TERGEMPAR: Ronaldo Rayu Manchester United Lepaskannya Sebab Tak Sanggup Main UEL

Dunia perpindahan pemain Eropah dikejutkan dengan berita Cristiano Ronaldo sudah memberitahu Man United bahawa dia nak berambus daripada kelab yang gagal bermain di UCL pada musim hadapan.

Selain itu Ronaldo juga melihat Man United tidak memberikan jaminan kepadanya bahawa mereka akan memenangi trofi besar seperti UCL dan EPL.

Ronaldo meminta Manchester United melepaskannya jika ada tawaran yang baik diterima mereka.

Sumber David Ornstein juga mengesahkan laporan itu. Dia menyatakan bahawa Napoli antara kelab yang berminat mahu mendapatkan khidmat Ronaldo.

Namun laporan yang sama menyebut bahawa Manchester United ketika ini kekal dengan pendirian mereka bahawa Cristiano Ronaldo bukan untuk dijual. Di mana United sedia mengekalkan pemain itu sehingga kontraknya tamat.

The Times melaporkan bahawa pemenang Ballon d’Or lima kali itu mahu terus bermain di Liga Juara-Juara Eropah pada baki kariernya.

Malah, Ronaldo, 37, percaya dia mempunyai ‘tiga atau empat tahun’ lagi untuk bermain di peringkat tertinggi.

Dengan penyerang berpengalaman itu menuju ke tahun terakhir perjanjian semasanya di Manchester United, masa depannya di Old Trafford telah di bawah spekulasi tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Sejak bulan lalu ejen Ronaldo, Jorge Mendes menjadi batu api yang cuba memisahkan Ronaldo dengan Manchester United. Kerana dia tahu Ronaldo harus bermain di UCL bukannya di kejohanan UEL yang low class.

Mendes bulan lalu sempat menawarkan Ronaldo kepada Chelsea ketika bertemu pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly.  Tetapi Chelsea dikatakan tidak berminat dengan Ronaldo kerana gajinya terlalu keyahudian.

Menurut The Athletic, Boehly bertemu Jorge Mendes di Portugal dan idea Ronaldo membuat perpindahan mengejut ke Stamford Bridge pada musim panas ini adalah antara topik perbualan semasa pertemuan itu. Namun idea itu tak disenangi oleh Man United. Dan Ronaldo tidak memberikan sebarang komen tentangnya.

Bayern Munich juga telah dikaitkan dengan perpindahan pemain berusia 37 tahun itu pada musim panas ini. Malah, Ronaldo ditawarkan kepada juara Bundesliga itu oleh ejennya Jorge Mendes. Perkara itu disahkan oleh laman sukan Jerman Sport1, yang mendakwa selepas perbincangan dalaman, Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Oliver Kahn dan pengarah sukan Hasan Salihamidzic’.

Namun Bayern terus menarik diri kerana gaji Ronaldo terlalu tinggi. Ditambah pula, Julian Nagelsmann tidak menjadikan pemain seperti Ronaldo sebagai sasarannya.

Dan nampaknya ejen Ronaldo, Mendes telah mencari tempat lain juga. Bulan lalu, outlet Itali La Gazzetta dello Sport melaporkan bahawa Mendes menawarkan Ronaldo kepada pasukan Serie A AS Roma, yang diuruskan oleh bekas bos dia di Real Madrid, Jose Mourinho.

Rakan baik Ronaldo yang juga pemain tengah terbaik dunia, Bruno Fernandes baru baru ini percaya bahawa kapten Portugal itu, Ronaldo akan terus kekal. Dia menyatakan perkara itu selepas dia melaungkan amaran Manchester United akan menyapu bersih semua piala termasuk AJL pada musim hadapan.

Bruno berkata: “Saya bercakap dengannya beberapa minggu lalu – kami berdua sedang bercuti, tiada siapa yang mengganggu rakan kamu bercuti,” katanya pada masa itu.

“Saya berharap dapat bertemu dengannya pada hari keempat untuk berlatih di sana. Saya tidak mengharapkan lebih daripada itu. Tidak ada yang lebih baik daripada itu, tetapi masing-masing menjaga masa depan mereka.”

“Saya tidak percaya bahawa kelab sanggup kehilangan pemain yang berharga seperti Cristiano.”

Manchester United ‘menjangkakan’ bekas penyerang Real Madrid dan Juventus itu akan terus kekal bersama mereka. Namun berita terbaru ini pastinya akan memberikan penilaian dari sudut berbeza.

BACA:  Sneijder - 'Aku Boleh Jadi Seperti Messi Atau Ronaldo, Tapi Aku Je Tak Nak'