Tottenham Hotspur Dedah Enam Pemain Yang Bakal Dilepaskan Musim Panas Ini

Nuno Espirito Santo mungkin akan melakukan rombakan besar-besaran di Tottenham Hotspur, dengan pasukan big six premier league itu sudah meletakkan enam pemain untuk dijual.

Espirito Santo meninggalkan Wolverhampton Wanderers pada penghujung musim lalu dan beliau awalnya telah dikaitkan bakal sertai Crystal Palace dan Everton.

Namun dengan tiba-tiba nama beliau terus dikaitkan dengan Tottenham Hotspur dan beliau menerima tawaran dari Daniel Levy untuk menjadi pengganti Jose Mourinho.

Pasukan dari Utara London itu sendiri sebelum ini telah dikaitkan dengan ramai pengurus lain seperti Mauricio Pochettino yang dikatakan akan membuat kepulangan semula, Max Allergy, Andrea Pirlo dan Gattuso.

Namun Tottenham Hotspur akhirnya memutuskan untuk menandatangani Nuno Espirito Santo sebagai pengurus mereka yang baharu.

Penyokong Spurs sehingga kini masih berdebar menanti jawapan tentang masa depan Harry Kane yang dikatakan akan meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Walau bagaimanapun, Spurs telah menyenaraikan enam pemain mereka untuk disenaraikan sebagai calon pemain yang akan dijual pada musim panas ini.

Menurut The Athletic, Serge Aurier, Davinson Sanchez, Moussa Sissoko, Lucas Moura, Erik Lamela dan Toby Alderweireld kesemuanya merupakan calon pemain yang akan dijual oleh Tottenham Hotspur pada musim panas ini.

Untuk hal berkait Aurier dan Sanchez, terdapat laporan yang menyatakan bahawa kedua-dua mereka tidak mampu untuk beradaptasi dengan kehidupan di England, sejak berpindah dari PSG dan Ajax.

Laporan sama turut mendakwa yang Spurs ketika ini sedang berusaha untuk mendapatkan pemain right back dan centre-back bagi memperkuat skuad utama mereka pada musim panas ini.

Pemain pertahanan Bologna, Takehiro Tomiyasu dijangka akan menyertai Tottenham Hotspur dengan yuran perpindahan bernilai £15 juta.

Tujuan utama Spurs mahu menandatangani bintang berusia 22 tahun itu adalah kerana beliau boleh bermain dalam sistem back five seperti yang sering digunakan oleh Espirito Santo ketika bersama Wolves.

Calon pemain yang bakal dilepaskan oleh Tottenham Hotspur

Di posisi centre-back pula, Spurs sangat berharap untuk menandatangani bintang Sevilla, Jules Kounde dengan pasukan dari Sepanyol itu mahu melepaskannya dengan nilai lebih rendah dari yang dinyatakan dalam klausa perlepasan beliau.

Namun hal tersebut masih belum boleh disahkan kerana Spurs sehingga kini belum memulakan sebarang rundingan berkait perpindahan tersebut.

Seandainya Kounde tidak ditandatangani, maka bintang Inter Milan, Skriniar dan Jan Vestergaard bagai menjadi sasaran seterusnya untuk Tottenham Hotspur.

Alderweireld sendiri telah mendedahkan kepada kelab yang beliau mahu meninggalkan Tottenham Hotspur pada musim panas ini.

Selain Alderweireld, kedua-dua Harry Winks dan Hugo LIoris juga dijangka akan memutuskan soal masa depan mereka sendiri dalam masa beberapa minggu akan datang ini.

LIoris yang baru sahaja selesai beraksi bersama skuad kebangsaan Perancis dalam saingan Euro 2020 masih belum menandatangani perjanjian baru bersama kelab, dengan kontrak asalnya akan tamat tahun hadapan.

Seandainya beliau masih tidak mahu menandatangani perjanjian baru, Tottenham Hotspur tentunya akan membuat keputusan untuk menjual penjaga gol utama mereka itu.

Setakat ini kesemua enam pemain itu berkemungkinan akan dilepaskan oleh pihak kelab pada jendela perpindahan musim panas ini.

Namun begitu, tidak dilupakan juga yang Harry Kane sendiri turut sudah meluahkan hasratnya untuk meninggalkan kelab dengan beliau telah dikaitkan untuk bakal sertai Manchester City.

The Citizens dilaporkan bersedia untuk membayar Spurs £100 juta dan ditambah dengan seorang pemain kepada Tottenham Hotspur dalam usaha mereka untuk mendapatkan Harry Kane.

Namun begitu, Tottenham Hotspur masih berkeras untuk tidak melepaskan Harry Kane, dan meletakkan tanda harga bernilai £200 juta untuk pemain penyerang terhebat dunia itu.

Kane yang baru sahaja mengakhiri aksinya bersama skuad Euro England telah berjaya membawa The Three Lions untuk mara ke perlawanan akhir.

Beliau turut menjadi penjaring terbanyak England dalam kejohanan tersebut walaupun bermula dengan agak perlahan.

Kane cemerlang meledak empat gol ketika membantu England untuk mara ke perlawanan akhir pertama mereka sejak 55 tahun yang lalu.

Namun harapan skuad The Three Lions untuk memenangi Piala pertama mereka sejak 1966, hancur lebur selepas England dikejutkan dengan kekalahan 3-2 di tangan Itali menerusi penentuan sepakan penalti.

Kane sehingga kini masih belum mengumumkan soal masa depannya dengan beliau sebelum ini pernah mendedahkan hasratnya untuk kekal beraksi dalam saingan premier league.

Kane mahu berpindah kerana beliau mahu sertai kelab yang boleh menjanjikan Piala untuknya dengan penyerang terhebat dunia itu telah dikaitkan bakal sertai Manchester United, Manchester City dan Chelsea.

Keputusan sama ada beliau akan tinggalkan kelab atau tidak akan diumumkan sebaik Kane dan kelab selesai melakukan rundingan.

Sumber: SB

BACA:  Daniel James Dedahkan Beliau Amat Meminati Lee Chong Wei