Sungkitan Super Genius Bruno Fernandes Disudahkan Martial

Ketibaan Bruno Fernandes ke Old Trafford pada bulan Januari lalu sangat menggembirakan seluruh peminat pasukan setan merah.

Buat pertama kalinya selepas bertahun-tahun, United berjaya mendapatkan seorang pemain menyerang berkelas dunia yang sepadan dengan nilai dibayar.

Dan Bruno berjaya membuktikan kehebatan beliau sejak perlawanan pertama dirinya bersama setan merah lagi.

Fernandes telah menjaringkan tiga gol dan dua assist dalam tujuh perlawanan bersama United untuk semua pertandingan.

Beliau juga menjadi pemain terbaik untuk hampir setiap perlawanan.

Bruno Fernandes terus membuktikan nilai dan potensi yang ada pada dirinya ketika perlawanan menentang Manchester City.

Pemain Portugal itu telah melakukan satu bantuan gol yang tidak boleh di bawa bincang dengan IQ 2000 untuk disudahkan Anthony Martial.

Sepakan percuma yang super genius daripada Bruno Fernandes yang melambungkan bola mencari Martial membuahkan hasil.

Sergio Aguero dan Ilkay Gundogan nyata terpedaya dan terpegun melihat bola melambung di atas kepala.

Martial pantas menyambar dan melepaskan satu rembatan yang lemah sekali lagi tapi kali ini Ederson tertewas.

Entah bagaimana Ederson bola melakukan kesilapan, mungkin terkejut dengan kebijaksanaan bola sungkitan Bruno Fernandes.

Cantik bukan? Ini daripada rakaman penonton.

Bruno Fernandes telah terlibat dalam 5 gol yang dihasilkan Setan Merah sejak melakukan debut di Premier League dan lebih banyak daripada pemain lain.

5 Perlawanan
2 gol
3 assist

Perlawanan separuh masa pertama dengan jaringan Martial menjadi satu-satunya gol pada separuh masa pertama.

Scott McTominay menjaringkan gol kedua Manchester United pada minit ke-95 hasil bantuan gol Ederson, penjaga gol City.

Ederson telah membaling bola tanpa hala tuju yang jelas ibarat manifesto bukan satu janji dan bukan kitab suci.

Bola menemui McTominay yang terus melakukan rembatan dari jarak 36 meter.

Kepada yang menganggap penandatanganan Fernandes hanyalah berlebih-lebihan dan pemain itu tidak layak di anggap turning point untuk pasukan United, anda silap.

Kehadiran Fernandes sememangnya memberi sinar baru buat United.

Fernandes tidak memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan liga yang paling mencabar dalam bola sepak dunia, beliau membuktikan nilai Β£68 juta yang dibayar United berbaloi dengan mempamerkan aksi luar biasa hebatnya dalam setiap perlawanan.

Sejak kehadiran Fernandes, Fred juga sekarang mempamerkan aksi konsisten dan sudah berjaya menjaringkan gol untuk setan merah.

Andai Paul Pogba boleh bermain bersama dan digandingkan dengan Bruno, United pasti akan menjadi pasukan paling digeruni semua lawan mereka.

BACA:Β  Kenapa Gol Bruno Fernandes Sah Di Sisi VAR Walaupun Rashford Jelas Ofsaid?