Tindakan Dembele Menghina Pekerja Dari Asia Dikecam Teruk Oleh Peminat

Ousmane Dembele didakwa telah mencetuskan kontroversi berunsur perkauman selepas tular satu video yang menunjukkan beliau menghina salah seorang pekerja hotel yang berasal dari benua Asia.

Beliau yang ketika itu sedang bersama dengan rakan sepasukannya, Antoine Griezmann telah mengeluarkan kata-kata yang sangat tidak sepatutnya diungkapkan oleh seorang manusia waras.

Dembele dan Griezmann merupakan dua pemain yang beraksi bersama skuad kebangsaan Perancis dalam saingan Euro 2020 kali ini.

Mereka yang dianggap sebagai pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan ini terpaksa menerima kenyataan yang skuad mereka telah disingkirkan di pusingan 16 terbaik di tangan Switzerland.

Beliau sememangnya sering mempunyai masalah ketika beraksi di atas padang, ia kerana semua tahu Dembele merupakan mat kaca yang mudah pecah.

Walau bagaimanapun, beliau menunjukkan sikap yang langsung tidak bagus ketika di luar padang, dan tindakan beliau itu telah mengundang kecaman yang teruk dari kalangan peminat.

Tular satu video yang memperlihatkan beliau dan Griezmann sedang berada dalam bilik hotel, sambil beberapa orang pekerja hotel itu turut ada bersama mereka.

Kesemua pekerja hotel itu berkemungkinan pekerja bahagian technicians, dan mereka ketika itu dilihat sedang berusaha untuk membaik pulih TV yang ada dalam bilik tersebut.

Dembele dikatakan telah bercakap hal-hal yang tidak sepatutnya pada Griezmann dengan menyatakan:

“Semua si hodoh ini, cepat kami mahu bermain PES (Pro Evolution Soccer), tidak ke kamu malu?”

Beliau kemudian menambah lagi dengan menyatakan:

“Bahasa mundur apa yang mereka gunakan itu? Adakah teknologi anda di negara anda sudah maju?”

Walaupun Griezmann langsung tidak balas apa yang dikatakan oleh Dembele, namun peminat turut mengecam beliau kerana sanggup untuk ketawa dengan lawak yang tidak sepatutnya itu.

Mengikut kepada potongan rambut Griezmann, video itu bukanlah video baru di kejohanan Euro kali ini dan ada laporan yang mendakwa bahawa video tersebut berlaku ketika pra musim Barcelona di benua Asia pada 2019.

Pada ketika itu juga, pemenang kasut emas Euro 2016 itu baru sahaja menandatangani perjanjian bersama Barcelona dari Atletico Madrid.

Namun begitu, beliau sudah sememangnya rapat dengan Dembele memandangkan mereka beraksi bersama skuad kebangsaan yang sama.

Dembele dan Griezmann ketika bersama Barcelona

Griezmann sendiri pernah terlibat dalam hal seperti ini dengan beliau pernah mencetuskan kontroversi berunsur perkauman pada 2017 yang lalu.

Bintang berusia 30 tahun itu telah mengenakan cat hitam di wajahnya sebagai kostume untuk beliau sertai salah satu pesta pada ketika itu.

Pemenang Piala Dunia itu telah memuat naik gambarnya memakai jersi bola keranjang dengan tulisan ‘NBA All Stars’ sambil memakai rambut afro dan mukanya yang dicat hitam.

Walau niat beliau untuk bergurau, namun para peminat menganggap ia merupakan serangan berunsur perkauman dan lebih mengeruhkan keadaan, Griezmann menolak untuk meminta maaf, sebaliknya hanya meminta semua orang bertenang.

Untuk aksi Euro 2020 ini sahaja, begitu banyak kontroversi yang berlaku dalam skuad kebangsaan Perancis, pergaduhan, maki memaki, salah menyalahkan.

Ia sepertinya tahun yang langsung tidak menggembirakan untuk Perancis.

Isu kontroversi Perancis dalam saingan Euro 2020

Selepas tamat perlawanan pusingan 16 terbaik bertemu Switzerland, telah tular berita yang menyatakan bahawa ibu kepada Adrien Rabiot telah bertengkar dengan keluarga Paul Pogba dan keluarga Kylian Mbappe.

Ibu kepada Adrien Rabiot, Veronique yang juga merupakan ejennya telah mencetuskan kekecohan selepas beliau dengan bersahaja mengkritik Paul Pogba sebagai punca kepada terhasilnya gol penyamaan pasukan Switzerland.

