Tanpa kelibat Cristiano Ronaldo di kesebelasan utama, segalanya nampak mudah buat Portugal untuk mara ke suku akhir apabila menundukkan Switzerland 6 gol berbalas 1.
Entah Portugal yang terlalu padu tanpa Ronaldo atau Switzerland bermain terlebih bawah prestasi sebenar dengan melepaskan gol mudah di mana pertahanan hancur berderai-derai, langsung tidak sama dengan Switzerland diperingkat kumpulan.
Cristiano Ronaldo digugurkan dan pemain muda yang lebih bertenaga dan membara semangatnya Goncalo Ramos menjadi pengganti kepada Ronaldo. Satu tugas besar untuk mengganti nama Ronaldo bukan prestasinya.
Tanpa disangka dan diduga Goncalo Ramos menjaringkan hatrik untuk membimbing Portugal ke suku akhir Piala Dunia hasil pembelasahan 6-1 ke atas Switzerland.
2008 – Cristiano Ronaldo is not starting a game for Portugal at a major tournament for the first time since 2008 (also against Switzerland), ending a 31-game streak. Benched. pic.twitter.com/LW7MekodRa
— OptaJoao (@OptaJoao) December 6, 2022
Ramos bermula di tempat Cristiano Ronaldo dan akhirnya akan menyumbang empat gol daripada 6 gol terhasil itu, satu rekod yang sangat gila buat pemain berusia 21 tahun di pentas Piala Dunia.
Pepe menjadi kapten semasa ketiadaan Ronaldo, mendapat gol kedua Portugal dan Ramos juga mmencipta assist untuk Raphael Guerreiro, dengan saguhati Manuel Akanji untuk Switzerland sebelum jaringan hatrik Ramos dan gol lewat Rafael Leao melengkapkan perlawanan.
Portugal telah mara ke suku akhir Piala Dunia buat kali ketiga, selepas 2006 dan 1966, menamatkan rentetan lima perlawanan kalah mati berturut-turut pada kejohanan itu tanpa sebarang kemenangan (D1 L4).
Ini adalah kemenangan terbesar Portugal dalam pusingan kalah mati Piala Dunia, menjaringkan enam gol di luar peringkat kumpulan buat kali pertama.
3 – Gonçalo Ramos is the first player to score a hat-trick on his first #FIFAWorldCup start since Miroslav Klose for Germany in 2002. Midas. pic.twitter.com/AN976d87hP
— OptaJoe (@OptaJoe) December 6, 2022
Gol pembukaan Goncalo Ramos sama sekali tidak dijangka dengan perlawanan yang agak membosankan dari awal namun gol dari sudut sempit itu telah mengubah perlawanan.
Joao Felix melepasi bahagian kiri kawasan itu dan selepas melakukan satu sentuhan Ramos melakukan ledakan bak peluru dari kaki kiri ke sudut kiri atas dari sudut ketat.
Kemudian satu hujung jari Diogo Costa menyelamat sepakan percuma Xherdan Shaqiri sejurus sebelum setengah jam memastikan Portugal di depan dan mereka memanfaatkan bola mati tiga minit kemudian apabila Pepe menanduk masuk sepakan sudut Bruno Fernandes.
39 – Pemain pertahanan Portugal Pepe kini pemain tertua pernah menjaringkan gol dalam perlawanan peringkat kalah mati di #FIFAWorldCup (39 tahun & 283 hari). Selera tajam.
39 – Portugal defender Pepe is now the oldest ever player to score in a knockout stage game at the #FIFAWorldCup (39 years & 283 days old). Appetite. pic.twitter.com/jHpufdLLIF
— OptaJoe (@OptaJoe) December 6, 2022
Sebarang harapan untuk Switzerland pulih dan kembali kepada permainan dengan pantas telah dihancurkan dengan dua gol pada awal separuh masa kedua.
Goncalo Ramos menyempurnakan hantaran lintang rendah Diogo Dalot untuk gol ketiga pada minit ke-51 sebelum penyerang itu tanpa mementingkan diri menyuap Guerreiro untuk jaringan keempat Portugal empat minit kemudian.
Akanji cuba untuk membuat sesuatu buat Switzerland dengan satu tolakan mudah berpunca dari sepakan penjuru pada minit ke-58.
Goncalo Ramos nyata tidak mahu memberi peluang kepada Swiss untuk kembali bangkit dengan melengkapkan hatrik pada minit ke-67 yang merupakan gol kelima Portugal.
1 – Gonçalo Ramos scored more goals for Portugal in the World Cup knockout stages after 17 minutes (1) than Cristiano Ronaldo has in 514 minutes played in the competition's knockout rounds (0). Vindicated. pic.twitter.com/akYz7qNgvS
— OptaJoe (@OptaJoe) December 6, 2022
Ramos kemudiannya dikeluar untuk Ronaldo pada mini ke-74 dan bahaya gagal dihadirkan Portugal ketika Ronaldo berada di padang walaupun mendapat gol yang dibatalkan kerana jelas offside.
Sengat itu kembali apabila Rafael Leao masuk pada minit ke-87 dan menjaringkan gol keenam yang sangat jahat lima minit kemudian. Piala Dunia 2022 menyaksikan Portugal lepas pusingan 16 dan ke suku akhir buat kali pertama sejak 2006 dan kali ketiga sejak 1966.
Kini adakah karier antarabangsa Ronaldo pula sudah tiba ke penghujung dengan transisi kemas dilakukan Fernando Santos, Ramos membuatkan ketiadaan Ronaldo langsung tidak dirasai dan dunia turut mengiyakannya.
Fernando Santos menyatakan Ronaldo tidak bermula atas sebab taktikal dan bukannya disiplin, kemenangan 6-1 tanpa Ronaldo menjadi bukti dan mungkin menjadi satu permulaan kepada satu pengakhiran buat Ronaldo.
Portugal (4-3-3) Costa; Dalot, Pepe, Dias, Guerreiro; Carvalho, Otavio; Fernandes, B Silva, Felix; Ramos.
Substitutes: Patricio, Palhinha, Ronaldo, Andre Silva, Sa, Leao, Vitinha, Mario, Neves, Cancelo, Horta, Nunes, Antonio Silva.
Switzerland (4-2-3-1) Sommer; Fernandes, Schar, Akanji, Rodriguez; Freuler, Xhaka; Shaqiri, Sow, Vargas; Embolo.
Substitutes: Elvedi, Zakaria, Seferovic, Steffen, Omlin, Aebischer, Fassnacht, Comert, Okafor, Frei, Kobel, Kohn, Rieder, Jashari.
Referee Cesar Arturo Ramos Palazuelos (Mexico)