Tuchel Dilaporkan Mengadakan Perbincangan Untuk Menjadi Pengurus Arsenal Seterusnya

Bekas pemain Bayern Munich, Lothar Matthaus mengesahkan Thomas Tuchel telah didekati Arsenal untuk menggantikan tempat Arsene Wenger pada masa hadapan.

Bekas pengurus Borussia Dortmund itu dilaporkan telah menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich musim hadapan dan bakal berhijrah ke England untuk menguruskan Arsenal.

Bayern kempunan selepas Tuchel lebih berminat untuk melatih Arsenal

Laporan dari Jerman mendakwa Tuchel telah menolak tawaran lumayan daripada Bayern Munich untuk menggantikan tempat Jupp Heynckes yang kini sedang membimbing pasukan tersebut.

Heynckes dibawa masuk menggantikan tempat Carlo Ancelotti selepas Bayern Munich mengharungi permulaan musim yang mengecewakan dimana perlawanan terakhir beliau adalah ketika Bayern tewas 3-0 di tangan Paris Saint-Germain dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Sejak mengambil alih tempat Ancelotti, Heynckes berjaya menstabilkan kembali pasukan dan mereka kini selesa menduduki tangga teratas Bundesliga, 17 mata di hadapan pencabar terdekat iaitu Schalke 04.

Baik aku masuk Arsenal, tak menang liga pon boleh stay bertahun-tahun

Mereka juga telah melayakkan diri ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Besiktas 8-1 secara aggregat. Bayern bakal bertemu Sevilla dalam pusingan seterusnya.

Heynckes dijangka meninggalkan posisi yang pernah diisinya sebanyak 3 kali sebelum ini dengan muka baru bakal dibawa masuk bagi membentuk pasukan Bayern yang lebih mantap pada musim hadapan.

Tuchel merupakan calon yang sangat diminati pihak atasan Bayern bagi menggantikan tempat Heynckes, tetapi pengurus berusia 44 tahun itu lebih berminat untuk mencuba nasib di luar Jerman, dimana Arsenal menjadi pasukan pilihannya.

Terdapat juga laporan mengatakan pemilik Paris Saint-Germain sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Tuchel bagi menggantikan tempat Unai Emery musim hadapan.

Emery gagal memberikan trofi yang sangat diidamkan pemilik PSG, Nasser Al-Khelaifi iaitu Liga Juara-Juara selepas mereka tumpas di tangan Real Madrid dalam pusingan kedua.

Legenda dan juga ikon Bayern Munich, Lothat Matthaus percaya Tuchel adalah individu yang tepat untuk membimbing pasukan juara Jerman tersebut tetapi mendakwa Tuchel telah didekati Arsenal untuk menggantikan tempat Arsene Wenger.

“Kamu tahu, saya juga penulis berita sama seperti kamu. Saya perlu mencari tajuk berita setiap hari.” Ujar Matthaus selepas tamat perlawanan di antara legenda Liverpool menentang legenda Bayern Munich di Anfield semalam.

Adakah Tuchel bakal kembali melatih duo berbisa ini ?

“Saya percaya bekas pengurus Dortmund, Thomas Tuchel adalah calon pilihan untuk menjadi pengurus Bayern Munich yang seterusnya. Akan tetapi, beliau telah berhubung dengan Arsenal dan tiada siapa tahu apa yang berlaku disebalik tabir di antara Tuchel dan Arsenal.”

Tuchel pernah melatih Mainz sebelum mengambil alih jawatan pengurus di Signal Iduna Park pada tahun 2015. Walaubagaimanapun, selepas 3 hari membawa Dortmund memenangi Piala DFB-Pokal, Tuchel mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab Jerman tersebut.

Terdapat laporan mengatakan hubungan yang tegang di antara Tuchel dan pihak pengurusan kelab menjadi punca perpisahan tersebut. CEO Dortmund, Hans-Joachim Watzke mendakwa beliau dan pengarah sukan Dortmund, Michael Zorc berasa sangat ‘letih’ sepanjang bekerjasama dengan Tuchel.

BACA:  Arsenal Berpesta Belasah Sevilla 6-0, Jesus Cetak Hatrik