Tiada Lagi Mogok, Denmark Bakal Turunkan Skuad Terkuat Bagi Pertemuan Menentang Wales

Bekas pemain Ajax, Nicolai Boilesen berkata kesemua pemain antarabangsa Denmark gembira kerana masalah yang timbul di antara pemain dan pihak persekutuan bola sepak Denmark telah berjaya diselesaikan.

Pertelingkahan mengenai bayaran iklan komersial menyebabkan semua pemain Denmark enggan bermain ketika menentang Slovakia dalam aksi persahabatan minggu lalu. Denmark FA terpaksa menurunkan pasukan yang terdiri daripada pemain semi-profesional dan pemain futsal untuk menentang Slovakia. Mujurlah tiada aksi pesta gol berlaku dalam perlawanan tersebut kerana Denmark hanya sekadar tewas 3-0 sahaja.

Boilesen gembira masalah yang wujud di antara pemain dan FA berjaya diselesaikan

Perbincangan di antara pihak pemain dan Denmark FA akhirnya menemui jalan penyelesaian dan Denmark bakal menurunkan skuad terkuat mereka bagi perlawanan UEFA National League pertama menentang Wales pada hari ini.

“Minggu ini merupakan minggu yang sibuk dan mengecewakan kerana sebagai seorang pemain bola sepak, perkara paling utama yang anda mahu adalah untuk bermain bola sepak. Sudah tentu kami sentiasa bangga ketika menyarung jersi kebangsaan.” Ujar Boilesen dalam satu sidang media.

“Semua pemain berkumpul di Copenhegen, Denmark. Saya bermain untuk Copenhegen FC, jadi saya hanya mengambil masa yang singkat untuk pergi ke hotel penginapan. Tetapi bagi pemain-pemain yang lain, mereka datang dari seluruh pelusuk Eropah.”

“Kami semua berkumpul kerana kami mahu bermain dan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan persetujuan supaya kami dapat bermain dua perlawanan antarabangsa.”

Denmark akan menurunkan skuad terkuat mereka menentang Wales malam ni. Adakah Lord Bendtner juga akan kembali ?

“Saya suka bermain untuk Denmark – Kami berasa agak kecewa apabila kami tidak mampu berbuat demikian kerana konflik ini.”

“Mujurlah selepas perbincangan, kami mencapai persetujuan dengan pihak FA. Sekarang fokus kami hanya pada perlawanan Denmark yang seterusnya.”

Boilesen juga memberikan komen mengenai pertandingan UEFA Nations League dimana beliau berkata pertandingan ini lebih menarik perhatian pemain berbanding aksi persahabatan.

“Ia merupakan perlawanan yang penting kerana buat pertama kali, kami akan bermain dalam pertandingan UEFA Nations League. Kami sudah tidak sabar untuk turun beraksi. Ia menjadikan keadaan lebih ‘panas’ kerana kami bermain untuk mencari mata.”

Dalam perkembangan lain pula, Boilessen mengakui kekuatan Wales bukan hanya bergantung kepada Gareth Bale semata-mata.

“Amat penting bagi kami untuk menghalang Bale dari bermain dengan baik. Beliau merupakan seorang pemain bertaraf dunia dan kami perlu berada di tahap terbaik bagi memastikan Bale tidak menyinar dalam perlawanan itu nanti.”

Skuad Denmark yang dibelasah Slovaki 3-0 tempoh hari. Keeper Denmark merupakan GK skuad futsal negara tersebut

“Kami tidak boleh menggunakan taktik man-marking terhadap Bale, beliau terlalu bagus untuk taktik tersebut. Kami mesti mengikut taktik seperti yang diberikan dan saling bantu-membantu antara satu sama lain untuk tidak memberikan ruang kepada Bale.”

“Kami hormat dengan kemampuan Bale, tetapi kami juga hormat Wales sebagai satu pasukan. Mereka membuktikan yang Wales adalah pasukan yang bagus apabila menewaskan Republik Ireland 4-1.”

“Saya juga suka Aaron Ramsey. Sama seperti Bale, Ramsey juga seorang pemain yang dikurnikan teknikal skill yang agak bagus.”

BACA:  Selami Perjalanan Penuh Emosi Pasukan Denmark Sejak Hari Pertama Euro 2020