Ketua Jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya menyatakan Singapura tidak akan bermain dengan corak permainan parking bas dalan perlawanan terakhir Piala AFF 2022 di kumpulan B menentang Harimau Malaya.
Pendekatan agresif dan menyerang akan dipamerkan pasukan bimbingannya walaupun sedar mereka hanya memerlukan satu mata sahaja untuk layak ke separuh akhir ketika Malaysia wajib menang.
Singapura telah dilabel sebagai pasukan yang gemar bertahan dengan parking bas di padang sepertimana yang mereka lakukan ketika mengikat Vietnam tanpa jaringan di Stadium Jalan Besar beberapa hari lalu.
Menyedari skuad kendalian Kim Pan-gon akan mengasak dari minit pertama perlawanan untuk mencari kelebihan, Nishigaya tahu pasukannya tidak akan selesa dengan corak permainan sama.
↕️ 𝗦𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗦
📊 Here's how things stand after Match Day 4 in Group 🅱️!
🧐 Which two teams do you fancy to go through?#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger pic.twitter.com/52TqfJzh2u
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 31, 2022
Takayuki Nishigaya sedar akan kelebihan yang dimiliki Singapura yang hanya memerlukan seri untuk mara namun dia mahu mengimbangi pendekatan agresif Kim Pan Gon dengan corak yang agresif juga.
Menurut ketua jurulatih Singapura dari Jepun itu bermain untuk satu mata belum memasuki persamaan atau formula mereka dan mereka juga mahukan kemenangan.
“Sudah tentu kami mempunyai kelebihan kerana mengetahui satu mata sudah cukup dan Malaysia perlu menang tetapi itu tidak akan mengubah cara kami bermain.”
“Kami menghormati pasukan lawan tetapi kami mahu menyerang sebanyak mungkin dan sementara kami menjangkakan Malaysia menjadi agresif, kami juga mahu melakukan perkara yang sama.”
🗣 Lions Head Coach Takayuki Nishigaya and midfielder M. Anumanthan shared their thoughts ahead of tonight’s 2022 @affmecup Group B final match against Malaysia. 🦁🇸🇬@#SupportLocalFootball #AFFMitsubishiElectricCup2022
📸 @FASingapore pic.twitter.com/I9NIkVDPPa
— Lions Of Asia (@LionsOfAsia_SG) January 3, 2023
Pemain tengah Singapura pula menyifatkan perlawanan antara Singapura dan Malaysia ini sangat istimewa dan membuatkannya teruja dan tidak sabar untuk turun dalam perlwanan besar ini.
“Kami semua teruja, kami sudah bersedia dan kami tahu ini akan menjadi perlawanan yang besar.”
“Ramai di antara kami telah bermain dalam perlawanan ini sebelum ini dan itu akan membantu pengurusan penonton dan kami teruja kerana kami membesar menonton perlawanan ini.
“Lebih penting daripada semua itu ialah kami mempunyai objektif yang jelas untuk mendapatkan tiga mata dan layak.”
💪 "𝗪𝗲'𝗿𝗲 𝗴𝗼𝗶𝗻𝗴 𝗳𝗼𝗿 3️⃣ 𝗽𝗼𝗶𝗻𝘁𝘀 𝗮𝘁 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁 𝗝𝗮𝗹𝗶𝗹!"
After 🇸🇬's draw with 🇻🇳, Anumanthan Kumar is aiming to defeat 🇲🇾#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger pic.twitter.com/Uv4BgFwBha
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 31, 2022
Sementara itu, Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan Gol telah menyeru peminat Harimau Malaya untuk menghidupkan atmosfera stadium Nasional Bukit Jalil dan menjelaskan akan wujud dua taktik berbeza dari kedua-dua pasukan.
Kim Pan Gon menjangkakan Singapura akan mengambil pendekatan negatif dengan kelebihan yang mereka ada dan lebih fokus kepada serangan balas namun Kim Pan Gon tetap menghormati apa jua corak yang akan ditampilkan Singapura.
“Saya tidak bercakap tentang tahap bola sepak tetapi tentang bagaimana mereka mendekati sesuatu dan bagaimana kita mendekati sesuatu. Mereka agak negatif, mereka mengambil berat tentang bertahan dan mencari serangan balas.”
“Dengan Malaysia kami mahu menjadi pro-aktif, untuk mendominasi permainan bermain bola sepak bertenaga tetapi Singapura mempunyai gaya mereka sendiri dan kami perlu menghormatinya.”
Kim Pan Gon menyatakan pasukannya kini sudah bersedia menentang Singapura dan persediaan sudah diatur untuk sebarang kemungkinan dan tempoh rehat panjang juga boleh menjadi kelebihan buat Malaysia.
“Pemain, kakitangan, semua orang sudah bersedia untuk perlawanan ini dan sudah tentu sementara Singapura mempunyai kelebihan mereka, kami juga mempunyai kelebihan kami.
“Dengan sokongan dan dokongan penuh orang ramai kami akan berjuang dan melakukan yang terbaik untuk mendapatkan keputusan yang kami perlukan.”
Berdasarkan kutipan mata di dalam Kumpulan B apabila Singapura hanya memerlukan satu mata untuk berbuat demikian – hasil dua kemenangan dan satu seri dan 7 mata – berbanding pasukan negara yang memiliki 6 mata hasil dua kemenangan.
Selepas 9 tahun inilah Derbi Tambak pertama antara Malaysia dan Singapura berlangsung kembali di kejohanan Piala AFF bagi merebut tempat ke separuh akhir.