Selain mencari gaduh dengan keluarga Pogba, beliau turut mencari gaduh dengan keluarga Kylian Mbappe dengan menyuruh orang tua bintang PSG itu supaya mendidik anak mereka menjadi lebih bersopan santun.

Selepas selesai perang mulut dengan bapa Mbappe, Veronique dilaporkan bergaduh pula dengan ibu kepada bintang PSG itu, Fayza Lamara dan hal tersebut disaksikan oleh para wartawan yang ada di tempat kejadian.

Saksi kejadian melaporkan perang mulut antara mereka berlangsung sekitar 20 minit dan mereka bergaduh agak besar juga hingga mencetuskan kekecohan.

Menurut laporan terbaru, terdapat beberapa isu panas lagi yang sebenarnya telah berlaku semasa perlawanan tersebut berlangsung dan selepas tamat aksi kekalahan Perancis itu.

Laporan pertama mendakwa bahawa Rabiot dan Paul Pogba sudah bertengkar terlebih dahulu di atas padang dengan kedua-dua mereka saling berbalas makian

Rabiot dikatakan tidak gembira melihat sumbangan Paul Pogba ketika membantu barisan pertahanan menyerap asakan bertali arus yang dilancarkan oleh Switzerland.

Selain itu, Raphael Varane juga dilaporkan memaki Benjamin Pavard kerana merasakan bintang Bayern Munich itu kerap melakukan kesilapan ketika bertahan.

Benjamin Pavard kemudiannya menyalahkan Paul Pogba kerana tidak bertahan dengan baik dan Varane terus berpihak kepada pertahanan Bayern Munich itu.

Terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa Deschamps turut bertengkar dengan Kingsley Coman ketika perlawanan sedang berlangsung.

Ia kerana Kingsley Coman menolak untuk keluar pada aksi babak pertama masa tambahan, namun Deschamps menyuruh beliau untuk tetap keluar.

Bintang 25 tahun yang dimasukkan pada aksi babak kedua permainan itu mahu tetap terus beraksi walau beliau dikatakan mengalami kecederaan.

Coman hanya mahu mengubah persepsi masyarakat yang memandang beliau sebagai mat kaca dan beliau mahu membuktikan dirinya mampu melakukan sesuatu.

Dek kerana kedegilan Coman untuk keluar, beliau dilihat bertengkar dengan Deschamps di tepi padang sehingga pengurusnya itu berteriak kepadanya dengan menyatakan:

“Tapi kamu tak akan mampu untuk terus bermain Kingsley!”

Didier Deschamps kemudiannya telah mengeluarkan pemain sayap Bayern Munich itu pada minit ke-111 permainan dan digantikan dengan Marcus Thuram.

Tidak terhenti sampai di situ sahaja, legenda bola sepak Perancis, Emmanuel Petit turut masuk campur dalam hal tersebut dan beliau telah meletakkan sepenuh kesalahan kepada Pogba.

Bekas pemain midfield Perancis dan Arsenal, Emmanuel Petit telah membincangkan apa yang berlaku di atas padang, dan beliau turut percaya bahawa Pogba telah melakukan kesilapan ketika pasukannya sudah mendahului 3-1.

“Saya tidak begitu faham apa yang sebenarnya berlaku dalam perlawanan Perancis bertemu Switzerland.”

Jelas Petit kepada Paddy power.

“Semasa perlawanan berlangsung mereka hanya bermain dengan baik dalam 20 minit sahaja selepas LIoris menyelamatkan sepakan penalti. Selepas itu, mereka nampak terlalu yakin seolah mereka pasukan yang hebat.”

“Selepas itu, ada satu insiden yang mana Pogba hilang bola dan ia memberikan gol kedua kepada pasukan Switzerland. Perancis terus huru hara.”

“Mereka kehilangan segalanya. Tumpuan, semangat sepasukan, keinginan dan hilang dari perlawanan. Apa yang lebih teruk lagi, mereka mula bergaduh sesama sendiri di atas padang.”

“Memang ada pergaduhan besar antara Adrien Rabiot dan Pogba yang hilang arah, selepas gol kedua Swiss dan saya nampak mereka hilang kawalan hilang keyakinan.”

“Mereka nampak terlalu teruk, sukar untuk saya jelaskan.”

“Kylian Mbappe telah diminta untuk lebih bertanggungjawab sebelum bermulanya kejohanan dan ada timbul isu dia tak nak hantar bola kepada Olivier Giroud.”

Sumber: SPORTbible

James

BACA:  Seluruh Kem Barcelona Terkejut Dengan Lawak Aneh Dari Ousmane Dembele