Andros Townsend telah mendedahkan bahawa keraian Siu beliau lakukan yang menjadi cap dagang Cristiano Ronaldo bukanlah satu perbuatan yang menganjing tetapi merupakan satu penghormatan kepada Cristiano Ronaldo.
Keraian gol Andros Townsend di stadium keramat, Old Trafford yang dibanjiri penyokong Setan Merah adalah sesuatu yang perit untuk dilihat dan sudah pasti menjadi bahan gurauan ramai.
Ramai beranggapan Andors Townsend mengejek dan menganjing Cristiano Ronaldo serta penyokong Manchester United dengan keraian itu namun bukan itu tujuan Townsend yang sebenar.
Townsend did Ronaldo’s celebration in front of him and consoled him after. This violation 😂😂😂 pic.twitter.com/45KBgPvWf6
— • (@The_Gerrard_Era) October 2, 2021
Selepas perlawanan, Townsend kemudiannya menjelaskan bahawa dia tidak ada niat untuk mengejek apatah lagi menghina. Dia cuma teruja berkongsi padang dengan Ronaldo yang menurutnya, merupakan pemain idolanya.
Townsend memberikan penghormatan kepada Ronaldo dengan melakukan keraian siuuuu tersebut.
Bercakap kepada BT Sports dalam satu temuramah, Townsend terkejut dengan tuduhan dia sedang mengejek Ronaldo:
“Tidak menghormati dia?”
“Pemain ini [Ronaldo] adalah idola aku. Keraian itu untuk menunjukkan sedikit rasa hormat dan penghormatan kepada Cristiano.”
“Adalah suatu penghormatan untuk berkongsi padang yang sama dengannya.”
Here is the video.pic.twitter.com/shpCJ4oSjc
— CristianoXtra (@CristianoXtra_) October 2, 2021
Townsend kemudian mendedahkan bahawa Ronaldo adalah antara pemain pujaannya dan Ronaldo menjadi rujukan untuk dia meningkatkan mutu permainan.
“Aku menghabiskan masa berjam-jam berlatih di padang dan di bilik video, menganalisis teknik tendangan bebas dan langkahnya serta cara dia mendedikasikan dirinya untuk bola sepak,” katanya kepada BBC Sport.
“Jadi keraian itu bukan kerana biadap, itu adalah tanda menghormati salah seorang pujaan aku.”
“Aku mungkin tidak melakukan keraian itu dengan betul.”
Kemudian ramai yang menuduh Ronaldo koyak dan tidak mahu bersalaman atau memandang Townsend.
😳 The frustration on the face of Cristiano Ronaldo. Not happy.
Straight down the tunnel at full-time. pic.twitter.com/LtZqxKopQZ
— Football on BT Sport (@btsportfootball) October 2, 2021
Sebenarnya Ronaldo baik baik sahaja. Townsend menjelaskan bahawa dia pergi ke arah Ronaldo dan menjelaskan tindakannya. Dia berharap Ronaldo tidak salah anggap tentang keraian tersebut.
Townsend malah meminta jersi Ronaldo selepas perlawanan itu. Dan beliau berjaya mendapatkannya. Townsend berkongsi detik istimewa itu menerusi Instagramnya.
Ronaldo dilihat hampa kerana gagal mendapatkan 3 mata. Kerana pemain itu memang memiliki mentaliti kemenangan yang sangat tinggi.
Manchester United 1-1 Everton
Manchester United turun kembali ke saingan Premier League menentang Everton dengan tonik yang baharu selepas mencipta kebangkitang sensasi di Champions League ke atas juara Europa League Villarreal.
Stadium Old Trafford menjadi venue perlawanan kunjungan Everton menyaksikan Ole Gunnar Solksjaer merehatkan Cristiano Ronaldo dan Paul Pogba di mana Edison Cavani serta pemain legenda, Anthony turun di kesebelasan utama.
Manchester United bermula garang dengan permainan yang laju sejak awal permainan dengan penuh meyakinkan namun Everton bukanlah pasukan yang tidak berkaki.
5 – Anthony Martial has scored his fifth Premier League goal against Everton, his joint-most against an opponent in the competition (also 5 v Southampton). Unstuck. pic.twitter.com/TgvJ5D6gGv
— OptaJoe (@OptaJoe) October 2, 2021
Manchester United memiliki peluang terbaik pada minit ke-21, Edison Cavani menanduk tepat hantaran Fred, tetapi penjaga gol antarabangsa England, Jordan Pickford berjaya menyelamatkannya.
Walaupun garang dan menguasai perlawanan Setan Merah tidak berbisa dan akhirnya berjaya memperoleh gol pendahuluan melalui Anthony Martial pada lewat separuh masa pertama.
