Tindakan Asnawi Menganjing Faris Ramli Buatkan Shin Tae Yong Naik Hantu

Tindakan Asnawi Mangkualam menganjing Faris Ramli yang gagal menyempurnakan sepakan penalti telah membuatkan jurulatih Indonesia, Shin Tae Yong yang nyata tidak sukakan perbuatan itu naik hantu.

Jurulatih yang berasal dari Korea Selatan itu terkenal dengan sikap tegas dan mementingkan disiplin.

Shin Tae Yong pernah menggugurkan dua pemain pasukan Indonesia bawah 19 tahun pada saat akhir kerana hadir lewat ke sesi latihan kerana terlajak tidur.

Selepas kemenangan ke atas Singapura, Nama pemain ketua pasukan Indonesia, Asnawi Mangkualam mendonia dan menjadi sebutan selepas mengucapkan terima kasih ke atas kegagalan sepakan penalti pemain Singapura, Faris Ramli.

Ketika kedudukan kembali terikat 2-2 selepas gol penyamaan dari Pratama Arhan, Singapura mendapat peluang keemasan untuk mara ke perlawanan akhir apabila mendapat sepakan penalti.

Pratama Arhan dari hero bertukar menjadi zero apabila telah mengasari Muhammad Shawal Anuar dengan satu terjahan lewat dengan mengangkat kaki agak tinggi untuk memenangi bola.

Namun Faris Ramli yang mengambil sepakan gagal menyempurnakannya dengan satu sepakan lemah yang mudah ditepis keluar penjaga gol Indonesia, Nadeo Argawinata.

Faris Ramli nyata kecewa dengan kegagalannya yang nyata memberi impak besar kepada pasukan dan hanya mampu memegang kepala tidak percaya dengan apa yang dilakukan.

Pratama Arhan ternyata menjadi insan yang paling lega dengan kegagalan Faris Ramli dan Asnawi Mangkualam terus tampil mengadap Faris Ramli separa melutut lalu mengucapkan terima kasih.

Asnawi Mangkualam bukan mahu melamar Faris Ramli dengan mengucapkan ‘Will you marry me?” tetapi mengucapkan ‘Thank you’ atau terima kasih kerana menghidupkan semula peluang Indonesia.

Lantaran tindakan Asnawi Mangkualam itu ada yang mengecam tindakannya itu kerana bersifat kurang ajar dan tidak hormat kepada lawan. Satu perbuatan menganjing depan muka terus.

Dengan tidak semena-mena reaksi wajah Asnawi Mangkualam ketika mengucapkan terima kasih kepada Faris Ramli menjadi meme di media sosial atas talian.

Asnawi Mangkualam Bahar yang kini berusia 22 tahun merupakan ketua pasukan Indonesia. Sikap yang padu dari seorang kapten yang sepatutnya menjaga imej pasukan, kalau pasukan lain buat kat Timnas, bergegar dunia.

Shin Tae Yong hanya mengetahui insiden tersebut selepas reaksi Asnawi Mangkualam itu mendonia dan tular di media sosial.

Shin Tae-yong jelas sekali sangat profesional dan tidak menyukai tindakan kaptennya itu. Namun dia mengaku tidak melihat kejadian di atas ketika berdiri di padang pada masa itu.

Selepas melihat video tersebut Shin Tae Yong ternyata naik hantu dan memberikan amaran agar tidak ada lagi mana mana pemainnya yang melakukan tindakan biadap yang serupa itu lagi.

Terkenal dengan ketegasannya, Shin tidak mahu pemainnya hanya membangun secara teknikal sebagai pemain bola sepak semata mata, namun pada masa yang sama membangun sebangai insan yang berakhlak terpuji dan profesional.

Shin berkata beliau tidak teragak-agak untuk menggugurkan ketua pasukan Inodnesia itu jika mengulangi perbuatan yang sama:

“Saya tidak nampak ia berlaku di stadium. Namun, saya terkejut melihat tayangan semula.”

“Saya marah kepada Asnawi selepas makan tengah hari dan berkata, ‘Jika perkara seperti berlaku lagi semasa saya menjadi jurulatih, jangan harap kamu boleh masuk pasukan kebangsaan Indonesia lagi’.”kata Shin Tae-yong menurut laporan daripada media Korea Selatan, The JoongAng.

Selain itu, dia mahu pemainnya hanya fokus kepada tugasan mereka di atas padang bukannya cuba mengejek lawan mereka dengan cara sedemikian yang tidak ‘sporting’.

“Semua pemain di atas padang adalah rakan sekerja. Hatinya [Faris Ramli] pasti hancur kerana gagal melaksanakan penalti itu. Asnawi telah berjanji tidak akan melakukannya lagi,” kata Shin Tae-yong lagi.”

Perbuatan seperti itu adalah tidak perlu, kerana sukan bola sepak itu sendiri mengajar sikap menghormati lawan dan semangat fair play.

Shin Tae-yong tidak menerima perkara seperti itu dalam pasukannya walaupun jurulatih lain mungkin akan tutup mata.

BACA:  Indonesia Tidak Puas Hati Dengan Singapura Yang Hanya Sediakan Nasi Bungkus