Terpinga-Pinga Timnas Indonesia Lagu Negaraku Berkumandang

Panitia pelaksana (panpel) atau penganjur pertandingan kelayakan Piala Dunia 2022 telah tersilip memutarkan lagu dan membuatkan Timnas Indonesia terpinga-pinga mendengar lagu Negaraku berkumandang.

Kesilapan teknikal yang tidak sepatutnya itu terjadi jelang laga Timnas Indonesia melawan United Emirat Arab (UAE) di Stadium Zabeel Dubai.

Ketika pemain Timnas Indonesia fokus dan berdiam diri untuk menyanyikan lagu kebangsaana Indonesia, iaitu Indonesia Raya lagu Kebangsaan Malaysia, Negaraku yang diputarkan.

Kesilapan tersebut terus disedari pemain Timnas Indonesia yang nyata terpinga-pinga kebingungan. Beberapa pemain Indonesia mula bertanya sesama sendiri.

Penyokong Indonesia yang hadir di stadium Zabeel Dubai mula menyedari kesilapan ini lalu menjerit dan bersorak tidak puas hati atas blunder fatal ini.

Ternyata walaupun kesilapan ini pernah terjadi dalam acara sukan yang lain namun ini tetap satu kesilapan yang memalukan dan tidak sepatutnya terjadi.

Lagu Negaraku terus dihentikan selepas pihah Timnas Indonesia dengan pantas bertindak menegur kesalahan yang dilakukan oleh pihak panitia pelaksana (panpel).

Panitia pelaksana (panpel) telah menyelesaikan kekeliruan dengan pantas dan menutup kebingugan itu dengan terus memutarkan lagu kebangsaana Indonesia, iaitu Indonesia Raya.

Penonton yang hadir terus bertepuk tangan dan turut sama menyanyikan lagu kebangsaana Indonesia, Indonesia Raya selepas Panitia pelaksana membetulkan kesalahan mereka.

Permulaan yang tidak baik buat Indonesia yang dikumandangkan lagu kebangsaan yang salah apabila telah dibelasah UAE lima gol tanpa balas dalam perlawanan terakhir mereka.

Kemenangan ini memboleh UAE terus mengekori rapat Vietnam di tangga klaseman dengan perbezaan dua mata dan perlawanan terakhir bertemu Vietnam menjadi medan penentuan juara kumpulan G.

UAE mendominasi perlawanan sejak mula nyata serius mahu teruskan kutipan tiga mata apabila langsung tidak memberi ruang kepada Indonesia untuk bernafas.

Indonesia cuba melawan dengan kembali membalas serangan namun hampa kerana dengan mudah serangan mereka dipatahkan malah sering kali kehilangan bola.

Pasukan bimbingan Bert van Marwijk akhirnya berjaya memecahkan telur perlawanan dengan membuka tirai jaringan pada minit ke-22.

Rembatan Khalfan Mubarak berjaya ditepis penjaga gol Indonesia, Muhammad Riyandi namun bola muntah pantas disambar oleh penyerang sensasi UAE, Ali Makbkhout.

Lima minit kemudian Evan Dimas hampir saja menyamakan kedudukan ketika hanya berdepan penjaga gol UAE namun bola berjaya dicuri kembali oleh Abdalla Ramadan.

Seminit selepas itu, UAE menggandakan kedudukan hasil umpanan silang Mahmoud Khamis dari sebelah kanan dan disambut dengan tandukan oleh Fabio Lima yang tidak terjangkau oleh Muhammad Riyandi.

Peluang terbaik Indonesia hadir melalui sepakan penalti apabila Walid Abbas yang melakukan terjahan menyaksikan bola terkena tangan.

Namun Evan Dimas mempersia-siakan peluang apabila sepakannya tidak masuk apabila terkena tiang kerana ada sedikit tepisan dari penjaga gol UAE, Ali Khaseif.

Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat 45 minit pertama.

Empat minit bersambung separuh masa kedua, apabila Ali Mabkhout menjaringkan gol ketiga melalui sepakan penalti selepas Khalfan Mubarak dikasari pemain Indonesia, Adam Alis.

Tiga gol tidak cukup buat UAE apabila terus mengganas dan gol keempat terhasil pada minit ke-55 hasil jaringan Fabio Lima. Tajam dan bersahaja tandukan Fabio Lima.

Gol kelima UAE hadir pada minit ke-86 melalui rembatan deras Sebastian Tagliabue yang langsung tidak dikawal.

Indonesia sah menamatkan saingan kumpulan G ditangga tercorot dengan mengumpul hanya satu mata selepas seri dengan Thailand.

Timnas Garuda telah mencatatkan tujuh kekalahan dengan bolos 27 gol dan hanya menjaringkan lima gol sahaja disepanjang pusingan kelayakan ini.

Indonesia: Muhammad Riyandi; Asnawi Mangkualam, Rizky Ridho, Arif Satria, Pratama Arhan, Rachmat Irianto, Kadek Agung, Osvaldo Haay, Evan Dimas, Adam Alis, Kushedya Hari Yudo.

UEA: Ali Khaseif Humaid; Walid Abas, Shaheen Abdalla, Bandar Mohammed, Mahmoud Khamis, Ali Hassan, Khalfan Mubarak, Abdalla Ramadan, Ali Mabkhout, Caio Canedo, Fabio de Lima.

BACA:  Indonesia Dan Singapura Terikat 1-1 Dalam Perlawanan Yang Sungguh Menarik Untuk Disaksikan