Dusan Tadic Pertaruhkan Keturunan Beliau Untuk Jaringkan Gol

Ajax meneruskan rentak kemenangan mereka dalam saingan Champions League musim ini dengan menewaskan Borussia Dortmund awal pagi tadi.

Gergasi Belanda itu cemerlang membelasah Borussia Dortmund 3-1 di Signal Iduna Park, dengan Sebastian Haller, Davy Klaassen dan Dusan Tadic berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol.

Perlawanan yang menemukan kedua-dua pasukan underdog ini sangat menarik untuk ditonton dengan mereka mempamerkan aksi persembahan yang cukup mengagumkan.

Walau bagaimanapun, telah berlaku satu insiden yang agak menjejaskan keseronokkan perlawanan ini, yang mana pengadil telah melayangkan kad merah kepada Hummels.

Michael Oliver melayangkan kad merah yang agak tidak patut kepada pertahanan Jerman itu yang telah mengasari Antony pada aksi babak pertama perlawanan.

Melihat kepada ulang tayang, Hummels sepertinya tidak melakukan kesalahan teruk yang boleh mengakibatkan beliau dilayangkan dengan layangan kad merah.

Ia hanyalah tackle biasa dari seorang pemain pertahanan dan maksimum hukuman untuk kesalahan itu hanyalah kad kuning sahaja.

Namun selepas ia dirujuk ke VAR, kad merah tersebut tetap diteruskan dengan Mats Hummels diarahkan untuk keluar dari padang.

Ramai yang mempertikaikan tentang keputusan Michael Oliver dan menganggap beliau tak sepatutnya melayangkan kad merah kepada Mats Hummels.

Dortmund sepertinya tidak begitu terjejas walau beraksi dengan kekurangan seorang pemain, dengan mereka yang terlebih dahulu membuka tirai jaringan dalam perlawanan ini.

Pasukan tuan rumah dihadiahkan dengan sepakan penalti selepas Jude Bellingham dikasari di dalam kotak penalti Ajax.

Marco Reus cemerlang menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk meletakkan Borussia Dortmund satu gol mengatasi Ajax.

Juara bertahan saingan Eredivisie itu kemudiannya berjaya bangkit pada aksi babak kedua permainan, dengan Dusan Tadic memadam gol pendahuluan Dortmund pada minit ke-72 permainan.

Gol jaringan dari pemain kebangsaan Serbia itu benar-benar mencuri perhatian ramai, dengan Tadic sebenarnya mempertahankan keturunan beliau untuk menjaringkan gol itu.

Beliau berjaya menyambut bola hantaran jauh dari rakan sepasukannya dengan menahan bola itu dan menghalakan ke arah gawang gol.

Bola tampanan dari bekas bintang Southampton itu jelas sekali berjaya menewaskan Gregor Kobel, namun apa yang sedihnya, sebaik bola menerjah jaring, Tadic terhantuk di tiang gol dan bahagian yang terhantuk itu merupakan senjata untuk beliau menambah keturunannya.

Peminat seluruh dunia tentu faham dengan apa yang Tadic rasakan ketika senjatanya itu bertembung dengan tiang gol.

Berkemungkinan beliau sendiri tidak mampu untuk bergembira meraikan gol tersebut, kerana sedih memikirkan apa berlaku pada senjatanya itu.

Beliau berjaya untuk meneruskan permainan dan membantu Ajax untuk mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini.

Dusan Tadic boleh berbangga kerana beliau telah membuktikan kepada kelab yang dirinya sanggup bekorban apa saja asal Ajax berjaya memperoleh gol dan mencatatkan kemenangan.

Ia antara gol paling menyakitkan yang pernah dilihat dalam sejarah saingan Champions League, dan Dusan Tadic jelas sekali perlu berbangga.

Haller dan Davy Klaassen menjaringkan dua gol lagi ketika perlawanan masuk ke 20 minit yang terakhir, seterusnya mengesahkan kemenangan 3-1 Ajax menewaskan Borussia Dortmund.

Gergasi Belanda itu secara tidak langsung telah mengesahkan tempat untuk mereka beraksi di pusingan kalah mati, selepas layak sebagai Juara kumpulan.

Empat perlawanan dan empat kemenangan sudah cukup untuk membuktikan yang Ajax pada musim ini merupakan pasukan yang perlu diberi perhatian.

Mungkin mereka boleh mengulangi kejayaan mara ke peringkat separuh akhir pada musim 2019/20, dan mungkin juga kali ini mereka akan pergi lebih jauh.

Sumber: GMS

BACA:  Selepas 5 Tahun, Reus Letak Jawatan Kapten Borussia Dortmund