernah menjalani pembedahan menanam rambut, dan selepas itu beliau tidak boleh menanduk bola dan perlu sentiasa memakai topi.

Tentunya beliau perlu mendapatkan keberanian yang betul-betul cukup untuk mendedahkan hal itu kepada Jurgen Klopp.

Jelas sekali beliau sememangnya berpotensi untuk mengalami kecederaan betis (tengoklah saiz betis dia besar mana) namun tidak dinafikan beliau juga mahu menjaga penampilannya dan merapikan semula rambutnya yang semakin berkurangan.

Beliau langsung tidak mendedahkan hal tersebut pada pengurusnya kerana mungkin beliau yakin dirinya tidak akan diturunkan pada ketika itu.

Shaqiri melihat minit permainan beliau semakin berkurangan selepas Liverpool menandatangani Diogo Jota pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Tambahan pula beliau sering dibelenggu masalah kecederaan yang menyebabkan beliau sering diketepikan oleh Jurgen Klopp.

Pemain berusia 29 tahun itu menjaringkan lapan gol dari 63 penampilan bersama The Reds, dengan dua gol darinya dijaringkan ketika aksi kemenangan 3-1 menewaskan seteru utama mereka, Manchester United pada Disember 2018.

Liverpool masih mempunyai baki masa untuk memperkuat skuad mereka dengan The Reds pada musim panas ini baru menandatangani Ibrahima Konate sahaja.

Kehilangan Gini Wijnaldum yang menyertai Paris Saint Germain, bermaksud Liverpool perlu mencari pemain pengganti di posisi midfield, namun Jurgen Klopp tidak begitu terdesak untuk melakukan hal tersebut.

Walau Liverpool tidak menandatangani ramai pemain pada jendela perpindahan musim panas ini, namun mereka tetap berjaya mengharungi awal musim dengan sangat cemerlang.

The Reds berjaya menewaskan Norwich 3-0 pada minggu lalu, dalam aksi perlawanan pembukaan saingan liga musim ini, dan kemudiannya menewaskan Burnley 2-0 pada minggu ini.

Liverpool selepas ini bakal berdepan dengan Chelsea, dan perlawanan itu merupakan antara aksi yang paling dinanti-nantikan oleh para peminat.

Kedua-dua Liverpool dan Chelsea ketika ini sedang berada di puncak saingan liga, dengan mencatatkan dua kemenangan dari dua perlawanan awal.

Jadi perlawanan minggu ketiga ini bakal menentukan siapa pasukan yang akan terus menerajui liga dan yang kalah bakal keciciran mata.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Klopp: Tiada Siapa Tahu Setakat Mana Keupayaan Sebenar Shaqiri