Lompatan En-Nesyri Untuk Tandukan Kemenangan Pecahkan Rekod Ronaldo

En-Nesyri Ronaldo

Lompatan En-Nesyri ketika menanduk masuk gol kemenangan ke atas Portugal bukan sahaja membawa Maghribi ke separuh akhir tetapi telah memecahkan rekod yang dicipta oleh Cristiano Ronaldo.

Penyerang Maghribi itu menjulung tinggi untuk menanduk masuk hantaran lintang Yahya Attiat-Allah untuk gol pembukaan Atlas Lions pada minit ke-42 yang ternyata menjadi gol tunggal perlawanan.

Menurut beIN SPORTS, tanpa disedari, penyerang Sevilla itu juga telah memecahkan satu lagi rekod apabila dia menanduk dari ketinggian 2.78 meter.

Lompatan itu jauhlebih tinggi daripada tandukan Cristiano Ronaldo ketika menentang Sampdoria pada Disember 2019 ketika dia bermain untuk Juventus, yang mencatatkan ketinggian 2.56 meter.

Berdasarkan analisis yang dilakukan pakar, Ronaldo telah melonjak setinggi 2.56 meter (jarak kepala dari permukaan padang) dan berada di udara dengan daya apaungan selama lebih kurang 3 saat untuk menanduk tepat bola tersebut.

Sebelum kita pergi lebih jauh, anda perlu tahu bahawa Ronaldo memiliki ketinggian 1.87 meter. Ini bermakna untuk jaringan menentang Sampdoria, Ronaldo telah meningkatkan tambahan ketingggian sebanyak 69 cm.

En-Nesyri pula tinggi sedikit daripada Ronaldo dengan ketinggian 1.88 meter. Ini bermakna lonjakan daripada En-Nesyri telah meningkatkan ketinggian sebanyak 90 cm – iaitu 22cm lebih tinggi daripada apa yang dihasilkan oleh Ronaldo.

Gol En-Nesyri menghantar Maghribi ke separuh akhir dan menjadikan mereka negara Afrika pertama berbuat demikian dalam sepanjang sejarah kejohanan.

Jaringan tersebut turut menghancurkan impian Cristiano Ronaldo untuk mendakap kejuaraan Piala Dunia sebelum pemain itu mengumumkan persaraan.

Ronaldo tidak berada di dalam padang ketika jaringan En-Nesyri terhasil. Tetapi beliau berpeluang mengubah keadaaan selepas dimasukkan oleh Fernando Santos pada minit ke-51 perlawanan.

Untuk menghasilkan jaringan menakjubkan itu, En-Neysri melompat di antara Ruben Dias dan Pepe, selain memaksimakan kesilapan yang dipanggil erro lead to goal oleh penjaga gol Portugal, Diogo Costa yang gagal menangkap umapanan lintang pemain Maghribi.

Ruben Dias langsung gagal untuk mencabar ketinggian lompatan En-Nesyri dan hanya mampu untuk mencium bontot pemain penyerang Maghribi tersebut.

Jaringan tersebut adalah jaringan kedua En-Neysri di Piala Dunia 2022, selepas turut menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Kanada diperingkat kumpulan.

Maghribi telah menempa sejarah tersendiri di Piala Dunia 2022 apabila muncul menjadi pasukan negara Afrika dan negara Arab pertama menjejakkan kaki ke separuh akhir Piala Dunia.

Dalam sejarah Piala Dunia juga, Morocco menjadi pasukan ketiga yang berjaya ke separuh akhir selain pasukan Eropah dan Amerika Selatan selepas USA (1930) dan Korea Selatan (2002).

Untuk rekod Maghribi hanya bolos sekali dalam untuk mara ke separuh akhir dari peringkat kumpulan Piala Dunia 2022, itu pun hasil jaringan sendiri, Nayef Aguerd.

Jaringan En-Nesyri ini telah memadamkan impian Piala Dunia Cristiano Ronaldo yang pada logik akalnya bermain di Piala Dunia terakhir dalam karier bola sepaknya.

Perjalanan Maghribi ke Suku Akhir:

Maghribi berada dalam kumpulan F bersama naib juara Piala Dunia, Croatia, Belgium dan Canada. Maghribi melenyapkan jangkaan awal bahawa Croatia dan Belgium akan layak dengan menjadi juara kumpulan.

1. Maghribi 0-0 Croatia
2. Belgium 0-2 Maghribi
3. Canada 1-2 Maghribi

Yassine Bounou telah menunjukkan Sepanyol yang berlatih 1,000 sepakan di penentuan sepakan penalti dengan kemenangan mudah 3-0 untuk mara ke suku akhir bertemu Portugal.

Sekali gergasi Eropah menjadi makanan Maghribi yang terus menunjukkan Ronaldo dan rakan-rakan jalan ke lapangan terbang untuk terus pulang.

Pusingan 16: Maghribi 0-0 Sepanyol (Penalti 3-0)
Suku Akhir: Maghribi 1-0 Portugal

Separuh akhir: Maghribi vs Perancis

BACA:  Ronaldo Bantu Jadikan Impian Seorang Kanak-Kanak Yang Sedang Sakit Menjadi Kenyataan