Tolakan Bruno Fernandes terus dirembat deras oleh Anthony Martial yang gagal diselamatkan Jordan Pickford selepas bola ada sedikit terbias pemain Everton.
50 – Bruno Fernandes' assist was his 50th goal involvement in 58 @premierleague appearances (30 goals, 20 assists); only Andy Cole (43), Alan Shearer (54) and Eric Cantona (54) reached 50 combined goals and assists in fewer games in the competition. Nifty. pic.twitter.com/mszliC27jt
— OptaJoe (@OptaJoe) October 2, 2021
Walaupun Manchester United bermain agak baik, Ole Gunnar Solskjaer membuat dua pertukaran awal pada minit ke-57.
Ole Gunnar Solskjaer mengeluarkan Anthony Martial dan Edison Cavani dengan memasukkan Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho.
Everton akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-65 melalui Andros Townsend dengan satu rembatan deras menewaskan David De Gea.
Gol berpunca dari satu serangan balas yang dimulakan oleh Demarai Gray yang mudah merampas bola dengan kekuatan badan membuatkan Fred terhuyung-hayang.
5 – Andros Townsend has scored five goals in nine appearances in all competitions for Everton, as many as he scored in his final 79 matches for Crystal Palace. He has scored in three consecutive appearances for a Premier League club for the first time in his career. Rejuvenated. pic.twitter.com/2M6dQbNBD2
— OptaJoe (@OptaJoe) October 2, 2021
Demarai Gray kemudian menolak bola kepada Abdoulaye Doucoure yang berjaya lepas dari asakan tiga pemain Setan Merah sebelum melorongkan bola kepada Andros Townsend.
Andros Townsend yang tidak dikawal mempunyai masa dan ruang yang secukupnya untuk membuat satu percubaan yang dijelmakan sebagai gol penyamaan.
Lebih padu lagi apabila gol itu telah diraikan Andros Townsend dengan keraian Siu yang menjadi cap dagang Cristiano Ronaldo di hadapan peminat Setan Merah di Old Trafford.
9 – Manchester United have conceded at least once in each of their last nine league matches at Old Trafford, their longest run of games without a clean sheet at home in the top-flight since February 1971 (10 games). Countered. pic.twitter.com/xjpQ1Sc0Hm
— OptaJoe (@OptaJoe) October 2, 2021
Pada minit ke-70, Ole Gunnar Solskjaer mengeluarkan Fred digantikan dengan Paul Pogba untuk menambah kreativiti. Dua pemain kesayangan peminat Manchester United iaitu Fred dan Anthony Martial telah dikeluarkan.
Beberapa peluang telah hadir melalui Paul Pogba dan Jadon Sancho yang agak menyerlah dalam perlawanan ini namun dinafikan sentuhan penyudah.
Pada minit ke-85 pemain pertahanan Everton, Yerry Mina berjaya menggandakan kedudukan melalui satu tolakan mudah dari jarak dekat.
14 – Everton have 14 points from their seven Premier League games this season; only in 2004-05 (16) have they had more after their opening seven matches in the competition, going on to achieve their best ever position in the table in the division that season (4th). Steam. pic.twitter.com/Jtp07G4ztm
— OptaJoe (@OptaJoe) October 2, 2021
Namun Video Assistant Referee (VAR) menjadi penyelamat Setan Merah, melalui penilaian semula VAR jelas Yerry Mina berada dalam kedudukan offside.
Tambahan masa kecederaan empat minit menyaksikan tiada gol tambahan yang terhasil, Everton dan Manchester United berkongsi satu mata.
Manchester United kini sudah kehilangan 5 mata dalam aksi di Old Trafford. Aksi ke-200 Cristiano Ronaldo pula tidak dapat diraikan dengan kemenangan.
Manchester United Kesebelasan Utama : David de Gea, Aaron Wan Bissaka, Raphael Varane, Victor Lindelof, Luke Shaw, Scott McTominay, Fred, Mason Greenwood, Bruno Fernandes, Anthony Martial, Edison Cavani.
Pemain Simpanan : Eric Bailly, Paul Pogba, Cristiano Ronaldo, Jesse Lingard, Jadon Sancho, Dean Henderson, Alex Telles, Nemanja Matic, Donny van de Beek.
Everton Kesebelasan Utama : Jordan Pickford, Ben Godfrey, Yerry Mina, Michael Keane, Lucas Digne, Androd Townsend, Abdoulaye Doucoure, Allan, Anthony Gordon, Demarai Gray, Jose Salomon Rondon.
Pemain Simpanan : Kenny, Holgate, Begovic, Gbamin, Davies, Lonergan, Branthwaite, Dobbin, Whitaker.
Pengadil Perlawanan : Michael Oliver (Northumberland).