Sukan SEA 2021: Malaysia 1-1 Indonesia* (Pen 3-4)

Malaysia turun menentang musuh ketat dalam apa jua bidang, Indonesia untuk penentuan pingat gangsa Sukan Sea Hanoi 2021 selepas dikecewakan tuan rumah di separuh akhir.

Skuad bimbingan Brad Maloney ini agak teruk dicemuh peminat kerana mempamerkan aksi tidak sepower Liverpool mungkin namun mudah lolos ke separuh akhir.

Malaysia menewaskan Thailand pada perlawanan pertama dan juga menang ketiga menentang Laos dengan seri menentang Singapura dan Kemboja.

Namun itu sudah cukup untuk membawa Harimau Muda ke separuh akhir.

Separuh akhir merupakan sasaran agak logik bagi penulis bagi skuad Malaysia di Sukan Sea kali ini lantaran persediaan yang agak teruk dan tergesa-gesa.

Sesi latihan skuad Brad Maloney pada awalnya hanya bermula dengan lima pemain sahaja pada awalnya sebelum menanti ketibaan pemain-pemain lain.

Separuh masa pertama menyaksikan permainan seimbang antara kedua-dua pasukan di mana Malaysia dan Indonesia saling melakukan serangan.

Menariknya, kedua-dua pasukan bagaikan bermain tanpa pemain tengah dan ruang lompong besar dapat dilihat di tengah padang bagaikan ada periuk api sedang menanti sesiapa yang berada di zon tersebut.

Kapten Malaysia beraksi bagus seperti biasa menerusi gerakan-gerakan lincah dari bahagian tepi padang sambil dibantu oleh Quentin Cheng namun barisan penyerang gagal menterjemah gerakan tersebut kepada gol.

Babak kedua menyaksikan perlawanan berlangsung sengit dan lebih sedap berbanding separuh masa pertama namun Malaysia buntu mencari jaringan.

Selepas tiga percubaan berturut-turut Malaysia dinafikan penjaga gol, palang dan juga tiang Indonesia yang berada dihadapan pada minit ke-68.

Ronaldo Joybera mempamerkan penyudah yang tenang apabila berjaya lolos dengan barisan pertahanan Harimau Muda yang huru hara.

Gol yang seperti membunuh perlawanan di mana pemain Malaysia kembali tidak keruan namun berjaya memperkemaskan kembali mental.

Malaysia terus memperbaiki permainan dan kembali melancarkan serangan, Luqman Hakim terus mencuba namun terus dinafikan.

Pada minit ke-81 Hadi Fayyadh akhirnya berjaya menterjemahkan segala percubaan Malaysia kepada gol penyamaan.

Beberapa minit beselang Luqman Hakim berpeluang untuk meletakkan Malaysia di hadapan dengan setting cantik namun rembatannya jauh melewati palang.

Malaysia gagal menyempurnakan deretan peluang untuk menamatkan perlawanan dalam tempoh 90 minit dan membawa pulang pingat gangsa.

Situasi ini menyaksikan pemenang perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti tanpa masa tambahan 30 minit.

Hadi Fayyadh gagal menyempurnakan sepakan pertama dan Asnawi Mangkualam juga gagal untuk sepakan pertama Indonesia.

Hairey Hakim berjaya menjaringkan sepakan penalti kedua begitu juga Indonesia sebelum Luqman Hakim gagal dengan satu sepakan lemah.

Maselino tiada masalah untuk meletakkan kedudukan Indonesia 2-1 di hadapan selepas sepakan ketiga.

Harith Haiqal tenang untuk sepakan keempat dan Saddil tiada masalah untuk terus mengekalkan kelebihan Indonesia.

Mukhari Ajmal meneruskan peluang Malaysia dan Rahdiazli Rahalim perlu menyelamatkan tendang kelima Indonesia untuk menghidupkan peluang gangsa.

Namun itu tidak terjadi dan Indonesia berjaya meraih pingat gangsa dengan kemenangan 4-3 di penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1.

Full Match

Kesebelasan Utama Malaysia

Muhammad Rahadiazli Rahalim, Quentin Cheng Jiun-ho, Muhammad Azrin Afiq Rusmini, Harith Haiqal Adam Afkar, Muhammad Azam Azmi Murad, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar, Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Safwan Mazlan, Ahmad Danial Ahmad Asri

Simpanan

Muhammad Faiz Amer Runnizar, Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak, Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Syafik Ismail, Muhammad Hairiey Hakim Mamat, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili, Mohd Aiman Afif Md Afizul

BACA:ย  Tri-Nations Series 2022: Singapura 2-1 Malaysia