Penjaring gol penyamaan Everton ketika menentang Manchester United, Andros Towsend bukan sahaja berjaya mencuri satu mata di Old Trafford malah telah mengoyakkan jiwa Setan Merah dengan keraian SIU.
Keraian Si merupakan keraian yang menjadi cap dagang Cristiano Ronaldo walaupun keraian sama pernah dilakukan oleh pemain seperti Safiq Rahim dan Amri Yahyah.
Tatkala gol dijaringkan Ronaldo akan berlari ke penjuru padang sebelum membuat satu lompatan ke udara sambil berputar sambil menjerit SI! sehingga mendarat ke tanah.
Townsend scoring against Man United and doing the SIU celebration is my level of shithousery 💉💉💉😂😂😂 pic.twitter.com/84INZJDzK3
— Jay (@jaywalker_cfc) October 2, 2021
Gol penyamaan Everton itu berpunca dari satu serangan balas yang dimulakan oleh Demarai Gray yang mudah merampas bola dengan kekuatan badan membuatkan Fred terhuyung-hayang.
Demarai Gray kemudian menolak bola kepada Abdoulaye Doucoure yang berjaya lepas dari asakan tiga pemain Setan Merah sebelum melorongkan bola kepada Andros Townsend.
This is too good hahahaha @andros_townsend loves it 🔵 pic.twitter.com/pjpqLm5FTX
— RG (@RyanG78_) October 2, 2021
Andros Townsend yang tidak dikawal mempunyai masa dan ruang yang secukupnya untuk membuat satu percubaan yang dijelmakan sebagai gol penyamaan.
Lebih padu lagi apabila gol itu telah diraikan Andros Townsend dengan keraian Siu yang menjadi cap dagang Cristiano Ronaldo di hadapan peminat Setan Merah di Old Trafford.
Andros Townsend hitting the Ronaldo 'Siu celebration' at Old Trafford! 🤣 pic.twitter.com/ZDuIulKS9A
— Football Daily (@footballdaily) October 2, 2021
Setan Merah mendahului terlebih dahulu pada separuh masa pertama apabila berjaya memperoleh gol pendahuluan melalui Anthony Martial, gol pertama Martial sejak bulan Februari.
Tolakan Bruno Fernandes terus dirembat deras oleh Anthony Martial yang gagal diselamatkan Jordan Pickford selepas bola ada sedikit terbias pemain Everton.
Pada minit ke-85 pemain pertahanan Everton, Yerry Mina berjaya menggandakan kedudukan melalui satu tolakan mudah dari jarak dekat.
Namun Video Assistant Referee (VAR) menjadi penyelamat Setan Merah, melalui penilaian semula VAR jelas Yerry Mina berada dalam kedudukan offside.
Tambahan masa kecederaan empat minit menyaksikan tiada gol tambahan yang terhasil, Everton dan Manchester United berkongsi satu mata.
Manchester United kini sudah kehilangan 5 mata dalam aksi di Old Trafford. Aksi ke-200 Cristiano Ronaldo pula tidak dapat diraikan dengan kemenangan.
Cristiano Ronaldo Dedah Asal-Usul Keraian Sii
Cristiano Ronaldo telah mendedahkan bagaimana beliau mendapat idea untuk menggunakan gaya keraian ‘sii’ ciptaannya dan mengapa beliau kekal menggunakan keraian tersebut.
Bercakap kepada channel Youtube Soccer.com, bintang Portugal berusia 35 tahun itu menjelaskan bahawa kali pertama beliau menggunakan keraian itu adalah ketika menentang Chelsea di US.
“Jadi begini, ketika itu saya berada di US dan kami bermain bertemu Chelsea, saya juga tidak tahu macam mana keraian itu datang. Saya cuma menjaringkan gol dan saya melakukan ‘sii!”
Cristiano Ronaldo reveals origin of his conic 'Sii' celebration https://t.co/b0TERi12Yv
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) June 20, 2020
Jelas Cristiano Ronaldo.
“Tetapi bagi saya ia semula jadi, jujur saya katakan ini.”
“Selepas dari itu, saya mula melakukannya dan saya rasa bila saya melakukannya para penyokong akan turut ikut sama melakukan ‘sii’ seperti saya.”
“Bila saya rasa begitu dan saya terus yakin bahawa peminat akan terus ingat Cristiano Ronaldo kerana keraian ‘sii’ jadi saya terus melakukannya.”
Seluruh peminat pasukan Juventus dalam stadium turut menjerit ‘sii’ ketika Cristiano Ronaldo menjaringkan gol menentang SPAL musim lalu.
Bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu juga pernah menggunakan keraian ‘Sii’ ketika beliau menerima anugerah Ballon d’or pada tahun 2015 yang lalu.
Ronaldo ketika itu turut menyatakan bahawa rakan sepasukannya di Madrid sedar bahawa dia menjerit ‘sii’ apabila dia menjaringkan gol atau pasukannya menang.
#CristianoRonaldo
Ronaldo dévoile l'origine de la célébration «Sii» – https://t.co/NI3hlCuvFK pic.twitter.com/SYzXgSTZCa— La vraie info (@vraieinfocom) June 20, 2020
“Jeritan itu? Kesemua pemain tahu saya selalu melakukannya dan menjerit ketika saya menjaringkan gol atau ketika kami menang. Ia menjadi jeritan rasmi pasukan Real Madrid.”
Jelas Ronaldo kepada siaran TV Sepanyol, Cuatro.
Menurut akhbar Sepanyol, Marca, jerita itu menjadi terkenal kerana pemain Real Madrid pada tahun 2011 dan sii itu sendiri jika diterjemahkan dalam bahasa Sepanyol menjadi ‘yes’.
Ronaldo turut mengakui bahawa legenda, Eusbio merupakan salah seorang pemain yang paling beliau impikan untuk beraksi bersama sepanjang kariernya.
“Dalam fikiran saya, saya ada ramai pemain yang saya ingin bermain bersama, tetapi saya terang-terang mengatakan saya teringin beraksi bersama salah seorang legenda negara saya yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu, beliau adalah Eusbio.”
#Juventus star Cristiano Ronaldo admits his favourite goal is his ‘last one’ & that his wish is to have played with #Portugal legend Eusebio https://t.co/UOrTjEZkvA #CR7 pic.twitter.com/H4ZzIPEsWp
— footballitalia (@footballitalia) August 5, 2019
“Dia salah seorang anak jati Portugal dan saya sangat berharap dapat bermain bersama dia kerana dia Portuguese.”
“Dia seorang yang sangat mengagumkan dan saya berharap saya boleh bermain bersamanya dalam skuad kebangsaan.”