Pemain pertahanan Perancis, Theo Hernandez telah menyatakan bahawa Lionel Messi tidak akan menakutkan Les Blues menjelang perlawanan akhir Piala Dunia 2022, ahad ini.
Ayat sebegitu hampir tiap kali disebut oleh lawan Argentina yang melaungkan mereka tidak takut dan gentar akan Messi kerana Messi hanya manusia biasa.
Setakat ini semua terciduk di kaki Argentina kecuali Arab Saudi yang tidak melaungkan apa-apa tetapi menang di perlawannan pertama.
Juara bertahan itu mengesahkan tempat ke final selepas menang 2-0 menentang pakej kejutan kejohanan Maghribi. Theo Hernandez dan Randal Kolo Muani adalah penjaring gol tersebut.
Messi and Mbappe are two superstars given near-freedom from defensive responsibility.
If Mbappe continues to remain high up in the World Cup final, then France risk Theo Hernandez being isolated again.
One things for sure, Messi will be lurking.
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) December 16, 2022
Cakap-cakap mengenai Messi menentang Kylian Mbappe akan mendominasi persiapan pra-perlawanan apabila dua rakan sepasukan Paris Saint Germain itu bersedia untuk bersaing untuk kegemilangan Piala Dunia.
Setakat ini Kylian Mbappe masih boleh dibawa bincang dan disekat lagi dalam sesetengah perlawanan namun rakan-rakan lain memainkan peranan untuk menjaringkan gol dan Mbappe hanya mengumpan pertahanan keluar.
Lionel Messi lain ceritanya apabila hampir tidak boleh dibawa berbincang dengan aksi liarnya tidak mengenal tempat dan Piala Dunia akan menjadi pelengkap kepada karier Messi yang penuh gemilang.
Namun bola sepak adalah permainan berpasukan dengan 11 orang di padang dan kini penjaga gol juga mampu memainkan peranan, mempunyai pemain seperti Messi dan Mbappe adalah satu kelebihan besar.
Theo Hernandez on Lionel Messi#FIFAWorldCup pic.twitter.com/ZVXBSFzO2n
— Ballgist (@ballgistng) December 15, 2022
Theo Hernandez melaungkan keyakinan untuk mempertahankan gelaran selepas bekerja keras untuk mara ke final, becakap kepada RAI Sports, Hernandez berkata:
“Beraksi dua perlawanan akhir Piala Dunia berturut-turut adalah saat yang luar biasa. Kami melakukan kerja yang baik, ia sukar, tetapi kami berada di final.”
“Kami akan bekerja keras untuk memenangi perlawanan akhir ini. Sekarang kita perlu memikirkan perlawanan akhir. Saya penat, tetapi ia bagus untuk memenangi separuh akhir Piala Dunia.”
“Sekarang kami dalam proses pemulihan untuk hari Ahad. Messi tidak menakutkan kami, Argentina adalah pasukan yang luar biasa tetapi kami mempunyai beberapa hari untuk bekerja.”
🗣️ Theo Hernandez to RAI: “Messi doesn't scare us, we know Argentina have an incredible team. We need to recover well to be at our best on Sunday.” 🇫🇷 pic.twitter.com/ayNLXG3Dds
— All About Argentina 🛎🇦🇷 (@AlbicelesteTalk) December 14, 2022
Lionel Messi boleh dikatakan pemain terbaik kejohanan setakat ini dan dia mempamerkan aksi vintaj semasa pertembungan separuh akhir pasukannya menentang Croatia.
Pemain berusia 35 tahun itu menjaringkan penalti cemerlang untuk memberikan pasukannya pendahuluan dan memberikan bantuan untuk gol ketiga Argentina selepas larian solo yang memukau.
Daripada enam perlawanan Argentina setakat ini, Messi telah dinamakan pemain terbaik perlawanan itu sebanyak empat kali.
Dari segi kekuatan secara berpasukan, Perancis dilihat lebih stabil dan kukuh dari setiap posisi namun kini mereka berdepan dengan masalah virus dikalangan pemain.
21 – Players with the most chances created at #Qatar2022 :
21 – Antoine Griezmann 🇫🇷
18 – Lionel Messi 🇦🇷
11 – Theo Hernández 🇫🇷
11 – Ousmane Dembélé 🇫🇷
11 – Kylian Mbappé 🇫🇷Asistentes. 🤝#FIFAWorldCup #FRA #ARG pic.twitter.com/w1XQb4Ehs3
— OptaJose (@OptaJose) December 14, 2022
Messi berkata perlawanan akhir Ahad ini akan menjadi perlawanan terakhirnya di Piala Dunia mungkin sudah bosan menakutkan lawan di setiap perlawanan.
Dia berkata:
“Saya sangat gembira kerana menamatkan perjalanan saya di Piala Dunia dalam perlawanan akhir, untuk bermain perlawanan terakhir di final. Itu benar-benar sangat menggembirakan.”
“Semua yang saya lalui dalam Piala Dunia ini sangat emosional, melihat betapa ia telah dinikmati di Argentina.”
“Terdapat banyak tahun dari tahun ini hingga tahun berikutnya. Saya tidak fikir saya akan dapat melakukannya. Untuk menyelesaikan dengan cara ini adalah amat cemerlang.”
𝐋𝐢𝐨𝐧𝐞𝐥 𝐌𝐞𝐬𝐬𝐢: 𝐄𝐧𝐝𝐠𝐚𝐦𝐞 🐐
Lionel Messi enters the last game of his World Cup career knowing that with a win, he really will have done it all and won it all.
This is his endgame.
✍️ @Matt_Furniss#FIFAWorldCup | #WorldCupFinal
— Opta Analyst (@OptaAnalyst) December 16, 2022
Perancis akan menentang Argentina dalam perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Lusail pada hari Ahad, dengan sepak mula pada pukul 11 malam waktu Malaysia.
Messi menyatakan ini perlawanan terakhirnya di final mungkin membawa maksud dia akan bersara atau secara tegaknya dan hakikatnya final sememangnya perlawanan terakhir dalam setiap kejohanan.