Tuchel Akui Halang Gallagher Beraksi Di Separuh Akhir Kerana Pemain Itu Terlalu Bagus

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengakui bahawa dia sendiri yang menghalang Conor Gallagher daripada beraksi menentang pasukan asalnya Chelsea dalam aksi separuh akhir Piala FA.

Conor Gallagher merupakan pemain yang dipinjam oleh Crystal Palace dari Chelsea. Beliau menjadi nadi penting untuk Palace sepanjang musim ini terutama sekali termasuk membantu Palace sampai ke separuh akhir Piala FA.

Gallagher malah menjadi mesin gol untuk Crystal Palace pada musim ini membuatkannya menjadi pemain yang mendapat panggilan skuad kebangsaan England.

Dalam peraturan Piala FA, tiada larangan untuk pemain yang dipinjam bermain menentang kelab pemilik mereka. Ianya berbeza dengan EPL yang melarang terus pemain yang pergi secara pinjaman beraksi menentang kelab asal mereka.

Namun rundingan berdasarkan budi bicara itu adalah melibatkan dua kelab yang terlibat. Jika Chelsea tidak membenarkan Conor Gallagher bermain maka ianya atas kehendak Chelsea.

Tuchel mengesahkan bahawa Crystal Palace dan Gallager ada membuat permohonan rasmi daripada mereka untuk menurunkan playmaker tersebut. Namun ditolak oleh Tuchel yang merupakan pengendali The Blues.

Tuchel juga memberitahu bahawa dia tahu Gallagher pastinya kecewa. Begitu juga dengan Palace dan pengurus mereka, Patrick Vieira.

Namun Tuchel faham kenapa pemain 22 tahun itu kecewa. Tuchel berharap Gallagher faham bahawa Chelsea mahu memenangi Piala FA. Dan mereka tidak boleh membiarkan pemain mereka sendiri menjadi penghalang hasrat mereka.

Maka itu, Tuchel menganggap tindakannya adalah tepat untuk tidak membenarkan pemain muda itu mewakili Palace dalam aksi berdepan Chelsea dalam Piala FA.

Tuchel berkata: “Ya, saya berpeluang bercakap sendiri dengan Conor. Dan saya boleh nampak betapa kecewanya dia.”

“Kami bertemu beberapa minggu lalu, secara kebetulan selepas aksi antarabangsa, di restauran. Lalu kami bersembang. Kemudian subjek ini tiba tiba muncul. Dan kemudian saya meminta maaf kepadanya, saya tak boleh membenarkannya beraksi.”

“Sebab saya tahu betapa bagusnya dia dan saya kena karakternya. Saya sangat sukakan dia dan ianya satu keseronokan untuk melihat dia bersama kami di sini pada pra musim akan datang.”

“Kami bermain itu menang. Peraturan sudah jelas ketika kami membuat keputusan untuk meminjamkannya ke Palace. Saya faham sepenuhnya kekecewaan Conor, namun ini adalah peraturan yang kami sudah tetapkan ketika melepaskannya secara pinjaman.”

“Dan kami tak mahu menderita kerana melanggar peraturan yangh kami buat sendiri.”

Gallagher telah menjaringkan lapan gol dalam semua kejohanan dalam kempen yang cemerlang beliau ketika tempoh pinjaman di Palace. Maka tak hairanlah dia turut dipanggil oleh skuad England kendalian Gareth Southgate.

Graduan akademi Chelsea itu berkemungkinan akan masuk ke dalam skuad pasukan utama The Blues musim depan, selepas prestasi luar biasanya musim ini.

Chelsea berharap untuk bangkit daripada kekecewaan selepas tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah pada pertengahan minggu lalu di tangan Real Madrid.

Piala FA adalah peluang terakhir mereka untuk menjulang trofi musim ini dan berharap untuk melakukannya dengan lebih baik daripada kempen 2020/21, di mana mereka tewas di final kepada Leicester.

Chelsea akan berdepan dengan Palace dalam aksi separuh akhir pada hari ini, jam 11:30 malam waktu Malaysia.

Pemenang daripada aksi ini akan bertemu dengan Liverpool di pentas akhir.

Sebelum ini Chelsea berdepan dengan Liverpool di final Piala Liga 2021/22. Adakah Chelsea akan menempah aksi final menentang Liverpool sekali lagi?

Liverpool menang 3-2 ke atas City dalam aksi semalam.

BACA:  Premier League 2020/21: Manchester City 1-2 Chelsea