Ajax berjaya mara ke peringkat suku akhir saingan KNVB Cup selepas kejayaan mereka membelasah Excelsior Maassluis 9-0.
Gergasi Belanda itu turun bertemu dengan pasukan dari saingan division ketiga Netherlands di Johan Cruyff Arena kemarin.
Danilo berjaya menjaringkan empat gol, Mohamed Daramy dua gol, Nicolas Tagliafico, Youri Regeer dan Kristian Hlynsson masing-masing cemerlang meledak satu gol dalam perlawanan tersebut.
Ajax were winning 9-0 vs. Excelsior when Devin Plank, who has been undergoing chemotherapy for fibula cancer, came onto the field.
Players from both sides immediately came over to give him a guard of honour.
Beautiful moment ❤️ pic.twitter.com/RD554peIKo
— ESPN FC (@ESPNFC) January 22, 2022
Walau bagaimanapun, kejayaan mereka menjaringkan sembilan gol bukanlah perkara yang menjadi perhatian para peminat dari perlawanan ini.
Bahkan Excelsior juga tidak pulang dengan kehampaan walau mereka dibelasah teruk oleh Ajax dalam perlawanan ini.
Hal ini kerana pasukan tuan rumah telah melakukan hal yang sangat mulia untuk menghargai pasukan pelawat, dan ia jelas sesuatu yang akan terus dikenang oleh Excelsior sebagai kenangan manis mereka berkunjung ke Amsterdam.
Ajax telah mempamerkan kemuliaan hati mereka ketika Excelsior memasukkan Devin Plank pada aksi babak kedua permainan.
Plank bertarung dengan kanser
Menurut sumber laporan dari Daily Mail, Plank telah diagnosed menghidap kanser kira-kira setahun yang lalu dan beliau sudah tidak bermain sejak Oktober 2020.
🥲 | Ajax were beating Excelsior 9-0 in the Dutch Cup and in the 89th minute, Devin Plank, who is still receiving chemo for cancer of the fibula, was subbed on… to a guard of honour 👏 pic.twitter.com/TL5rEMFf1f
— ΛROUND THE GROUNDS (@ArndTheGrnds) January 22, 2022
Aksi perlawanan bertemu Ajax merupakan aksi pertama beliau membuat kemunculan semula selepas setahun beberapa bulan berehat.
Beliau sebelum ini pergi ke hospital untuk mengadu sakit yang teramat di bahagian kakinya, dengan pemain penyerang Excelsior itu kemudiannya diagnosis menghidap kanser.
Beliau juga sudah beberapa kali menjalani ujian chemotherapy sejak dari awal beliau diagnosis menghidap kanser.
Dipendekkan cerita, sebaik pihak kelab mengetahui yang mereka diundi untuk bertemu Ajax dalam saingan Piala Belanda, mereka memutuskan ia adalah kesempatan terbaik untuk meraikan kemunculan semula Plank.
Kemuliaan hati pemain Ajax memberikan guard of honour kepada Plank
Ajax were winning 9-0 vs. Excelsior…
In the 89th minute, Devin Plank, who is still recovering from cancer, came onto the field 🙏
Immediately, all Ajax and Excelsior players gave him a guard of honor giving us one of the most emotional moments of the year.
Amazing. 👏❤️ pic.twitter.com/5E8Q4HlSlr
— PF | Transfer News.🤝 (@PurelyFootball) January 22, 2022
Doktor menasihati agar pemain berusia 20 tahun itu bermain tidak lebih dari 2 minit dalam usaha untuk mengelak sebarang kesan buruk berlaku kepadanya dalam fasa penyembuhan ini.
Beliau telah dimasukkan pada minit ke-89 permainan dengan kesemua pemain Ajax termasuk penjaga gol utama mereka tampil memberikan guard of honour.
Ia jelas sekali detik terindah dalam karier Plank apabila para pemain kedua-dua pasukan turut memberikan guard of honour kepadanya ketika beliau dimasukkan.
Ajax in all competitions so far this season:
• 92 goals scored
• 9 goals conceded pic.twitter.com/XlmF3yhPMn— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) January 21, 2022
Rakaman yang menunjukkan kesemua 22 pemain berbaris di tepi padang dalam usaha mereka untuk memberikan guard of honour kepada Plank tular di media sosial.
Ia merupakan detik yang sungguh beremosi dengan para peminat seluruh dunia turut terharu menyaksikan detik tersebut.
Fantastisch gebaar: spelers Ajax en teamgenoten Excelsior Maassluis maken een erehaag voor de terugkerende Devin Plank 🙏 pic.twitter.com/CFW22K6o2R
— ESPN NL (@ESPNnl) January 20, 2022
Ia menunjukkan yang dunia bola sepak sememangnya sukan yang indah, apabila pasukan lawan turut memberikan penghormatan kepada pemain yang sememangnya dimasukkan untuk diberi penghargaan kepadanya.
Detik yang istimewa untuk Plank
Mail turut menjelaskan yang Plank sehingga kini masih menerima rawatan dan masih menderita kanser, dan beliau sudah tentu terharu dengan apa yang dilakukan oleh barisan pemain Ajax dan rakan sepasukannya itu.
Boleh dikatakan hampir kesemua pemain Ajax tidak mengenali beliau, namun mereka masih tetap menunjukkan sokongan kepada Plank.
Hal ini terbukti apabila Plank sendiri mendedahkan yang detik pada malam itu merupakan detik terhebat sepanjang hayatnya.
Menurut The Mail, Plank menjelaskan tentang bagaimana berertinya beliau dapat masuk ke padang dan disambut oleh semua pemain seperti itu.
“Saya sangat gembira dapat kembali ke padang, walaupun ia untuk tempoh yang singkat.”
😁 Devin Plank kijkt na afloop met een grote lach naar de erehaag.
"Het was een mooi moment" pic.twitter.com/UFC1lbMmY6
— ESPN NL (@ESPNnl) January 20, 2022
“Ia merupakan detik yang sukar untuk dilupakan. Kami sudah melakukan empat pertukaran dan saya fikir saya tidak akan berpeluang untuk dimasukkan. Bertuahnya saya, jurulatih tak lupakan saya. Saya berusaha setiap hari untuk kembali.”
“Saya harap untuk dapat bermain lebih lama secepat yang mungkin.”
Kisah penuh emosi Plank benar-benar menyentuh hati ramai pihak dengan beliau pemain muda yang diduga seperti itu, namun masih mempunyai cita-cita yang kuat untuk kembali beraksi.
Ajax were winning 9-0 v Excelsior when Devin Plank who has been undergoing chemotherapy for fibula cancer came onto the field when this happened 👇, such a beautiful moment & a show of respect from both teams. pic.twitter.com/y43wswwmpc
— Paddy Hartnett 🇮🇪 (@hartnett1977) January 22, 2022
Tindakan pemain Ajax memberikan guard of honour juga sudah cukup untuk membuktikan keindahan sebenar dalam sukan bola sepak.
Semoga cepat sembuh Devin Plank!
Sumber: GMS