Tiba Tiba Puji Melambung Kukureya, Peminat Man United Jilat Ludah Sendiri

Marc Cucurella seringkali menjadi ejekan peminat Man United sebelum ini. Dianggap pemain lembik dan main macam hanat.

Dan kini peminat United tiba tiba memuji Cucurella dan dianggap akan menjadi pelengkap kepada taktikal Erik Ten Hag di Man United.

Walaupun masih ada juga skeptikal dengan pemain itu terutama sekali selepas merasakan mereka discam Chelsea dengan pembelian Mason Mount.

Tetapi kini ramai peminat United menyatakan pujian mereka ke atas Cucurella yang mereka sebut Kukureya. Atau nama manjanya bang Ya.

Macam biasa, laju je buat kerja video welcome dengan kompilasi skil.

Misalnya mamat yang mirip penjual tali pinggang area Cyberjaya ini berkata: “Dia menerima bola, boleh hantar bola ke bahagian tengah dan saya, korang semua tak nak ke tengok.”

Dia kemudian membentangkan statistik kajian ilmu hisab tentang kehebatan Cucurella atau Kukureya.

Andrew pula membidas peminat Man United yang tak suka dengan Cucurella. Dia berkata: “Ramai juga fans United tak happy dengan peluang kita nak dapatkan Kukureya ni. Harus diakui dia cam setan musim lepas, tapi semua pemain Chelsea main camhanat musim lepas.”

“Musim sebelum ni, dia ni salah sorang bek tepi terbaik. Pep pun nak sign dia ni. Harap dia akan menjadi lebih kepada Kukureya Brighton berbanding Chelsea.”

Kecederaan Luke Shaw membuatkan Erik Ten Hag berusaha mendapatkan bek kiri baharu walaupun dia sudah ada Tyrell Malacia yang sebelum ini dianggap jelmaan Patrice Evra oleh peminat Man United hanya dengan menjerit selepas menang lawan Liverpool sebelum kena bedal 7-0 pada aksi liga.

Man United Mania benar benar yakin Tyrell Malacia membawa tenaga batin Patrice Evra ke dalam pasukan Manchester United.

Namun pemain itu akhirnya dibangkusimpanankan oleh Luke Shaw yang terus menjadi pilihan utama.

Kini Ten Hag mahukan Cucurella sebagai pengganti sementara menunggu Luke Shaw pulih.

Pemain Chelsea itu sudah lama berada dalam radar Erik Ten Hag. Man United sedang berusaha memastikan rundingan mendapatkan pemain berambut Kak Limah itu sebelum jendela perpindahan ditutup.

Selain Cucurella, Man United dikatakan memiliki beberapa nama lain dalam senarai mereka. Dan peminat merasakan Ryan Bertrand dan Sergio Reguillon antara mereka yang berada dalam senarai itu.

Jika jadi, Man United akan membayar £7 juta sebagai bayaran pinjaman semusim untuk pemain tersebut.

Adakah Cucurella akan bangkit semula di bawah Erik Ten Hag? Dan mencapai prestasi cemerlangnya sama seperti ketika di Brighton dulu?

Mark Goldbridge juga yakin bahawa Cucurella akan menjadi pemain yang luar biasa di bawah Ten Hag dan akan menjadi penandatanganan yang bagus sebagai pemain pinjaman.

Dia juga menyatakan bahawa, ini adalah kenyataan jelas apa yang Ten Hag mahukan daripada bek kirinya dari segi corak permainan.

BACA:  Premier League 2021/22: Southampton 0-6 Chelsea