Pengurus Korea Selatan, Jurgen Klinsmann mempersoalkan pengkritiknya yang mempersoalkan kaedah dan keberadaannya sepanjang bergerlar jurulatih Taeguk Warriors.
Klinsmann berada di dalam tekanan setelah prestasi Korea Selatan di peringkat antarabangsa menuju kejohanan Piala Asia 2023 kurang memberangsangkan.
Sejak mengambil alih skuad kebangsaan Korea Selatan pada Februari lalu, Klinsmann lebih kerap berada di Amerika Syarikat atau pun Eropah berbanding di Korea Selatan.
Kerja-kerja memantau bakat tempatan di K League pula lebih banyak dilakukan oleh pembantunya sepanjang tempoh itu.
Klinsmann “Staying only in Korea is inefficient. When there is nothing to do in Seoul, it is better to meet people in Europe. This is the only way to develop Korean football. If you don’t like it, just find another manager. I don’t care” (Sports Chosun) pic.twitter.com/az7UaUNphX
— Korea Football News (@KORFootballNews) September 10, 2023
Peminat dan pemerhati bola sepak Korea Selatan pula mempersoalkan keberadaan jurulatih itu dan kaedah Klinsmann yang lebih banyak bekerja di luar negara berbanding di Korea sebagai punca pasukan itu gagal menghasilkan keputusan memberangsangkan sejak Piala Dunia 2022 yang lalu.
“Menetap di Korea adalah tidak munasabah apabila tiada apa-apa yang boleh dilakukan di Seoul. Lebih baik berada di Eropah agar dapat bertemu ramai orang.
“Inilah saja cara untuk terus membangunkan bola sepak di Korea. Jika anda tidak suka, pergilah cari jurulatih lain. Saya tidak peduli,” ujar Klinsmann dalam satu temubual.
Klinsmann bagaimanapun tetap yakin dengan kemampuan Taeguk Warriors menjuarai kejohanan Piala Asia 2023 yang berlangsung di Qatar pada Januari hadapan.
“I am a workaholic like Koreans. Wherever I am, I work for the Korean national team. All I can say is that I am 100% focused on the Asian Cup. I also want to emphasize that in order to be successful, I must choose what I think is the best way to work”
— Korea Football News (@KORFootballNews) September 10, 2023
Bekas pengendali skuad Jerman dan Amerika Syarikat itu juga berkata dia akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk merealisasikan impian itu.
“Saya juga bekerja keras seperti rakyat Korea yang lain. Di mana sahaja saya pergi dan berada, saya bekerja untuk pasukan kebangsaan Korea.
“Saya hanya boleh berkata bahawa saya 100% fokus untuk Piala Asia. Dan saya mahu menekankan untuk berjaya, saya harus memilih cara bekerja yerbaik yang saya yakini akan membuahkan hasil,” tambahnya lagi.
Sejak mengendalikan Korea Selatan jurulatih Jerman itu setakat ini gagal memberikan kemenangan kepada Korea Selatan sehingga menyebabkan ramai pemerhati dan penyokong pasukan itu gusar.
Daripada lima perlawanan yang dikendalikannya setakat ini, tiga daripadanya berakhir dengan keputusan seri dan dua lagi perlawanan berakhir dengan kekalahan.